Advertisement

Main Ad

~Aqil Naim akan mulakan sesuatu yg baru hari ni.. Doa ibu sentiasa mengiringi mu sayang..~

Hari ni pada 22.9.2010..
Aqil Naim akan memulakan sesuatu yg baru..
Ibu harap Aqil akan cuba menyesuaikan diri..
Disebabkan faktor2 yg tak dapat dielakkan..
Dan atas nasihat rakan2 serta atok & opah ampang..
Juga memikirkan tuntutan kerja ibu & ayah yg semakin memerlukan komitmen kami..
Ibu & ayah terpaksa ambil keputusan ini..
Sememangnya berat untuk kami buat keputusan..
Bukan mudah untuk sewenang2 menghantar Aqil ke tempat baru..
Memandangkan Aqil telah selesa & sebati dengan tempat lama..
Tapi ini semua untuk kebaikan banyak pihak..
Terutamanya Mama Watie..
Atas faktor kesihatan & keselamatan kandungannya yg sudah 4 bulan..
Mama telah menjaga Aqil sedari Aqil berusia 3 bulan..
Waktu itu waktu kritikal untuk Aqil..
Disebabkan masalah sawan tangis yg melanda Aqil..
Hanya mama yg mampu menahan sabar dengan kerenah Aqil..
Dari hari ke sehari Aqil semakin bijak atas asuhan & didikan mama..
Aqil seoarang yg petah bercakap walaupun pelat bunyinya..
Mama tetap sabar & melayan Aqil seperti anaknya sendiri..
Sememangnya Aqil manja dengan Mama & Papa..
Pernah sekali mama beritahu ibu luahan hatinya..
Luahan hati seorang wanita yg sememangnya dikurniakan sifat lembut & penyayang..
"Bila tengok Aqil tido kadang2 Kak Wati cakap kan ke elok kalo Aqil ni anak Kak Wati..."
Ibu faham gelodak hatinya..
Tapi ibu tak mahu kandungannya terjejas kerana kelasakan Aqil yg semakin menjadi2..
Kandungan mama perlukan penjagaan khusus..
Rehat yg secukupnya tanpa ada bebanan kerja yg lain..
Berkali2 bukan sekali dua dia mengalami keguguran untuk melahirkan zuriat sendiri..
Kali terakhir pada raya puasa tahun 2009..
Masih ibu ingat pagi hari raya yg ke 4 mama menelefon ibu memberitahu dia keguguran..
Dan dari suaranya ibu dapat dengar dia menahan sebak..
Dapat juga ibu bayangkan bengkak dimatanya dek kerana tangisan tanpa henti..
Kesihan mama..
Dan kali ini ibu tak nak perkara yg sama terjadi lagi..
Biarlah kali ini mama berjaya melahirkan permata hatinya..
Agar dapat dia merasakan bagaimana perasaannya menjadi ibu pada zuriat sendiri..
Ibu nekad mengambil keputusan..
Untuk memberi waktu rehat kepadanya demi menjaga kandungan sebaik mungkin..
Dan perpindahan ini juga untuk memberi Aqil Naim satu suasana baru..
Bersama rakan2 lain..
Agar Aqil dapat bergaul baik dengan mereka..
Hakikatnya dalam hati ibu bersawang 1001 kegusaran..
Mampu kah Aqil menyesuaikan diri..
Bagaimana dia bila bergaul nanti..
Macam mana penerimaan mereka2 yg telah lama disana..
Ibu risau Aqil menanes..
Ibu takut Aqil dibuli diakan budak jenis tak reti melawan..
Boleh ker pengasuh baru menghandle kerenah Aqil..
Macam2 yg ibu fikirkan dari malam tadi..
Pada mulanya ibu ingin letakkan Aqil di rumah owang persendiri jugak..
Tapi difikirkan rasanya mungkin boleh cuba hantar Aqil ke Nurserry..
Biar Aqil mula belajar untuk berkawan..
Belajar untuk berdikari..
Tak terlalu dimanjakan..
Supaya Aqil lebih bijak membawa diri..
Agar Aqil lebih petah berkata2 dengan lancar..
UMMI akan cuba mendidik Aqil selepas ini..
Ibu doakan Aqil bakal menjadi sebahagian daripada anak2 UMMI yg mendengar kata..
Soleh & terdidik dengan asuhannya..

Kalian tetap seperti ahli keluarga kami sendiri..
Sentiasa di hari kami..
Terima kasih Mama..
Terima kasih Papa..
Terima kasih Kak Ain..
Kerana menyayangi Aqil seikhlas hati selama ini..

**Nota Si Jari Runcing**
Berat hati untuk membuat keputusan..
Tapi ibu terpaksa..
Ucapan buat mama
"Terima kasih atas segalanya selama ini.. Ibu doakan mama akan sentiasa sihat & selamat melahirkan anan tanda kasih kalian berdua.."
Ucapan buat Aqil Naim 
"Semoga Aqil akan lebih berdikari & dapat sesuaikan diri dengan suasana baru.. Berkawan baik2 yer.. Jangan nakal2.."

~ABEHHH DAAAAAAA~

Post a Comment

4 Comments

  1. Ya Allah, sukarnya tika membuat keputusan ini..

    ReplyDelete
  2. takpe la ..
    dapat aqil kwn2 baru ... environment baru ...

    ReplyDelete
  3. don't worry kak, everything will be fine, akak kena pantau juga. ;) cayalah aQiL naim :D

    ReplyDelete
  4. UmiAlya @ Memang sukar tp demi kebaikan bnyk pihak.. ;o)

    Nieza @ Betul 2 dear.. Nyata dia sonok sangat2.. ;o)

    Cha @ Aqil Naim memang dak hebat.. Hehehehe Pandai bwk diri.. ;o)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.