Advertisement

Main Ad

~Aqil dah jadi VANDALISME..~


Assalamualaikum semua!!!! 

Hari ni last cuti. Esok dah mula keje balik. Alhamdulillah!! Semput Aqil dah makin baik walaupun kadangkala masih kedengaran bunyi nafas dia. Terutama waktu bila dia sedang bermain. Aktifnya lain macam tak padan dengan semput. Main tak ingat punya. Sejak akhir2 ni ibu perhatikan Aqil semakin melasak. Semakin menjadi seorang yg VENDALISME.. 

Kowang tau tak apa itu Vandalisme???!!! Bukan sejenis makan. Bukan juga nama sebuah tempat untuk berholiday. Vendalisme adalah satu sifat perangai yg tak baik. Suka merosakkan harta benda awam. Aqil Naim bukan saja merosakkan harta benda atok opahnya termasuk harta benda ibu ayah dia malahan harta benda dia sendiri. Warghhh!!!!!!! Tekanan perasaan sungguh. Sekarang dia sangat2 suka mengetuk TV Plasma atok.. Disamping itu dia suka menggerodi radio opahnya. Baru pagi tadi Aqil campak hp ibu dicelah2 katil hingga memaksa ibu dia yg kurus kedengking ni mengangkat katil. Apa yg ibu jumpa di celah2 katil selain hp ibu????!!!! Ibu jumpa remote control Tv & DVD bilik kami yg sudah hilang hampir seminggu. Jenuh mencari2 rupanya2 dihumbannya celah katil. 

Itu barang2 kami. Belum dikira barang harta benda dia lagi. Mainan!!!! Kalo budak2 sebesar Aqil dibelikan dengan macam2 barang mainan. Lain pula situasinya dengan dak tecik ibu ni. Ibu tak suka beli kan Aqil barang mainan. Ayah pun macam 2. Bukan tak kesiankan Aqil. Kalau pegi rumah owang, Aqil jumpa mainan macam seolah2 tak pernah dapat barang mainan. Aqil main dengan sesungguh2nya, dengan berhemat & berhati. Pandai dia menjaga harta dirumah owang. Nasib baik tak sampai nak bawak balik ke rumah. Tapi kalo barang mainan sendiri. Tak sampai sehari. Tak sampai 2 jam. JAHANAM benda 2 dikerjakannya. Kebanyakan semua barang2 mainan Aqil dah sepatutnya masuk ARKIB a.k.a TONG SAMPAH. Keretapi dah tercabut kepalanya. Kapal terbang dah tercabut sayapnya. Piano yg dah terburai isi perutnya. Beli logo merata2 halanya. Ada yg dalam tong sampah ada, yg dalam singki ada & dimana2 saja lah ceruk2 dalam rumah ni. Bila ibu tengok Aqil dah pandai nak menulis, mewarna & menconteng buku kami belikan set meja tulis. Tapi sekarang apa yg jadi dengan set meja tulis dia??!!! Tonggang terbalik jadinya. 

Itulah dia Muhammad Aqil Naim setelah berumur 2 tahun 6 bulan.. Lagi 6 bulan, Aqil menjangkau ke umur 3 tahun. Nampak sangat banyak perubahan tumbesaran & perkembangannya. Walaupun ibu bukanlah surirumah 100% tapi ibu bersyukur kerana kerja ibu tidak seperti pekerja2 eksekutif yg lain. Terpaksa balik lewat malam setiap hari. Hujung minggu diharuskan ke pejabat. Terpaksa outstation merata2. Ibu masih mampu memperuntukkan masa berkualiti bersama Aqil. Walaupun ibu & ayah tak mampu untuk bawak Aqil melancong merata negeri apatah lagi untuk jejak kaki ke overseas macam sesetengah budak. Belum pandai mengunyah dah merasa pegi London. Ibu ni gigipun dah nak luruh tak jugak merasa ke sana. Huhuhuhu Tapi ibu bersyukur kerana walaupun dalam TERATAK KECIL kita ini, kita masih mampu melakar bahagia & mencipta gembira. Syukur!!!!!!!

Inilah barang2 yg telah dirosakkan dak tecik ibu 2..


Set Drummer yg tak berfungsi lagi..


Set meja tulis yg tunggang langgang..
Dan juga piano dia yg dah rosak tak berbunyi..


Mana nak berbunyi..
Butang pianonya pun dah tercabut semua..
Adoiyai!!!


Kapal terbang yg dibeli atok opah..
Dah hilang 1 sayapnya..


Bila ibu tegur..
Bila ibu marah..
Terus bersolat..
Insaf ler tu ye??!!

**Nota Si Jari Runcing**
Ibu tak suka selalu belikan Aqil mainan..
Membazir...
Aqil tak reti nak menghargai lagi..
Sebab, Aqil punya banyak imiginasi..
Semua nak dipomennya...
Ermmmmmm 
Tapi itu bagus jugak kan untuk perkembangan minda..
Aqil kreatif..

~ABEHHH DAAAAAAAA~

Post a Comment

2 Comments

  1. alahai ibu...aqil laki boleh diterima kalau nak mengganas, nak memomen..tapi anak dara mama sorang ni pun sama jer..mula2 pedal basikal tercabut, we oll ingatkan rosak, so tok datang dari kmpung belikan basikal baru, x sampai sari tercabut jugak pedal nya..kitaorng intai2 upanya dia pandai men spanar, screw driver..sumer tu dia ambil dalam tool box papa dia..hadoyai, anak dara tu...semua yg ad screw sumer dia pulas..pandai lak tu. Bila tanya saper ajar, dia jawab handy manny..hahahaha

    ReplyDelete
  2. @BIONIC WOMEN Hahahahhaha Bijak sungguh budak2 sekarang kan??? Sejuk perut kita ngandungkan depa.. Ni semua salah HANDY MANDY.. Kikikikiki

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.