Advertisement

Main Ad

~Hari pertama ayah lapor diri. Selamat maju jaya ayah~

As'salam!!
Hii dear all!!
Hari ni hari pertama ayah lapor diri di Pejabat Pos..
Sebagai POSMEN!!!!
{hihihihi bangga bebenor ler tu konon}
Dah macam ditawarkan jadi doktor jer padahal posmen..
{uishhhh!! mestilah ibu bangga dengan ayah}
Bangga dengan suami sendiri apa salahnya kan..
Sebab diawal waktu ayah ambil keputusan untuk berenti PRODUA..
Ibu rasa bebal..
Rasa bersalah..
Disebabkan RUTIN BULANAN ibu..
Ayah terpaksa berkorban..
Berkorban untuk melepaskan jawatan di syarikat yg banyak berjasa..
Terpaksa tinggalkan kawan2 yg banyak mengukir kenangan bersamanya..
Pada awalnya ayah sayu, sedih & tak yakin..
Mampukah kami hidup lebih baik selepas ayah ambil keputusan itu..
Dan nyata segala perancangan Allah swt itu yg terbaik buat hambanya..
Alhamdulillah!!!!!!!!!!!!!!!
Bermula sebagai penghantar roti di syarikat Hi5..
Hingga berat badan ayah turun mendadak disebabkan jadual keje yg tidak normal..
{4am keluar umah 8pm baru blk.. gilerrrr!!!!}
Hanya berapa bulan ayah mampu bertahan..
Selepas itu seowang rakan memberitahu ayah..
Syarikat COURIER SERVICE GDEX memerlukan seowang staff pemandu lori penghantaran barang..
Dan ayah mencuba nasib andai ada rezekinya disana..
Akhirnya ayah berkhidmat dengan syarikat GDEX sebagai pemandu penghantaran..
Alhamdulillah setelah 2 bulan berkerja..
Berkat doa & sokongan dari mereka yg banyak membantu..
Terima kasih kepada keluarga Cik Puan Norhayati..
Yg telah menyumbang jasa pada keluarga kecil kami..
Pada 2/2/2011 ayah diterima sebagai POSMEN di Pos Malaysia Berhad..
Bemula hari ini tugas ayah sebagai pekerja di syarikat Badan Berkanun pula..
Syukur!!!!!!!!!!!!!!!!
{semuanya rezeki si Aqil Naim}
Semoga ayah menjadi pekerja yg berdedikasi..
Kuatkan semangat..
Tingkatkan usaha..
{kami sentiasa mendoakan ayah}


Credit picca from Pos.Com

**Nota Si Jari Runcing**
Syukur!!!!! Rezeki yg tak putus2... Alhamdulillah!!!!

Post a Comment

4 Comments

  1. Alhamdulillah atas rezeki yang telah ALLAH kurniakan... Biarpun tidak semewah mana, janji mencukupi... (Ninie le tu) janji hati kita bahagia....

    ReplyDelete
  2. ibu..walau apapun pekerjaan asalkan halal pasti diberkati Allah..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. MOGA SEGALA² DIBERKAI DENGAN PENGORBANAN INI...

    ReplyDelete
  4. Tak kisah keje apa sekalipun yang penting ianya Halal dan berkat..
    Semoga ayah Aqil terus success ye :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.