Advertisement

Main Ad

Pagi yg agak touching jugak..

Assalamualaikum pembuka bicara ibu pagi ni..

Formal nyer ibu.. Aish!! Apalah salahnya bagi salam pepagi ni. Amik berkat pagi Isnin ni. Pagi ni ibu lambat msk opis. Terima kasih pd geng2 di opis yg memahami masalah & rutin bulanan ibu ni. Diorang tak pernah persoalkan kelewatan ibu. Asalkan ibu mengikut jln yg betul tak bengkang bengkok udoh ler. Pagi2 lagi ibu dah jadi tetamu awal di Wad Thalasemia HRPB. Menanti2 Nurse menyiapkan kelengkapan utk mulakan tugas harian mereka. Mst depa dah jemu kan asyik nak mencocok jer kijenyer. Tapi jasa mereka pd ibu sggh besar tak terbalas. Dari ibu cinonet besor Aqil Naim lagi mereka dah menyumbangkan bakti. Orang lama!! Mereka jgk yg melihat pembesaran ibu dari ibu sebesar Aqil. Walaupun ada diantara mereka orang baru, tapi ada jgk terselit seorang dua orang lama. Terima kasih tak terhingga pada kalian semua. Allah s.w.t saja yg membalas jasa kalian. Pagi ni mcm biasa, ibu dgn rela hati menyedekahkan tgn ibu ni utk dicocok. Kalo ikutkan hati, mana ada manusia yg sudi rela hati buat mcm 2. Kalo ditanya para2 ibu yg mengandung "APA PERKARA YG PLG KORANG MENYAMPAH WAKTU MENGANDUNG NIH??" Kerap kene cocok utk amik sample darah ler jwbnya ~bg ibu2 yg bermasalah darah tinggi atau kecing manis atau masalah2 lain je lah~.. Huh!!! Ingat best ke kene cocok?? Sakit tau.. Tapi ibu tak nanes.. Sebab ibu dah besau.. Cuma bila dikenang2 waktu ibu sebesau Aqil dolu, opah lah manusia yg plg terseksa. Bayangkan sampai2 hospital terpaksa serahkan anak dia ni pada mereka utk 'dikerjakan' mereka.. Dari luar blk rawatan, hanya teriak & tangisan ibu saja yg opah dgr kadangkala sampai hilang suara ibu dan masa yg sama berjuta2 malahan tak terkira rembesan air mata opah yg keluar saat itu. Opah menanes.... Sama2 menanes menemani ibu.. Kesian opah.. Bnyk kali ibu buat opah menanes krn ibu.. Berdosakah ibu?? Derhaka kah ibu?? Seorang anak yg membuat ibu bapanya menanes, adalah anak yg derhaka.. Ya Allah!! Derhakakah hambamu ini???!!!

"Emak!!! Maafkan Kak Long... Kak Long tak bermaksud melukakan hati emak.. Buat emak hidup disulami air mata.. Maafkan Kak Long..."

P/s: Aqil syg... Itu pengorbanan opah pada ibu.. Pengorbanan seorang ibu kpd anaknya & pengorbanan ibu kpd Aqil, biar ibu saja yg menyimpannya.. Semoga satu hari nanti.. Aqil akan faham bahawa setiap yg ibu lakukan adalah untuk kebaikan mu sayang.... Kerana sekarang Aqil terlalu kecil utk memahaminya..

 

Post a Comment

7 Comments

  1. Hite pon ikut rase terharu bile baca entry ni..mmg kuat sgt ibu menghadapi penyakit ni depi suami n anak tersayang kan..smoga ibu sntiasa tabah, dikurniakan kesihatan yg baik n happy2 selalu bersama yg tersayang k..=)

    ReplyDelete
  2. nieza nak bawak pi suffiya chck talasemia pun tak pergi lagi sbb suffiya bila berlari muka dia merah jerk ...

    ReplyDelete
  3. tuntutan kehidupanmu yang 1 itu tlh di maklumkan... sabo nyeh... Ibu bapa mana yang sanggup tgok kehidupan anakya yang akan datang tanpa kita disebelah...tambahan pula waktu itu mereka memerlukan kita disisi mereka... jadikan mereka seperti kita... apa yg kita rasa pabila kita berjauhan dari ibu bapa kita... pasti itu yang mereka rasa... Berjuangla selagi nyawa dikandung badan... kekuatan mereka adalah dolar @ peso bagi kita...hahhaha...apa yg kyati melalut ni... lain kali jgn bg peluang kyati coment...hihihi..apa2 halpn bila duk pikir tang jarum tu...mmg kyati fobia... uh...

    ReplyDelete
  4. MamaZara: Ibu kena kuat hite. Kalo ibu tak kuat mcm mana ngn Aqil. Kalo dulu hanya diri ibu seorg. Tp skrg ibu dah ada Aqil&Ayah. Ibu kena kuat. Insya'allah mereka2 adalah kebahagian ibu yg sntiasa bt ibu HAPPY. TQ dear atas kata2 smangat tu.. ;o)

    Nieza: Thalasemia ni bleh dilihat dr prkembangan. Letih/Lemah/Kerap Demam/Muka Pucat/Kulit Kekuningan/Kurang Aktif/Pembentukan Tulang Tak baik. Tp utk kepastian, dgn cek darah. Aqil Naim pun ibu dah bwk cek Thalasemia mandangkan ibu dia ada sakit 2. Masa umur Aqil 1thn dah ibu bwk. Alhamdulillah!! Aqil sihat mcm ayah dia. ;o) Syukur!!

    Arisyanaziq: TQ sis.. Ur always being my sis.. Donia akhirat.. Ina tak kan mengalah.. Tak akan berhenti berusaha.. Selagi belum sampai janji ina pada-Nya.. U know me.. Sekuat mana ina. Setabah mana ina. Ina yakin ina boleh. Sbb terlalu ramai yg mendoakan ina.. ;o) TQ atas segala doa kalian..

    ReplyDelete
  5. yg sakit blm tentu sakit selamanya dan yg sihat bkn sihat selamanya. pesan kyan ingat lah 5 perkara sebelum 5 perkara terjadi...

    ReplyDelete
  6. sedih baca nih.. semoga semangat awak sentiasa semakin kuat ye..take care..

    ReplyDelete
  7. Dian: TQ sis atas tanda ingatan 2.. Ina sntiasa ingat.. Tak penah lupapun sesaat.. ;o)

    MamaHanim: Insya'allah dear, ibu kene kuat.. 4 si dak tecik Akemelo ibu 2 & My Luvbie.. ;o) Dan utk semua yg mengasihi ibu..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.