Assalamualaikum & Salam sejahtera..
Selamat Pagi!!!!!
Semalam tanpa entry. Hari ni ibu tekad jugak nak post entry baru. Ikutkan semalam nak ibu bebelkan macam2 disini. Tapi keadaan yg tak mengizinkan. Tuntutan si Aqil Naim lebih penting dari segalanya. Demi si anak yg sedang meningkat dewasa, ibu perlu luangkan masa yg lebih berkualiti bersama dia. Eceihhhh merepek dah ibu nieh dah mula ayat poyo dia.. Ngeh3!!! Ok, berbalik cite ibu, ibu pinjam kata2 semangat dari seorang KAKAK.. Walaupun kami bukan dilahirkan dari rahim yg sama dia tetap seorang kakak bagi ibu..
"Kadang2 kita meminta pada Allah swt setangkai bunga yg indah, tapi Allah berikan kaktus berduri. Kita meminta kupu2, tapi diberikan ulat. Kita pun sedih, kecewa, bahkan marah!! Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali & ulat itu menjadi kupu-kupu yg cantek. Itulah jalan Allah swt, indah pada waktu-Nya! Allah tidak memberi apa yg kita harapkan, tapi Allah swt memberi apa yg kita perlukan. Kadang2 kita sedih, kecewa, terluka, terburuk sangka. Tapi jauh di atas segalanya, Allah sedang merangka yg TERBAIK dalam kehidupan kita.. Agar kita belajar untuk selalu ikhlas & redha.."
TQ Kak Asma atas kata2 semangat ni.. Kak Asma salah seorang kakitangan di Wad Thalasemia tempat ibu selalu jalani rutin bulanan. Dia adalah salah seorang sumber kekutan ibu. Kata2 semangat darinya selalu buat ibu sentiasa berfikiran positif. Walaupun pangkatnya bukan setinggi Doktor Pakar. Bukan sebaris Jururawat. Cuma hanya Pemb. Am Kesihatan (Attendan), namun keikhlasan dia menyumbang bakti pada anak2 Thalasemia seperti kami sangat tinggi. Hanyaa Allah swt saja yg dapat membalasnya. I lebiu Kak As [Ngeh3!! Kalo Kak As baca entry ina ni mesti Kak As dah LELEH.. Dia memang ratu LELEH..
Okeh berbalik pada cite sebenar ibu nak coretkan dalam entry kali ni. Sebenarnya kenapa ibu terpanggil untuk mempublishkan kata semangat yg Kak As tiupkan pada ibu tu??!!!!! Semalam, kami berbual melalui SMS perihal seorang sahabat yg senasib dengan ibu.. Yg dirundung duka disebabkan dirinya sedang diuji oleh penciptanya. Masih kalian ingat dalam entry ibu yg lepas [entry lama]. Ada ibu ceritakan perihal Kak Sarina. Salah seorang pesakit Thalasemia seperti ibu yg baru dikurniakan sekuntum bunga indah walaupun terdapat sedikit sahaja kekurangan pada kuntumannya [anaknya menghidap jantung berlubang]. Baru2 ini, Kak Sarina diuji lagi. Doktor mengenal pasti ada ketumbuhan di dalam rahimnya. Ya Allah!!! Sesungguhnya terlalu besar kasih sayang mu pada hambamu. Kau menguji & menduga dengan penuh kasih sayang. Kerana kau mahu kami sentiasa hampir kepada mu. Meruntun jiwa ibu mendengar keluhan dia. Dengan nasib yg menimpa dirinya. Ibu yakin segalanya telah ditentukan Allah swt.. Allah sendang merancanakan sesuatu untuknya tanpa dia sedari.. Namun siapalah ibu untuk berkata lebih kerana nalurinya terlalu sensitif saat itu.
