Advertisement

Main Ad

Dia wat hal pepagi buta ni pulok...

Semalam, ibu terlalu teruja bila Aqil tak ada sesi amuk amuk. Tapi pagi ni bagun dari tido Aqil dah mula buat perangai. Mentang2 semalam tak amuk jadi bagun2 pagi tadi semuanya serba tak kena. Macam biasa Aqil menghempas badan dengan mulut mengomel2 dalam bahasa Jepun yang tak berapa ibu nak faham. Entah apa Aqil duk merepek. Jenuh jugak ibu nak cuba terjemahkan. Nak tutu... Nak alan... Nak ayah... Itu je yang dapat ibu fahami. Bila sebut 'Nak ayahhh....' ibu kalah. Aduh!! Beratnya tanggungjawab ayah & ibu.. Lagi bertambah berat kalo hanya dipikul oleh seorang saja. Ayah balik lambat lagi sayang. Jumaat depan. Ibu rasa dah tak larat nak menanggung kalo dalam masa 5 hari ni Aqil masih lagi sama. Suka amuk amuk amuk. Ikutkan entry ibu bulan ni tak abeh2 bercerita kisah amukan Aqil Naim ni. Mesti jemu peminat corat coret ibu Aqil nak baca. Tak ada cerita lain ke ibu. Nak buat macam mana, ini cerita yang tengah hangat sekarang. Ibu ada tangkap video Aqil amuk. Tapi ibu tak reti nak upload dekat entry. Cemana yer nak masukkan video dalam post?? Sesapa yang sudi tolong ajar ibu bleh tak?? Pagi tadi, disebabkan amukan Aqil, opah mandikan Aqil dekat depan rumah. Opah pancut dengan getah paip. Mula2 mengelejat jugak, tapi lama2 sedu Aqil makin reda. Opah cakap "Haaa... Lantak lah orang tengok nonei dia.." Dan Aqil "Uwaaaaaaaaaaa nanak...." Ibu pulak, duk tangkap video untuk hantar video msg pada ayah yang jauh disana..

Dan perkembangan terbaru Aqil. Dia dah pandai menanes sampai termuntah2. Huhuhu Apo lah ibu ni, itupun excited. Bukan apa, kalo dulu ibu hanya dengar cerita kawan2 pejabat ibu ~Ibu Dina&Haziq or Ummi Aniq&Adib~ anak diorang yang suka nanes sampai muntah2. Sedangkan si Aqil Naim nanes2 biasa jerk. Tapi hari ni, pertama kali ibu tengok "OOoooooo macam ini rupanya budak nanes2 sampai muntah..." Aqil Naim nanes sampai muntah.. Uweekkkkkk... Lepas muntah, Aqil sambung balik nanes.. Aduyai!!!!

Corat Coret,

Post a Comment

0 Comments