Advertisement

Main Ad

~Semalam Aqil semput.. Berkejar ibu ayah ke kecemasan tengah malam tadi..~


Semalam Aqil semput. Balik2 dari pejabat ibu tengok Aqil dah memerap dekat opah. Nampak saja ibu masuk kete Aqil beralih arah pada ibu. Minta didakap. Ibu nampak dada Aqil berombak. Nafas Aqil laju. Ada tanda2 Aqil semput. Sampai saja di rumah, ayah pun baru balik keje. Selesai bersihkan diri, ibu siapkan makan malam. Waktu tu Aqil masih lagi aktif bermain berbual & melompat. Selesai makan malam waktu sedang berehat tiba2 Aqil mutah. Membuak2 keluar semua makanan minuman yg Aqil makan. Hati ibu mula tak keruan. Mujur ayah ada. Ibu panggil ayah. Selesai bersih2kan Aqil ibu dengar bunyi nyaring nafas Aqil. Mungkin sebab Aqil penat selepas muntah & juga kerana letih menangis. Ibu tengok dada Aqil makin berombak. Teringat pesan doktor pakar yg merawat Aqil "Jangan tunggu sampai biru tak bernafas baru bawak ke hospital.." Mengenangkan kata2nya ibu nekad ajak ayah ke kecemasan. Walaupun ibu tau ayah begitu penat & mengantuk. 

Tepat jam 11.50 mlm kami sampai di kecemasan. Aqil terus di admit ke unit rawatan asthma. Kalo dah duduk situ apa lagi kalo tak sedut Nebulizer. Di sebabkan ada kahak dalam paru2 Aqil, menyebabkan ruang nafasnya menjadi sedikit sempit. Aqil disarankan menyedut Nebulizer sebanyak 2 kali. Anak ibu bijak. Tak meragam langsung. Diam saja dia sepanjang rawatan. Hampir sejam kami di sana. Pukul 1 pagi, kami dibenarkan balik. Oleh keranan ayah tak larat nak keje pagi ni. Ayah mohon cuti kecemasan. 

Jadi hari ni, kami 3 beranak luangkan masa bersama. Malam tadi Aqil tak tido lena kerana sedikit demam. Membuatkan tidur ibu juga tak lena. Aqil merengek2 tak selesa. Kesian anak ibu tak sihat. Pagi tadi bangun dari tidur, Aqil bangun dulu dari ibu & ayah. Alhamdulillah semput Aqil makin beransur pulih. Cuma sesekali kedengaran lelahnya bila dia terlampau aktif bermain. Panas badannya juga dah semakin reda. Mujur hari ni & esok ibu masih cuti. Dapat ibu jaga Aqil. Semoga Aqil cepat sembuh yer sayang. Muahnxxxxx!!!! Kawan2 alam maya ibu doakan Akemelo ibu ni cepat sembuh ye.. ;o)

Picca Aqil waktu sedut Nebulizer semalam..


Nak cepat punya pasal sampai pakai baju lain seluar lain..
Sebab mulanya Aqil pakai baju tidur biru..
Tapi disebabkan muntah ibu ganti baju dia..
Seluar tak sempat nak ganti..
Huhu!!!!

**Nota Si Jari Runcing**
Setiap kali Aqil semput mesti ibu susah hati..

~ABEHHH DAAAAAAA~

Post a Comment

12 Comments

  1. sama lah kite..seme ank kene wabak muntah2..huk huk..

    ReplyDelete
  2. alahai kesiannya Aqil... hm... semoga cepat sembuh... n lepas ni aqil akan jadi sihat dan kuat.. amin...

    ReplyDelete
  3. semoga aqil cepat sembuh...amin..
    Alhamdulillah x melarat semput Aqil...seb bek ibu bertindak dengan pantas...

    ReplyDelete
  4. ....Aqil...untie ida doakan semoga Aqil cepat sembuh....yeeee....

    ReplyDelete
  5. mudah-mudahan Aqil cepat sembuh dan tak risaukan hati ibu...

    ReplyDelete
  6. moga sembuh ye aqil....sedih dengar bila aqil semput lagi...

    ReplyDelete
  7. @BIONIC WOMEN Kene pantas kalo tak kesian Aqil naik berbunyi nafasnya..

    ReplyDelete
  8. @Razida Hanim TQ untie ida.. Biar Aqil kuat mcm Kak Alieya.. ;o)

    ReplyDelete
  9. @faizz Aminn.. Alhamdulillah dah semakin sihat dia..

    ReplyDelete
  10. @MUMMYAR Kesian dia.. 12hb ni jumpa pakar lagi pasal semput ni..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.