Pernah tak korang diajar macam mana cara nak buat kerja. Yang mengajar tu pula bukan Ketua Unit korang tapi kerani yang sama level dengan korang tapi dia bertugas di pejabat lain. Contoh kita ni duduk Main Office yang mengajar kita macam mana nak buat kerja tu staff daripada pejabat lain. Senang cakap ibu ni handle permohonan untuk satu Kontinjen dan yang mengajar tu pula kerani dari pejabat Daerah.
Ceritanya begini mari ibu ceritakan satu persatu. Tugas ibu di Main Office untuk menyemak dokumen bagi semua permohonan yang dihantar sebelum ibu majukan ke HQ kami di KL nun. Sebelum hantar mestilah kita kena semak dulu semuanya dah lengkap atau tidak dan kalau ada yang ibu nampak tak lengkap ibu akan kuiri semula ke Daerah untuk mereka buat pindaan dan hantar semula kepada ibu permohonan yang sudah lengkap barulah ibu akan majukan ke HQ untuk proses yang seterusnya.
Masalahnya pagi tadi tiba2 ibu dapat panggilan daripada salah seorang kerani yang betugas di sebuah Daerah malas ibu nak menyebutnya. Hahahaha! Dia boleh cakap pada ibu "Kak Ina lepas ni kalau ada dokumen kuiri yang tak lengkap tak payah buat surat kuiri ye sebab Ketua Bahagian kami dah bising kenapa banyak sangat kena kuiri kami banyak buat silap sebelum hantar dokumen....... Kak Ina wasap saja lepas ni kalau ada benda yang nak dipinda........" Wahhhhhhh! Terkesima pula ibu seketika. Terus keluar lagu Pelamin Anganku Musnah bermain2 di telinga. Hahahahahahaha!
Ibu terangkan pada dia yang ibu memang dah diajar dari awal mula bekerja. Apa2 perkara yang berkait dengan kerja mesti melalui surat menyurat. Memanglah ibu tak menafikan yang sekarang zaman semakin canggih dan mungkin untuk memudahkan urusan hanya dengan melalui pesanan ringkas wasap saja. Tapi ibu tak nak mengamalkan cara begitu. Sebab ibu ni sejenis yang mudah lupa. Katakanlah ibu wasap bagitahu apa yang tak lengkap. Buatnya budak tu tak ambil tindakan segera dan ibu pun lupa apa jadi nanti. Msg pula makin lama makin kebawah. Silap2 ada yang terlepas pandang nanti.
Jadi kesimpulannya ibu tak nak ikut cakap dia. Ibu ada cara ibu sendiri nak buat kerja macam mana. Bukan tidak boleh diajar atau ditegur. Cuma biarlah teguran tu logik akal dan fikiran. Kita ada cara kerja kita masing2 rasanya tak perlu kita nak ajar orang macam mana caranya nak buat kerja dia. Betul tak?!!!!!! Eh!!!! Geram pula kita. ;)
Bila kita buat kerja mestilah ada hitam putih kan?! Setiap surat menyurat yang kita buat adalah untuk rujukan akan datang.
Bukan saja2 suka nak buang masa dan menghabiskan kertas yang sedia ada.
Kalau mereka tak nak terima banyak surat kuiri.
Makanya buatlah kerja tu betul2.
Semak sebelum hantar.
Kita dah bagi senarai semak pun masih juga benda tak lengkap yang dihantarnya.
Aigooooooooooo!
Bukan tak mahu memudahkan kerja orang. Tapi kalau dengan memudahkan kerja orang akan menyusahkan kerja kita acane tu?!!!!! ;)
Macam tu pulak ye... Nak mudah agaknya. Tapi PH pun suka ada hard copy, senang nak rujuk kalau ada apa2 masalah timbul kendian hari. Nak follow up ke apa ke senang
Salam singgah ya. Pertamanya dah linkkan blog ke blog Etuza. Kedua, dah buat kerja ikut arahan dan ikut bidang, ada lah yang kurang senang apabila orang lain buat kerja bagus tu..tak dinafikan tu dek oi..
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
16 Comments
Sabar yer.. semua perkara mesti ada rekod, senang nak rujuk nanti )
ReplyDeleteBetul tu lebih baik ada rekod daripada tak ada apa2 kan. Senang nak rujuk kalau ada rekod dalam fail. ;)
DeleteCari jalan... 'Ajar' dia balik... hehehehe
ReplyDeleteIbu buat saja kerja ibu ikut prosedur sebenar uncle. Lebih baik begitu. ;)
DeleteMcm2 ragam dan kerenah kat tmpt keje..bertabahlah
ReplyDeleteBetul MZ in syaa Allah masih bertahan ;)
DeleteMacam tu pulak ye... Nak mudah agaknya. Tapi PH pun suka ada hard copy, senang nak rujuk kalau ada apa2 masalah timbul kendian hari. Nak follow up ke apa ke senang
ReplyDeleteBetul tu PH senang untuk dibuat rujukan masa akan datang ibu ni dah lah sejenis cepat lupa
DeleteSally, Better ada hitam putih dan salinan, kemudian hari kalau kita disalahkan kita ada bukti.
ReplyDeleteIye betul tu itu yang saya buat sekarang ni apa2 mesti ada hitam putih
DeleteNampak sgt nak selamatkan diri sendiri, dah kerja pun sambil lewa..haisyhh...sabar je lah
ReplyDeleteBetul tu kita kerja kenalah ikut prosedur kan
DeleteBuat je ikut SOP at least apa2 hal kita ada written proof
ReplyDeleteIye Ammi betul tu ;)
DeleteSalam singgah ya. Pertamanya dah linkkan blog ke blog Etuza. Kedua, dah buat kerja ikut arahan dan ikut bidang, ada lah yang kurang senang apabila orang lain buat kerja bagus tu..tak dinafikan tu dek oi..
ReplyDeleteTerima kasih Etuza betul Etuza ada saja yang tak kena pada mereka. Sabar saja lah. ;)
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.