Advertisement

Main Ad

Mr Friday tiba lagi.. Bosan nyerrr minggu ni..

Dia tiba lagi!! Aku percaya kebanyakan para pekerja semua sukakan "Mr Friday". Sebabnya, ini hari terakhir semua berkerja ~expecially kpd penjawat sektor kerajaan~. Esok dan lusa adalah hari bersama keluarga. Yahoooo!! Tapi minggu ni bagi aku dan Aqil, adalah minggu yang membosankan. Kerana ayah Aqil tak dapat balik. Alahai! Derita merindu lah jawabnya. Hukhukhuk Mesti korang pening bila aku kata "Ayah Aqil tak dapat balik".. Apa maksudnya? Ayah Aqil outstation ke? Dia kemana? No! No! No!.. Inilah antara dugaan kami berdua selepas sah sebagai suami isteri. Terpaksa duduk berjauhan. Bukan disengajakan, tapi keterpaksaan. Aduh!! Ayat skema lagik. ;op Kalo nak tau, abang bekerja dengan PERODUA (M) yang bertempat di Rawang. Dan dia menyewa sebuah rumah bersama kawan2 ~yang semuanya belum kawin~ di Bukit Beruntong. HAaa!!! Ayah jangan pulok nak blagak bujang macam diorang. Huhuhu But i'll trust u my dear. Kalo tak ada kepercayaan, macam mana nak kekal bahagia kan?? Kalo nak buat jahat, tak payah duduk jauh2. Duk depan matapun boleh main kayu 3. Pokok pangkalnya HATI. Okeh! Berbalik pada cerita aku tadi. Kenapa aku tak ikut abang pindah ke Rawang??!! Ramai yang bertanyakan soalan ni. Naik jemu nak menjawabnya. Tapi aku tak salahkan diorang atas rasa ingin tahu ~ada unsur2 busy body lah jugak 2 ;o)~. Aku pun jawab je lah dengan jawapan yang sama. 

Soalan "Kenapa duduk asing2?"

"Ina sakit.. Tiap2 3 minggu or sebulan kene berulang ke Hosp. Ipoh masuk darah.." terdiam..

Soalan "Tak boleh transfer masuk dekat hospital lain ke?"

"Boleh 2 boleh tapi kadang2 tempat baru x sama dengan tempat lama.. Dari kecik dah ada rekod di sana.." terdiam lagik..

Soalan & Kenyataan "Yeker??! Alah!! Nak seribu daya x nak seribu dalih.." ~Rasa2 korang bleh tak kalo aku cepuk jer orang yang cakap macam ni???~

Kalau tak faham situasi dan kedudukan orang, jangan memandai2 nak buat andaian. Ataupun jangan cuba2 nak amik tau kalo rasa nak 'kondem' balik. Tak manis dan tak elok. Kalo tak dapat nak membantu, sekurangnya jangan lah tambahkan lagi penderitaan yang ditanggung. Adoi!!! Kenapalah kadang2 susah sangat nak buat orang faham. Yer lah.. Namapun manusia biasa.. Mana ada yang sempurna.. Baik mereka dan jugak aku.. Kepada kalian yang masih ada persoalan.. Tak apa! Ajukanlah.. Sebab dari soalan2 itu jugak kalian akan lebih mengenali dan mendalami hati seorang insan yang seperti nama diatas.. Warghhh macam karang surat rasmi plak.. Hahahahaha..

P/s: Kepada abang, kesabaran mu selama ini hanya Allah swt saja yang dapat membalasnya.. (kesian abang kena berulang-alik balik Ipoh tiap2 2 minggu).. Minggu depan abang balik erkkk.. Kite pegi SINGAPORE!! Huhuhu Kecian Aqil Naim kene tinggal.. ;o(

** Entry ni ditulis sewaktu rehat panjang di pejabat ~12.15pn-2.45pm~ setiap Jumaat.. Saja nak bagi tau yang aku tak menyongket minggu ni sebab DUIT DAH KEKURANGAN.. Hukhukhuk biler nak gaji nih... Isk..

Post a Comment

0 Comments