Advertisement

Main Ad

Ibu dah cakap dah.. Tapi Aqil degil.. Inilah padahnya..

Orang tua2 pesan, dengor nasihat ibu. Aqil tak nak dengor nasihat ibu. Ha!!! Kan dah jatuh. Kejadian ni jadi petang tadi. Bukan sebab Aqil jatuh masa tido dalam buai, tapi jatuh sebab benda yang dah berbuih2 mulut ibu dengan opah pesan. "Aqil, jangan panjat buai 2.. Jatuh nanti..." Tapi Aqil masih buek derkk jer.. Masih dengan aktiviti memanjat tiang buai. Kebetulan buai letak disebelah sofa. Jadi kesukaan Aqil panjat tiang buai untuk naik ke atas sofa. Kira panjat tiang landing dekat sofalah dak tecik ni.  Bukan landing elok2, tapi main lompat2. Kreatif sungguh. Dah macam tarzan ibu tengok. Tapi Aqil kira lagi syomel dari tarzan lah. Huhuhuhu Aqil panjat, Aqil lompat.. Tak cukup dengan itu, Aqil boleh bergayut dekat tiang buai, meluncur turun dari tiang buai ~ala2 gaya ahli bomba yang terima panggilan kecemasan 'gayut dekat tiang masa nak turun ke trak bomba'... Meruap darah ibu tengok.. Ni kalo jatuh ni memang melalak budak ni.. Ibu risaukan kepala Aqil terhentak dekat lantai. Dan apa yang ibu takutkan memang terjadi tadi. Tengah best2 ibu tengok tv, ibu dengor "Debobbbbb!!!!" disusuli dengan suara Aqil "Uwaaaaaaaaa...." Ibu cari2, Aqil dah terlentang di bawah.. Kan ibu dah cakap.. Ibu cepat2 dukung Aqil.. Opah berlari dari dapur ke depan. Rasanya mesti panjang langkah kaki opah yang pendek 2.. Hihihihi sorry mom.. ;op Ibu tengok blakang Aqil, tak ada apa2 kesan. Check kepala Aqil, tak ada apa2 kesan jugak. Bila agak2 dah cukup pasti, ibu tarbiah Aqil sikit. Padahal bukan Aqil fahampun.. Budak lagi....

P/s: Tak sampai berapa saat pun Aqil Naim insaf.. Pastu, dia sambung balik pendakian.. Budak2.. Memang tak serik.. ;o)



Corat Coret,

Post a Comment

3 Comments

  1. ciannyer aqil...bebudak lelaki memang mcm tu...lasak....klu tak kan nama lelaki...huhuhu...

    ReplyDelete
  2. itulah zai, mmg buat ibu dia ni kecut pewut je. lagi cuti panjang, kalo tak kemana umah dah macam tongkang pecah. Aduiiii!!! Fenin ini kapala.. Anak LELAKI!!! ;o) x apalah janji sihat..

    ReplyDelete
  3. cian aqil..budak lelaki kalu tak wat aksi lasak tak sah..kita yg tgk ni yg kecut perut..kan.
    sabar je la..;-)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.