Advertisement

Main Ad

~L.A.M.E lame photo #It's just a picca of L.O.V.E!! ;)~

EmIenAqil R&F is best viewed using Mozilla Firefox & Google Chrome!! TQ!! (",)

As'salamualaikum!!!
Hii dear all!!!
L.A.M.E lame photo #It's just a picca of L.O.V.E!! ;)
Entry fresh dari oven..
Bersiaran dari atas katil empuk Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.. ;)
Kalau dah rutin bulanan ni tak sah kalau ibu tak membuai perasaan sendirian..
Layanzzzzzzzzzzz!!!


Satu waktu dulu mereka terlalu gembira dengan anugerah & amanah dari Allah swt ini..
Tanpa sedikit pun rasa prasangka dengan penuh rasa syukur mereka menerimanya..
Ditatangnya bagai minyak yang penuh..
Menjadi pengikat kasih diantara keduanya..
Mak!!
Abah!!
Andainya kalian tahu..
Diri ini bertuah kerana dilahirkan sebagai anak kalian.. ;)


Saat meniti kebahagian bersama bonda tercinta..
Sentiasa terukir senyum tawa dibibirnya..
Sentiasa membahagiakan hari2nya.. ;)


Betapa bangganya dia saat bergelar seorang bapa..
Betapa setianya dia melayan puteri tercinta..
Demi kasihnya yang menggunung..
Demi sebuah harapan yang tinggi.. ;)


Saat ini!!
Ketika ini!!
Di awal usia 7 bulan..
Dugaan pertama buat mereka..
Yang merubah segala2nya..
Menjadikan mereka kuat dari hari ke sehari..
Menjadikan mereka hambaNYA yang sentiasa bersyukur & redha..
Walaupun hari2 mereka lalui saat itu sentiasa berendam air mata..
Sentiasa berada didalam ketakutan..
Saat itu harapan mereka mula rapuh sedikit..
Malah hampir goyah dilanda ribut & taufan..
Saat diri ini disahkan sebagai seorang penghidap Beta Thalasemia Major..


Waktu ini..
Setelah hari2 berlalu..
Mereka semakin redha & bersedia mengharunginya..
Kami meneruskan langkah kami..
Meniti tiap hari2 indah bersama..
Suka duka gelak ketawa..
Allah swt sentiasa memudahkan jalannya..
Segala nikmat itu masih dirasai..
Walaupun perit sakit yang ditanggung..
Apalah yang diketahui anak kecil seusia 7 bulan itu?!!
Jarum & ubat adalah mainannya sedari kecil..
Namun dia masih mampu tersenyum & ketawa..
Masih tetap terus melangkah..
Hingga kini.. ;)
Dia masih terus mengukir senyum..
Buat mereka yang disayanginya..
Buat mereka yang mengelilingi hari2nya..
Ditelankan terus rasa sakit itu..
Dimuntahkan sendirian rasa pedih itu..
Demi dia terus ketawa & tersenyum bersama mereka..
Demi kebahagian mereka..
Moga dia terus kuat & tabah melaluinya..
Amin!!!!!


Itulah dia..
Kini & selamanya..
Hanya dia..
T.A.M.A.T
Tata!! Titi!! Tutu!!
Nota Si Jari Runcing ~Meroyan sorang2 kat wad ni itu ler ropenya.. Emo sorang2!! ;) Kawan2 semua take care yer.. ;)~

Post a Comment

44 Comments

  1. MENgharungi dugaan itu sejak usia mentah mnjadikan ina seorg y ckp tabah,... sgt2 tabah.. ina sgt2 bertuah..dikurniakan ibubapa y sgt pyayang n mjaga ina dgn sebaiknya hingga akhirnya ina mnjadi milik suami tcinta..

    ReplyDelete
  2. hubby aju tersentuh baca komen ina semalam, moga ina tabah menghadapi ujian allah ini, semoga rakyat melaysia prihatin untuk menderma darah untuk mereka yg memerlukan..smile ina!!!!

    ReplyDelete
  3. Akak mmg kuat semangat, sentiasa tabah dengan dugaan dan ujian..
    Berat mata memandang berat bahu yang pikulnya..
    Apapun kak, doa kami sentiasa buat akak semoga akak cepat sembuh ye.. :)

    ReplyDelete
  4. sedihnya baca. brtuah dapat ibu dan ayah yg begitu kuat dan tabah smpai akak boleh berdiri seperti skrg. sobss.

