Advertisement

Main Ad

Tahniah Anak SPM 2022/2023

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Hari ini keputusan SPM Sesi 2022/2023 keluar.
Seronok bila tengok wajah anak-anak yang dapat keputusan cemerlang mencapai target mereka.
Kepada anak-anak yang kecewa dengan keputusan yang diterima jangan putus asa.
Selagi kalian rajin berusaha In Syaa Allah ada jalannya.
Allah swt telah tetapkan rezeki dan peluang yang terbaik buat setiap hambaNya.
Usaha, berdoa dan tawakal yakin padaNya.
Tahun 2023/2024 adalah tahun terakhir Aqil di Menengah Rendah.
Selepas ini hanya berbaki 2 tahun saja lagi Aqil akan habiskan masa di Sekolah Menengah.
Taman Tingkatan 5 nanti ibu tak tahu kemana arah tuju Aqil.
Semakin cepat masa berlalu ibu ayah semakin bimbang.
Kami masih tak nampak apa kemahiran dan kecenderungan minat kamu.
Yang ibu nampak sekarang kamu hebat main game.
Huhuhu!
Nasib baik budak Aqil ni sejenis yang bila ibu cakap "STOP" hp dia akan "STOP".
Sesekali ibu bagi hp tu untuk release stress Aqil.
Syaratnya homework harus siap.
Jadual ulangkaji Aqil pula ibu tetapkan kalau 1 jam waktu pegang hp sekurangnya 2 jam waktu ulangkaji.
Aqil sejenis tak suka aktiviti luar rumah.
Iyalah mana dia ada kawan dekat kejiranan kami ni.
Sebab kawasan perumahan kami ni kebanyakkannya bukan berbangsa Melayu.
Sebaris rumah kami ni kebanyakkannya berbangsa Cina.
Mereka pun sejenis masuk saja rumah tak keluar lagi dah.
Jadi tak adalah kawan budak Aqil bila balik ke rumah.
Ibu ayah ni lah kawan dia.
Aishhhhh! Apa lah yang ibu membebel ni.
Cerita yang tak ada point penting sebenarnya.
Sekadar sembang kosong.
Hihihi!
Terima kasihlah sudi baca sampai habis. 


Itulah rutin dia.
Tengah baca buku ulangkaji pun telinga bersumbat dengan headphone.
Katanya dengar lagu sambil mengulangkaji.
Sampai sekarang ibu tak faham macam mana dia boleh fokus ulangkaji sambil dengar lagu.
Haishhhhhhh!

Tak apa Aqil ibu malas nak cakap banyak nanti Aqil runsing kena bebel saja kan. Jadi ibu cuma tunggu keputusan Ujian Pertengah Sesi Akademik (UPSA) kamu nanti ye. Masa tu baru kamu tau ibu ni nak jadi singa ke nak jadi rimau. Hihihihi!

Post a Comment

46 Comments

  1. tahniah buat anak2 yg berjaya dlm SPM...

    turn aqil pula lepas ni... kena extra rajin. kasi ibu senyum smpi belakang telinga nanti😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anies doakan budak Aqil ni ye. Semakin remaja ni lain macam cara nak handle dia. Remaja lah katakan. ;)

      Delete
    2. insya allah no problem...

      aqil kena selalu jd imam kot bila berjemaah kat rumah😀 mana tau msk form 5 boleh jd ketua pelajar nnt... aminnnn

      Delete
    3. Kalau ayah dia kerja atau outstation memang dialah yang imamkan ibu. Kadang2 dia imamkan opah dia (emak ibu) kalau atoknya tak ada. Alhamdulillah! ;) Moga yang baik2 utk budak Aqil. ;)

      Delete
  2. Eh2 sama la anak dara saya pun mcm tu jugak. Sambil buat kerja rumah mesti nak pasang headphone layan muzik. Kita mak bapak risau je bila anak2 belum tau hala tuju dieorang kan. Kalau dah tau pulak, risau sama ada dieorang mampu ke tak capai cita2 dieorang tu sebab persaingan sekarang sgt hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman skrg terlalu ramai anak2 yg bijak kan sis. Persaingan utk cari kerja pun hebat dugaan nya. Semoga yg baik2 saja buat anak kita ni. Itulah sampai ibu ckp pd Aqil jangan asyik pakai headphone saja rosak gegendang telinga tu nanti kuat sgt muziknya. ;)

