Advertisement

Main Ad

Sejarah nama Muhammad Aqil Naim

Ibu rasa tertarik & minat sgt dgn post Adik Liennasts @ Cerita Di Sebalik Nama. Ibu Aqil ni suka sgt menulis post brdasarkan kisah2 rakan2 belog. Bkn apa, kadang2 bila teringat kisah2 lama ni, yg ada sikit sangkut paut dgn ibu, ibu jadi windu. Windukan saat2 & detik2 itu. So, skrg ibu Aqil pulak nak bercerita SEJARAH NAMA Akemelo ibu. Bagi yang dekat & rapat dgn kehidupan seharian ibu, mesti tau kisah bagaimana permulaan ibu mengandungkan Aqil. Ibu anggap Aqil "Anak & Cucu TAK SANGKA" sebab ramai yg tak sangka ibu mampu mengandung kan Aqil. Ramai yg tak terfikir Aqil mampu duduk dalam rahim ibu selama 9 bulan. Namun kekuasaan Allah s.w.t itu mengatasi segalanya syg. Manusia malahan JIN sekali pun tak mampu utk menidakkannya.. Aqil akhirnya membesar dgn baik dlm ruangan sempit dalam pewut ibu. Masih ibu ingat saat indah mengandungkan mu syg. Aqil menendang. Memusing. Mcm2 lagi kegiatan lasak yg Aqil buat. OOooooo rupa2nya mmg dah lasak sejak azali lagi erk...

Berbalik pada cite ibu. Sejarah nama Aqil... Dari awal kandungan lagi ibu berkehendakkan anak ibu anak lelaki. Bukan ibu menolak rezeki sekiranya dikurniakan anak dara. Cuma ibu rasa, sekiranya inilah satu2nya anak ibu didunia & akhirat, ibu ingin kan anak lelaki. Kerana waris yg sgt2 kuat dari keturunan anak lelaki. Dari awal kandungan lagi ibu dah panggil Aqil dgn nama Mad Aqil ~sebab ibu minat betul dgn anak sulung bekas pengacara TV yg cantek & menawan Datin Nurjuma (Muhammad Aqil Dato' Najib Tun Razak)~ Sebab tu ibu dah mula pggl nama Aqil dr usia kandungan ibu 11 minggu. Ibu ingat lagi bekas rakan sepejabat ibu "Kak Zauyah @ Mak Hang" selalu pesan.. "Hang jgn bg nama Aqil ina.. Nanti dia duk ligat.. Bnyk akai.." Tapi ibu tak kira. Ibu nak jugok..... Memang betulpun apa yg dia ckp.. Aqil memang bnyk akai pun.. Adoiii!!!!!

Kalo nak tau, sepanjang ibu ngandung, setiap kali scan mst ibu tanya "APA JANTINA ANAK SAYA??" dan kesemua jawapan yg ibu terima adalah "PEREMPUAN!!!!" Hah!!! Abeh 2 cemana dgn nama AQIL??? Bila setiap kali dlm sujud terakhir ibu, doa ibu "YA! ALLAH.. KAU KURNIAKANLAH PADA KU ANAK LELAKI YG CANTEK PARAS WAJAHNYA.. YG SIHAT & SEMPURNA.. BIJAK & MENDENGAR KATA.." Tidak jemu2 ibu panjatkan doa itu sehingga saat Aqil ingin keluar melihat dunia. 

Alhamdulillah!!! Waktu ibu masih mamai2 disebabkan sisa ubt bius operation utk keluarkan Aqil ~ibu bius penuh sebab bius separuh tak jln~.. Jururawat dtg & bertanya "TGK APA JANTINA BABY???" Dlm rabun2 ibu yg agak mmg teruk tahapnya itu, ibu nampak kawasan yg 1 tu gelap jerk.. SAH!!!! "BABY BOY!!!" ibu jwb dgn penuh yakin walaupun msh dlm keadaan lemah.. Hahahahahahahahaha selambak telor Aqil ibu nampak dlm kesamaran lampu2 dewan bedah. SYUKUR!!!!

Maka ayah & ibu namakan MUHAMMAD AQIL NAIM...

MUHAMMAD : YG TERPUJI
AQIL : BERAKAL, CERDIK, CERDAS
NAIM : KESENANGAN

Corat Coret,
Salina @ Ibu Aqil

Post a Comment

3 Comments

  1. akak mmg nak anak leaki erk?? sama lah cam lina dan hubby.. 2 kali scan x pat tgk.. pastu bila baby kuar je terus hubby cakap kat lina, "lina, kita dapat anak lekai lina.. anak laki". Pastu terus dia cium dahi lina.. Sayu + gembira sebab dpt tunaikan impian dia

    ReplyDelete
  2. hehehe itulah pasal.. akak siap ckp kat abe akak lg, dokto kata pmpuan.. dia senyum jerk.. masa msk 36mggu usia kndungan scan last pn msh kata pmpuan, akak mntk nk beli 1 skirt baby.. dia x bg.. dia ckp dh btul kuar bru beli.. masa akak kena tolak kuar dwan bedan, dia org 1st smbut tepi pintu.. dia dtg bisik "anak lelaki.." akak trus nangis dia lap air mata akak.. sayus gilos.. heheheh masa daftar nama ank, dia jgk yg excited tgk MyKid berBIN kn nama dia.. dia ckp, "abg x penah mintak b lahirkan zuriat utk abg, tp abg x berenti doa andai ada rezeki kte.. abg bkn nak anak je, tp nak bie jgk.." sayusssss hukhukhuk skrg, Aqil Naim dh jadi bespren ayah dier.. kalah ibu.. ;op

    ReplyDelete
  3. hhmmm.sedap sungguh nama ituw.....moga jadi anak yg soleh ye sayang

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.