    ReplyDelete
  5. btol2 nostalgia gambar2 ni..

    moga sis terus tabah jalani hidup, kalau mak& ayah kita boleh buat, insyaallah kita boleh..w/pun perit & sakit..hidup tetap perlu diteruskan..

    take care sis..

    ReplyDelete
  6. semoga tabah harungi cabaran hidup yg penuh suka dan duka...

    ReplyDelete
  7. taktau nak komen macam mana, dah nangis niii, taip ni pun dengan mata kelabuuu. sebak. tabah akak, kita doakan yg terbaik buatmu. kita tengah susun cerpen2 kita tu.

    ReplyDelete
  8. be strong...ibu tabah...
    beruntung ibu punya ayahdanda, bonda, kekasih hati dan si bulu mata lentik yg sentiasa ada disisi

    ReplyDelete
  9. gambar lama masih disimpan dgn elok lagi...

    jaga diri baik-baik yer..

    ReplyDelete
  10. aloor syahdunye ina ..
    moga ina terus tabah .. akak percaya ina kuat macam lya jugak ..
    suke bila lihat adik2 akak nie kuat harungi dugaan allah
    insyaallah dik , banyakkan berdoa .. sakit , ajal maut semua di tangannye .. bila dia berkehendak akan jadi dan sebaliknya .. semua ada hikmah dik ..

    suke tgk kenangan lama nie ;)

    ReplyDelete
  11. Semoga Ina terus tabah dan kuat mengharungi dugaan Allah...jaga diri baik-baik...

    ReplyDelete
  12. sama muka kak ina ngn mak..teruskan perjuangan kak ina..k.ina kuat!

    ReplyDelete
  13. klasik sungguh gambar2 tu...
    teruskanlah ketabahanmu itu...cekalkan hati ya..

    ReplyDelete
  14. :).Walaupun hati didatangi mega mendung tak berkesudahan, sinar mentari pasti membontoti di belakang awan.Me doakan semoga ibu kembali sihat ya :)

    ReplyDelete
  15. sungguh tersentuh dgn ketabahan ina. moga2 Allah terus memberikan kekuatan pada ina untuk mengharungi setiap detik dan waktu bersama insan2 kesayangan ye...

    ReplyDelete
  16. kak ina, Allah turunkan dugaan sebegitu kerana Dia amat menyayangi umatnye... bersabarlah dan teruslah berjuang untuk hidup... =)

    ReplyDelete
  17. nurul pasnie kena derma darah..masa merah dulu tak bleh derma skang nyusu..so pas nie mmg kena derma=)harap ina sentiasa sihat k...nurul doa2kan

    ReplyDelete
  18. sayu hatiku...wuwuwuuu..
    sekian lama ina tabah, jadi jgn pernah putus asa yer..

    ReplyDelete
  19. bersyukur sbb msh dipanjangkan usia kan?

    ReplyDelete
  20. kagum dgn ketabahan ina.. teruskan semangat ye ina demi org2 yg tersayang.. comel sgt ina masa baby.. :)

    ReplyDelete
  21. @LYAfrina Mak & abah lah tulang belakang ina sedari kecil.. ;D

    ReplyDelete
  22. @Myra Jay Insya'allah dik.. Mudah2an Allah permudahkan segala urusan.. ;D

    ReplyDelete
  23. @ch@ Alololo!! Akak wat adk akak ni nangis lg.. ;( Sorry dik.. Huk3!!! Terima kasih dik cha.. Allah swt saja yg mampu balas segala doa2 dr cha.. ;D

    ReplyDelete
  24. @Lelord Merekalah kekuatan & semangat utk terus kuat & kuat.. ;D

    ReplyDelete
  25. @ieda Terima kasih kak.. Terima kasih atas suntikan kata2 semangat akak ni.. ;) Ini dah janji kami.. ;)

    ReplyDelete
  26. @kayyana Betapa dia kasih & sayangkan hambanya maka itulah dia menduga mereka.. Alhamdulillah!! ;D

    ReplyDelete
  27. @ct rahani Insya'allah!! Comel erk?!! Ada mcm Aqil Naim x?! Hik3!!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.