Advertisement

Main Ad

~Sudahlah demam.. Cirit birit pulak.. Kesian dia..~

Gud Morning Sunshine!!
Semoga hari anda hari ini seindah warna2 pelangi..

Sambungan entry AQIL DEMAM malam tadi.. Kalo ada yg perasan semalam ibu kurang ber'entry baru.. Sebab tumpuan diberikan 100% pada anak yg tak berapa sihat.. Selama ni bukan bermakna ibu tak bagi tumpuan pada dia {kejam tau kalo ada yg terus menuduh ibu sebegitu..} Kalo ada yg perasan sejak akhir2ni selang je 3 jam mesti ada entry baru dari belog ciput ibu ni.. Itu kerana sekarang ibu mengamalkan sistem taip siap2 banyak2 entry bila ada kelapangan dan Schedule kan setiap entry yg ibu taip 2.. Kecuali entry2 yg berkaitan kehidupan seharian ibu & luahan hati ibu.. Segala entry yg berkaita info atau kisah tauladan {yg ibu baca & ibu kongsikan bersama2 kalian..} atau kisah yg tiada kene mengena dengan apa yg sedang terjadi dalam kehidupan seharian keluarga kecil kami ni kebanyakan ibu get ready taip dan jadualkannya sebagai AUTOPUBLISH.. Jadi nampak macam blog ibu sentiasa berhapdet ler yer {ibu belajar dari belog rakan2 yg lain jugak lah benda alah ni..} Ada masa taip entry, gunakan masa itu sebaiknya.. Taip seberapa banyak yg boleh.. 

Tapi semalam ibu memang kekurangan masa.. Aqil tak sihat.. Demamnya datang secara berulang2.. Minum susu langsung tak nak apatah lagi makan lagi dia tak berselera.. Hanya air zam zam jer yg diteguknya.. Sayu hati ibu tengok Aqil macam 2.. Perut pun dah makin kempis bila kurang diisi {sob sob sob taip entry sambil lap air mata yg bergenang..} Lesu je badannya tapi tetap jugak nak memunggah segala mainan {mana dia nak menyusu & makan.. tekak dia bengkak tonsil.. memang ler tak lalu makan..} Ditambah pulak dengan cirit birit yg hampir dekat 4 kali sejak malam tadi..

Disebabkan badan yg tak berapa sihat, Aqil jadi kurang tidur.. Berjaga dari malam tadi.. Melayan katun.. Tak cukup DVD disuruhnya pasang Channel Astro Walt Disney.. 24jam melayan katun.. Tak ada cite lain lagi dah.. Sesekali ibu terlelap.. Terkejut seketika bangun mencari kelibat Aqil.. Baik punya dia tengah landing atas sofa layan katun sambil sengeh2 gelak2 sowang2.. Jam dah pukul 2 pagi.. Tak ada tanda2 nak tidur.. Akhirnya ibu terlelap balik.. Tapi hanya seketika.. Terjaga bila dikejutkan oleh si Aqil.. "Buuuuu!!! Aqil iyarkkkkk!!!!" Owhhh!!! Dia cirit lagi.. Benda yg sama berulang hingga ke pukul 6 pagi.. 6.30 baru Aqil menunjukkan tanda2 nak tido.. {huh!!! dah 6.30 sayang baru nak tido} Sangkaan ibu tidonya agak lama.. Tapi hanya seketika.. Tepah pukul 7.30 pagi Aqil terjaga.. Sekejap benar tidornya..

Hingga kini saat entry ni ibu publish {ni bukan entry auto publish erkkkk.. fresh2 taip awal pagi..} Aqil Naim masih belum tido.. Badan dah kurang panasnya.. Dia tengah syok baring atas sofa.. Sambilan layan cite katun lagi.. Asyik2 katun.. Bukak mata cite katun.. Ibu nak layan drama pun tok leh dah.. Tak apalah sayang asalkan Aqil senang hati & tak meragam macam2.. Nanti ibu yg pening kepala.. 

Hari ni projek baik punya!!! Nak mengemas umah secara besar2an {padahal rumah bukan besar manapun.. sekangkang kera jerk..} Opah kata hari ni berkemungkinan saudara mara sebelah atok Aqil turun dari Negeri Sembilan.. Ada kenduri kawin kat sini.. Mesti depa singgah sebentar {bersama Kit Kat} kan?!!!! Baik get ready apa yg patut.. Okeh!!! Tamat sudah bebelan ibu untuk sesi awal pagi Sabtu.. Selamat berhujung minggu semua..Happy Dappy Time 4 All My Cute Visitor(s)..

Jom layan picca budak kurang sihat tengah nyenyak..
Sayu je ibu pandang dia berkeadaan macam ni..
Biarlah dia duk aktif melompat sana sini..
Daripada berkeadaan lesu tak bermaya..
(cepat sembuh sayang ibu si Aqil Naim..}
Kalian sama2 doakan kesihatan Aqil Naim kembali pulih yer..
Amin!!!!!!!!!!!!


Aqil demam sebab nak MEMBERSAR seperti juara ni..
{kan sayang kan?!!!!}

**Nota Si Jari Runcing**
Kalo dah namanya suka membebel.. Sehari tak membebel disini tak sah.. ;op Rasanya idung ibu dah menangkap 1 aroma yg kurang enak.. {Aqil cirit lagik!!!!!}

Post a Comment

2 Comments

  1. get well soon aQiL. hope anak umi ni membesar dgn sht. mmg ssh hati kalau anak demam, rasa nak tukar je. tapiii kalau kita sendiri sakit, pun ssh hati juga, anak tak terjaga, pokoknya... kena jaga semua.

    sabar ye kak. nanti dia sihat, ubat je tu, ubat nak besar.

    ReplyDelete
  2. olo...kecian nyer..kalau budak yg sakit kan...semuga cepat sembuh...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.