Ya Allah!!!! Kau menguji setiap hambamu dengan ujian & kau yakin hambamu yg diuji mampu untuk tempuhi setiap ujian mu itu. Kerana itu, aku mohon padamu. Janganlah aku diuji dengan dugaan yg berat kerana kadangkala aku hampir tersungkur saat ujian itu tiba. Menangis itu perlu kerana pabila hari ini kita menangis maka esoknya kita akan lebih kuat dari hari ini. Insya'allah!!!!!!!
Kuatkah ibu?!!! Kuat sangat ke ibu?!!! Sekuat2 ibu, kadangkala hampir ibu sesali kejadian diri sendiri.. Berdosanya ibu.. Kejamkah mereka?!! Sedangkan mereka tidak pernah meminta lahirkan seorang anak yg bakal diuji dan terseksa di setiap hela nafasnya.. Seksakah ibu?!!! Ya Allah!!! Sesungguhnya telah banyak rahmat yg kau berikan. Dan hambamu ini kadangkala pernah terlupa untuk megucapkan syukur.. Kerana kelekaan ibu.
Saat memandang wajah Aqil, hati ibu sayu & ibu berdoa setiap kali memulakan tidur agar dapat ibu bangun keesokkan harinya. Untuk terus melayari hari2 bersama Aqil. Dan terus berdoa semoga Aqil menjadi anak yg berguna dunia & akhirat. Senyuman Aqil. Ketawa Aqil. Kenakalan Aqil. Adalah penawar buat ibu. Segala2nya buat ibu. Aqil mungkin tidak faham sekarang. Andai dititipkan pesanan buat Aqil tika ini. Hanya pandangan kosong saja yg mampu diberikannya. Namun ibu tau, Aqil mula memahami sesuatu. Bahawa dalam setiap kehidupannya kini, dia amat2 memerlukan ibu. "Buuuuuuuu!!! Buuuuuuuu!!! Buuuuuuuuu!!" Selagi tak dijawab panggilan manja itu, selagi itu dia akan memanggil..
Salam kasih ibu buat Aqil..
|
Tengok gelagat dia pun dah buat hati terhibur..
|
**Nota Si Jari Runcing**
Leh tak ibu nak emo pepagi Selasa ni?!!!!
~ABEHHH DAAAAAA~
6 Comments
walopn dugaan itu mematangkan kiter & tanda Allah swt amat kasehkan kiter.... tp kengkadang tuh hatiku ttp hiba.... :(
ReplyDeleteyang,
ader stalker ker gak kat sini?.... snasib la kiter yer... hu3
semga aqil membesar dengan kekuatan jiwa seperti ibunya...
ReplyDeletekita bersyukur keran Allah sentiasa menguji dan setiap kali Allah uji mesti kita semakin dekat dengannya, kita mohon pertolongannya, kalau dulu kita alpa, tapi dengan ujian itu, kita mula insaf kealpaan kita..
syukur ibu, mungkin ujian bagi kita x sama, tapi kita tetap teruji..
jangan nak ngada emo-emo kak, kena gembira baru la ceria, dan sentiasa muda.
ReplyDeletejelesnyaaa bulu mata aQiL tuuu, meh sini aunty sha nak pinjam =)
sedih..x nk ckp pape..huhuhu
ReplyDeleteyer la, hanya Dia shj tahu apa yg terbaik utk hamba2Nya..kalo tak diberikan hari ni apa yg diminta, semestinya Dia sdh merancang yg lebih baik utk kita...insyaallah
ReplyDeleteMamaEarish EB @ Hehehehe betul 2 EB.. hiba sangat.. tapi sedaya mungkin cuba dilawan bisikan hati.. HukHukHuk!!!
ReplyDeleteBionic Women @ Amin!!!! TQ dear.. ;o)
Cha @ Nak wat cemana cha.. Kadang2 terasa sedihnya.. Kan ke akak ni manusia biasa.. Bukan otomen.. Ngeh3!!! Cibuk je nak ngendeng bulu mata Aqil.. ;op Uwekkkk!!!!
Ms. Gegirl @ Huhuhuhu alalalalala...
Mama Yatie @ Insya'allah.. TQ mama.. ;o)
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.