      Delete
  3. Aqil...kena start berkawan..nanti jadi macam Dania..introvert...susah berkawan dan orang x nak berkawan dengan dia..at least kena ada sorang 2 kawan ye...Dania ni x tau la macam mana ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sekolah dia ada kawan SA ada geng dia juga cuma dirumah ni masalahnya dia melepek saja. Kawan2 sekolah dia duduk taman lain agak jauh juga dari rumah. Memang dia tak keluar rumah lah jawabnya. ;) Tapi pernah dia tanya boleh tak kalau saya nak tengok wayang dengan kawan tapi ayah kena hantar lah. Hahahahaha! Bila tanya bila tu nak pegi dia jawab tak tau lagi saya tanya jer dulu. ;)

      Delete
  4. MA tahun ni hero tu SPM, next year turn MA plak la....nervous, risau...semua la.. dia relax je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat maju jaya dan mendapat keputusan cemerlang buat hero mummya. Memang anak lelaki ni jenis relaks kot mummy kan?! ;)

      Delete
  5. Not bad jugak reseult spm thn ni... ramai je anak² kenalan dpt byk A... straight A+ pun ada... mmg lihailah.. semoga anak² kita nnt pun berjaya mcm tu jugak kan? aamiinnn² yra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabb! In syaa Allah kak. Kita doa yg bebaik utk deme. ;) Ramai budak bijak2 skrg..

      Delete
  6. seronok tengok anak kawan2 ambil keputusan SPM,tak sedar sampai ikut meleleh airmata gembira

    ReplyDelete
  7. Bagus juga kalau tak suka aktiviti luar rumah ni... kalau tak asyik hilang je!

    ReplyDelete
  8. Selamat buat adik" ya .semoga kedepan semakin jaya .ada Lo kak walau dengar lagu tetap fokus belajar hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga ya jenis boleh fokus sambil dengar lagu. Harapnya Aqil begitulah. ;)

      Delete
  9. sekarang ini game juga boleh dibuat kerjaya...jangan main-main hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu Mr Hanafi jgn pandang mereka sebelah mata semua tu skill jgk kan. E-Sukan pun ada juga. ;)

      Delete
  10. Tahniah buat anak2 SPM yang dapat keputusannya

    ReplyDelete
  11. Samalah si Abang pun...belum decide nak pilih aliran mana; kejap nak sains, kejap nak pure agama, kejap nak yg akaun... Ummi pun susah hati gak ni 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita doakan mereka dipermudahkan segalanya PH. In syaa Allah! Anak2 semakin matang. ;)

      Delete
  12. tahniah anak2 lepasan SPM. tak kisah keputusan apa pun yg penting cari hala tuju lepas ni.

    betul tu Ibu, tak faham istilah budak2 skrg telinga bersumbat earphone dengar lagu sambil study..aihh kalau saya mmg out lah camtu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ibu dgr lagu smbl belajar rasanya dah berangan kemana hala kot x fokus. ;)

      Delete
  13. perangai aqil sama mcm my son yg no 2 tu...suka main game emmm cuma so far dia masih perform lah time exam (ie result last year), thn ni tgk camner, kalau result drop, memang tak leh bagi main game byk2 dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun harap budak Aqil ni perform lah waktu exam nnt MZ nak dilarang x boleh bdk remaja ni. Tp kena pantau tgk result dia nnt. ;)

      Delete
  14. tahniahh anak2 yg berjaya dan yg tak pun masih ada peluang baiki utk masa depan insyaallah

    aqil cam adik ciknur dulu belajr dzngar sumbat telinga tp alhamdulillah di berjaya jd pelajar terbaik sek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Cik Nur semoga Aqil pun berjaya cemerlang mcm adik Cik Nur.. ;)

      Delete
  15. Takpe adik Aqil...dalam belajar memang kita kena enjoy the process. Kalau enjoy, insyaAllah semuanya akan jadi mudah. Percayalah! All the best adik Aqil, make your mom proud tau :)

    ReplyDelete
  16. cepat betul masa berlalu kan... kalau kita belajar sambil sumbat telinga mcm tak dpt nk fokus eehehhe

    ReplyDelete
  17. aqil anak yg baik insya allah dia akan cemerlang

    ReplyDelete
  18. Sha baca entry ini saat anak2 tengah menjalani spm di awal tahun 2024.. semoga yang baik2 sahaja buat semua anak2 spm.. aamiin..

    ReplyDelete
  19. Good luck dan semoga dipermudah buat Aqil dalam menempub peperiksaan.. Aamiin..

    ReplyDelete
  20. Sha pun macam Aqil.. membaca sambil mendengar radio.. lagi feel jadinya..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.