Advertisement

Main Ad

Pantang gaji.. Pantang Choping.. Mesti je ada barang untuk dia..

Itulah dia hobi aku bila dah jadi ibu ni. Pantang gaji dah masuk. Pantang pegi choping bila dah berduit ni. Mesti je ada barang yang dibeli untuk Si Kenit aku ni. Hehehe Tengah hari tadi aku dengan Kak Yatie pegi shoping mall sekitar Ipoh. Bunyinya macamlah banyak benor shoping mall yang kami pegi. Padahal sebuah je. Kitorang pegi Greentown Mall atau lebih glamour namanya Uda Ocean. Walaupun tak se'glamour Jaya Jusco tapi kalau bab barang2 yang agak berpatutan harganya kira dekat situ lah antara tempat yang sesuai. Mula2 plan nak naik cab, nasib Kak Yatie baik budi sanggup bawak kereta. Kira save lah duit cab. Memandangkan semalam dah gaji. Akupun dah mula planning nak beli sesuatu untuk diri aku. Tapi bila dah sampai sana, lain pulak yang aku beli. Bukan untuk aku tapi untuk si Aqil Naim. Memang dah lama aku nak cari barang ni. Sebab Aqil suka sangat duduk atas dia masa aku pegi rumah Kak Yatie akhir tahun lepas. Sampai nak balik rumah pun Aqil masih pegang benda 2. Kesian aku tengok. Ada aku suruh Kak Yatie tolong belikan dekat area kedai rumah dia. Tapi dah habis. Sebab tu bila nampak je benda 2 tadi, aku tak fikir panjang. Terus saja aku sambar bawak ke kaunter bayaran. Dan balik2 tadi bila aku bagi je pada Aqil Naim. Suka sangat dia duduk atas benda 2. Tambah2 benda 2 ada bunyi bila Aqil duduk atas dia. Asyik bangun duduk.. Bangun duduk.. Itu je kejenya.. Hehehehe demi anak, kalo berhabis duit pun tak apa. Yerlah, aku kerja pun untuk sapa lagi kalau bukan untuk dia. Segala rezeki yang aku & abang dapat sekarang semuanya REZEKI AQIL NAIM..

Barang ni biasa2 je..
Tapi cukup mengembirakan si Aqil Naim..

Post a Comment

2 Comments

  1. hi...pak lebai..amacam best x duduk kt atas krusi tu...hihihi...conok nmpak??? Ibu yati yang nmpak dulu td tau...ibu aqil mana prasan...hihihi...sajer lawak...tgh buhsan nie...

    ReplyDelete
  2. hehehe trima kasihlah dkt ibu yatie.. mmg perihatin btoi ler.. bkn perihatin dkt ibu aqil tp pd aqil pn sama.. ;o)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.