Gud Morning Eberibodi!!!
Hari ni awal2 pagi Aqil dah bagun. Bangun2 je pagi ni dia dah berlagu keroncong utk ibu dia. Duk memerap dari pukul 7 sampai dkt pukul 8. Meranapkan semua mimpi2 indah ibu dia di awal pagi hujung mggu nih. Baru berangan nak bgn lambat syg. Nak buek camno dah loceng alarm ibu mmg berbunyi tepat ikut masanya. Cuma bezanya jenis bunyi alarm yg berbeza. Sama ada jenis yg buat ibu bgn2 je trus senyum ataupun jenis yg buat ibu bukak je mata rasa nampak Aqil mcm kecik sesgt. Sabau jer lah.. Hehehehe Pagi ni, sgt2 bosan. Ayah tak balik. Atok & opah dah pegi kelas kursus haji. Insya'allah kalo diizinkan-Nya, hujung thn ni berangkat lah mereka jadi tetamu-Nya. Aminnn!!! Ibu doakan yg terbaik buat mereka. Iyelah selama ni ibu duk pesan ngn orang2 lain je sesapa yg nak ke sana mintak doakan kesihatan ibu disembuhkan di Tanah Suci nanti. Sekarang ibu nak atok & opah sendiri yg mendoakan kesihatan anak mereka ini. Mudah2an dimakbulkan doa2 mereka.
Aqil meragam pagi ni sbnrnya bkn pasal apa. Ibu tau kenapa. Sebab Aqil tak puas tido kan?? Ha!! Sapa suh semlm Aqil bantai berjaga sampai pukul 2 pagi. Terpasang TV dgn cite katun nya. Melambung lg lah bil letrik umah opah nih. Ibu tido pun tak lena. Sekejap2 terjaga. Walaupun Aqil baik, duk setempat je tak merisik wat keje merepek2 tapi ibu tak bleh nak lena sebab Aqil duk kaco2 ibu nak tido. Tau ler dia tak leh nak tido, dikacaunya kite plak tak dibaginya tido. Isk Isk Isk Last2 pukul berapa Aqil lenapun ibu tak sedor.. Huhuhu Sedor2 awal2 pagi Aqil dah wat hal merengek2 sampai opah pun cabut lari. Pujuk2 tak nak last2 ibu biorkan. Tau pulak behenti nanes sendiri.. Saja ngada je yerk!!!
Tapi behenti nanes nya tak lama pun, agak2 dah sejam dua dia wat blk perangai. Merengek menanes. "Jommm alannnnn..." Katanya.. Dah sudah!!! Nak jalan kemana syg?? Ayah tak ada.. Kalo ayah ada Aqil tak payah ajak2 mmg ibu sendiri yg akan suh ayah bwk kita brjalan. Erkkk!! Rupanya Aqil ikut perangai ibu yer.. Celik2 mata jer nak berjalan.. Hahahahahahaha Agaknya mcm ni lah ayah duk penin melayan kerenah ibu bila asal je bukak mata pagi2 dah ajak berjalan.. Hehehehe Sorry lalink, nak buat mcm mana buah hati awak ni mmg jenis kuat berjalan. Redha jer lah erk... ;o) Pagi tadi ayah msg, dia baru abeh keje shift mlm. Windu katanya.. Windu Aqil ~Termsk ibu sekali ler tu... Alah ayah ni memalu lak nak ngaku.. ;op~ Kami pun windu ayah jugak... Rasa nak polok2 jerk ayah pepagi buta nih.. Weheeeeeeeeeeeeiii.....
Aqil dan aksi2nya awal pagi di mggu yg membosankan ni..
Dah tuko menu bekfas dia..
Dari beskott tiger ke beskott bunga ni plak..
Dap gak.. Ibu pun pow cikit.. Hihihi
Corat Coret,
| Salina @ Ibu Aqil
|
0 Comments
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.