Advertisement

Main Ad

~Bila anak kurang sihat.. Ibupun susah hati..~

"Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t." 

Aqil Naim demam.. Anak teruna ibu 2 demam dari malam kelmarin.. Semalam ibu masih hantar Aqil ke Taska.. Ibu harapkan demam Aqil hanya sementara.. Akan sembuh lepas makan ubat demam yg memang ibu bekalkan.. Tapi rupanya2 demam Aqil melarat sampai ke petang membawa sehingga malam hari.. Ibu jadi risau.. Makan pun dia tak berapa mahu.. Minum susu pun sikit tak sampai setengah botol yg habis.. Selebihnya Aqil hanya nak minum air masak.. Mujur ada lagi sedikit air zam zam yg atok opah bawak dari Mekah.. Itu yg jadi air minuman Aqil..

Dalam demam2 Aqil masih aktif.. Tak duduk diam.. Tak meragam & merengek.. Sesekali dia batuk & muntah.. Batuk!!! Itu cukup merisauka ibu.. Itulah yg akan jadi punca dia mula SEMPUT.. Minta dijauhkan.. Bila badannya agak panas sampai ke kepala membuatkan ibu bertambah gundah gulana.. Tak tidur lena dibuatnya.. Terasa sangat bahang panas badan Aqil meresap ke badan ibu yg tidur disebelah.. Tidur Aqil pun terganggu.. Agaknya tak selesa & tak lena diganggu rasa kurang sihat.. Sesekali dengar Aqil merengek.. Minta dipasangkan VCD Zikirullah Ustaz Dzulkarnain kegemarannya & sayup2 terdengar suara Aqil mengikut rentak zikir.. Syahdu rasanya.. 

Ya Allah!!! Kau pulihkanlah kesihatan anak ku sembuh sihat seperti sediakala.. Sesungguhnya setiap sakit yg datang itu adalah nikmat dari mu untuk menghapus setiap dosa2 kecil hambamu.. 

Kalau agak2 melarat demamnya karang rasanya lebih baik ibu bawak Aqil ke klinik.. Sebelum jadi lebih teruk.. Mungkin tekak Aqil bengkak {tonsil..} disebabkan panas dalam badan.. Kerana itulah dia tak berapa nak minum susu.. Sakit tekak ler katakan {kita yg tua ni pun kalo sakit tekak seksa rasanya nak telan air liur..} Kesian anak ibu demam.. Tak apalah sayang.. Demam nak membersar 2... Ibu cuti hari ni jaga Aqil yer.. Ibu tak pegi keje.. Kita duduk rumah sama2.. 

**Nota Si Jari Halus**
Terpaksa amik EL.. Tak apalah keje pun susah jugak kalo hati gundah gulana memikirkan anak yg memerlukan kita..

Post a Comment

4 Comments

  1. hati seorang emak kak, jangankan anak suami yg tua bangka tu pun kalau sakit, kita susah hati. smg aQiL cepat sembuh, minum air banyak2 ye ;)

    ReplyDelete
  2. Nurin pun dah 2 hari demam panas, smp dah lembik dia, minum air pun muntah abis,huhu..susah ati jugak ni..sib baik papa dia keja shif malam..boleh tolong jaga

    ReplyDelete
  3. alahai..ksian dia..sbarr2

    ReplyDelete
  4. Alahai..sayang aqil... semoga cepat sembuh... sayu hati saya baca entry ni... semoga cepat sembuh ya Aqil naim...:)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.