Advertisement

Main Ad

~Asal batuk je mesti semput.. Kesian dia..~

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..
Ibu mendiamkan diri hari ini..

Ibu kemana?!! Ibu ada jer tak kemana2.. Ada dalam kawasan bukan diluar kawasan liputan.. Apa yg membuatkan ibu senyap tanpa cerita?!! Semuanya sebab Aqil Naim!!! Kenapa dengan Aqil?!!! Aqil semput lagi.. Sudah ibu jangkakan semalam.. Kalau dia batuk jer mulalah ibu susah hati.. Dan tengah malam tadi hingga ke subuh Aqil tak lena tido.. Nasib baik hari ni hari Ahad, ibu masih bercuti.. Ayah pun terpaksa amik cuti kecemasan untuk bawak Aqil ke Wad Kecemasan.. Sedut gas lagi.. 

Walaupun semput Aqil tetap aktif.. Masih nak bercakap & membebel.. Nak berzikir bila ayah pasangkan CD zikir Ustaz Amal kesukaan dia.. Masih melompat kedepan kebelakang dalam perut Mr. Alza.. Penat ibu tengok dia.. Ibu bukan risaukan apa cuma bila dia terlampau aktif ibu boleh dengar suara dia termengah2.. Ibu suruh duduk diam, dia tak nak.. Bila dah penat, dia mengah balik.. Adoi!!!!! 

Jomlah layan picca Aqil ni..
Baru balik dari sedut gas..

Walaupun tak sihat..
Aqil tetap tersenyum manis buat ibu dia..
Padahal dia bukan mandi lagi 2..
Hahahahhahahahahaha

**Nota Si Jari Runcing**
Waktu ibu tulis entry ni Aqil baru lena..
Masih terdengar bunyi nafasnya..
Sepanjang malam tadi Aqil tak tido lena..
Tak selesa..
Kesian anak ibu..
Cepat sembuh ye sayang..

~ABEHHH DAAAAAAA~


Post a Comment

1 Comments

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.