Advertisement

Main Ad

~Ibu EL hari ni sebab Aqil Naim..~

Selamat pagi semua..
Tak ler pagi sangatpun dah pukul 11 lebih..
Kalau semalam ayah amik cuti kecemasan disebabkan Aqil.. Hari ni giliran ibu pulak terpaksa korbankan cuti demi anak.. Aqil masih kurang sihat.. Masih semput.. Walaupun dia berusaha untuk melawan tak ikutkan sangat tapi masih jelas kedengaran bunyi semputnya.. Nafas Aqil pun laju dari biasa.. Semakin dia aktif semakin laju berombak dadanya turun naik.. Waktu Aqil tido saja ibu dapat rasa nafas Aqil stabil.. Nak buat macam mana.. Anak ibu bukan nak duduk diam setempat.. Melompat sana.. Memanjat sini.. Memunggah sana.. Buat semak kat sini.. Itulah kejenya..
Semalam sekali lagi tiduran ibu terganggu.. Kalo Aqil tak dapat nak tido lena disebabkan ketidak selesaan dia bernafas.. Jawabnya sorry ler ibupun nak tido lena.. Ayah saja yg lena tido.. Itupun tido dibawah sebab katil dah Aqil kuasai.. Melintang.. Membujur.. Segala sudut dikuasai oleh Aqil.. Ibupun tido disudut2 tepi je.. Melasak!!!! Sejam sekali or 2 jam sekali Aqil bangun merengek2.. Mencari ibu.. Menyendeng2.. Mintak diurut belakang badan.. Diusap2 dada dengan vicks.. Baru dia lena balik.. Itupun tak lama lepas tu bangun balik buat benda yg sama.. Last2 kepala ibu naik pening.. Sekejap bangun sekejap bangun.. Demi Aqil Naim ibu tak kisah semua 2.. Asalkan Aqil selesa.. Sambil mata terpejam ibu usap2 belakang badan Aqil sampai kita sama2 terlena balik..
Tepat jam 4.30 pagi jam loceng ayah pulak berbunyi.. Sekali lagi ibu terkejut.. Disebabkan tanggungjawab buat suami tercinta.. Cewahhhh!!! Ibu gagahkan juga untuk bangun siapkan ayah secawan air panas sebelum ayah bertolak pegi keje.. Dah jadi rutin ibu sejak ayah di sisi kami hampir 4 bulan.. Kalo waktu ayah di Rawang dulu hampir 3 tahun lebih tiada siapa yg menyiapkan minum pagi ayah sebelum keluar mencari rezeki.. Jadi biarlah sekarang ibu jadikan ia rutin harian ibu.. Bukan rugi pun dapat pahala kan bila menyenangkan hati suami.. Ecececehhhh!!!
Berbalik pada cerita si Aqil Naim.. Disebabkan faktor tahap kesihatan Aqil yg masih lagi tak berapa nak baik.. Ibu amik cuti kecemasan sehari untuk hari ini.. Biarlah duduk dirumah menguruskan Aqil dengan tangan sendiri.. Bukan tak percayakan penjagaan mama dia.. Tapi dalam keadaan Aqil sekarang, lebih baik didepan mata ibu sendiri.. Pagi tadi, ibu terlewat maklumkan pada pegawai atasan ibu berkenaan niat ibu untuk amik EL.. Pukul 9 pagi baru ibu terjaga dari tido.. Bergegas mendail nombor telefon beliau menerangkan pada beliau masalah ibu.. Risau jugak diowang marah.. Mana boleh macam tu, sepatutnya sebelum pukul 8 pagi ibu dah maklumkan pada pihak pejabat.. Nak buat macam mana ibu manusia biasa yg kadangkala buat kesilapan.. Hanya maaf saja yg mampu ibu ucapkan pada mereka atas kelewatan ibu memaklumkan pada mereka perkara ini.. Lain kali akan ibu cuba untuk tak mengulanginya.. Tanggungjawab pada kerja di pejabat pun penting juga.. Itu dah jadi ibadah ibu, kerja ikhlas kerana Allah swt..
Sewaktu ibu menaip entry ni, Aqil tengah syok baring atas riba ibu sambil tengok katun Toy Story III dia.. Tak habis2 ulang cite yg sama.. Dah naik hafal dialognya.. Tak apa lah asalkan Aqil diam.. Jangan memunggah2.. Jangan melompat2.. Nanti penat lagi..
Bila tengok Aqil tido..
Mesti ibu sayu..
Tapi bila dia jaga..
Ibu yg terjerit sana sini.. Wat malu ngan jiran jer ibu ni..
Ngeeeeee!!!
**Nota Si Jari Runcing**
Sms ayah tadi bagitau ibu EL..
Ayah pun risau..
~ABEHHH DAAAAAAAAA~

Post a Comment

7 Comments

  1. alahai..ciannya aqil. cepat sembuh yek

    ReplyDelete
  2. ala siannya...sama ngan my Ian..athma...amik gas tak?...

    ReplyDelete
  3. tu ler... cc pun pelik... selalunyer ina msg dier... kak yati tanya cc, ina cuti brapa ari... pastu dier tanya kak yati blik?.. ermmm... kak yati ingatkan ina dh maklumkan kt cc... citer jela apa yg kak yati tau... "mungkin aqil x sihat lagi?"... kay.. tu ler dinamakan ibu... berkorban apa sja... bg memastikan anak terpelihara kesihatannyer... wat Aqil... cpt sembuh nyeh...

    ReplyDelete
  4. mummy_ayu @ amik gas mummy.. semalam awal2 pagi dah bawak kecemasan amik gas tgk ubt x jalan..

    arisyanaziq @ dia marah x?! hehehe itulah k.yati, hati ni x senang bila dia mula semput.. mekasih k.yati mendokan Akemelo ina ni.. Ngeeee!!!

    ReplyDelete
  5. kan kak kan, kita pun sama kalau oni demam, sanggup tu. mujur bos sporting, dia tak kisah, janji diberitahu.

    ReplyDelete
  6. @ cha @ itulah dear.. mmg susah hati bila anak jatuh sakit.. ;o)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.