Advertisement

Main Ad

~Kisah 14 Feb kononnya VALENTINE DAY!! Yerke?!~

As'salam..
Hii dear all!!
Tengah duk buat2 keje tadi sambil sempat ngulor {ngelat} intai2 belog kengkawan @ adik2 sekalian.. Terbaca ibu beberapa entry berkaitan VALENTINE DAY a.k.a dalam bahasa ibunda kita HARI MEMPERINGATI KEKASIH.. Siapa kekasih kita yg sebenarnya?!! Bukan ker setiap hari & saat kita seharusnya ingat KEPADANYA {tak yah tunggu 14 Februri baru nak ingat bagai nak rak kan?!} DIAlah KEKASIH kita yg abadi.. Suami?!! Iyer dia juga kekasih hati.. Cuma kasih kita itu masih tidak melebihi kasih kita pada KEKASIH YG SATU itu.. Allah swt!!!!! Dialah kekasih yg ABADI.. Tapi cara mengingatinya tidak perlu untuk kita belanjakan wang ringgit.. Setiap masa malah dimana2 saja kita boleh buktikan kasihnya kita padaNYA.. Dengan cara2 tertentu.. Betul x?!!!!!

Apa yg nak ibu citekan disini bukan saja kisah VALENTINE DAY.. Yg tarikhnya setiap tahun adalah 14 Februari.. Semua owang akan ingat tarikh 2.. Malahan budak sekolah rendahpun ada yg disogok ngan kehebatan tarikh itu.. Hebat sangat ker penangan tarikh itu?!! Diseluruh Malaysia berbilang bangsa & kaum akan tahu tentang tarikh 14 Februari adalah sebagai tarikh VALENTINE DAY.. Pada hari 2 semua kedai2 jual bunga atau cokelat akan tersenyum meleret hingga ke telinga.. Perniagaan mereka pada hari itu akan mendapat sambutan & keuntungan berlipat kali ganda.. Malahan ada bunga2 tepi2 jalan ataupun dalam kawasan umah owang yg akan berkurangan.. Akibat segelintir tangan2 nakal yg x cukup duit duk petik2 sesuka hati {ada ke?!! ni kes budak2 sekolah yg tak ada duit sendiri ler 2} Bayangkan budak2 pun sudah diterapkan bahawa tarikh itu adalah tarikh istimewa buat insan yg sedang berkasih sayang.. 

Banyak teori2 yg wujud apabila sebut tentang VALENTINE DAY ni.. Ada yg cakap x semestinya mengingati kekasih semata.. Malahan VALENTINE DAY juga boleh di'guna'pakai buat ibu bapa, adik beradik, sahabat atau teman karib.. Bukan hanya tertumpu pada owang yg bercintan cintun je.. Boleh ke macam 2?!!!!!!!

Apa yg ibu nak bebelkan disini bukanlah cerita pasal gaya seseowang itu menyambut tanggal 14 Februari.. Ataupun nak membebel berapakah bilangan dosa2 besar atau dosa2 kecil yg akan berlaku pada tarikh keramat itu.. Ataupun musibah yg bakal berlaku disebabkan pada tarikh itulah lahirnya bayi2 yg tidak berdosa yg dibuang dimerata2 oleh manusia yg tidak punya hati & perasaan..

Yg ibu nak bebelkan adalah pada tarikh itu, setiap tahun ia adalah tarikh yg amat bermakna dalam hidup ibu.. Tanda betapa kasihnya Allah swt kepada ibu.. Tanda kasihnya seowang suami pada isterinya.. Maka lahirlah dia!!!!! Diatas keredhaan Allah swt, dengan izinnya & bukti kasih sayang sepasang suami isteri.. 

Lahirnya dia 14/2/2008 pada pukul 9.59am..
Terima kasih sayang kerana membahagiakan hari2 ibu & ayah!!!
Setiap tahun pada 14 Februari..
Adalah hari yg amat bermakna buat pasangan suami isteri..
Shahrin Anuar & Salina Sasliza..
Bukan kerana ia VALENTINE DAY..
Tapi ia adalah BIG DAY 4 our lovely son..
The only one in our life..
MUHAMMAD AQIL NAIM!!!
"Semoga kau membesar menjadi hambaNYA yg taat & anak yg soleh sayang!! Menjadi pendiding ibu & ayah dari percikan & seksaan api neraka Jahannam.. Insya'allah!!!!"
Ya Allah!!! Kau berikanlah kesudahan & yg terbaik buat anakku..
Demi agama & kehidupannya..
Amin!!!!!!

**Nota Si Jari Runcing**
Anak ibu si Aqil Naim!! Tiada kejayaan yg besar dalam hidup ini yg mampu ibu kecapi.. Selain disaat kau dilahirkan.. Hadirnya dirimu menjadi pelengkap ibu sebagai seowang wanita yg bergelar isteri.. Syukur Ya Allah dengan kurniaan & nikmat yg kau berikan.. Alhamdulillah!!!!!!

Post a Comment

5 Comments

  1. ooo..dah tak lama lagi lah ye birthday dia..
    happy birtday Aqil..semoga jadi anak yg soleh yer nnt..aminn!

    ReplyDelete
  2. owhh aqil lahir 14 feb yek...heheeh...semoga aqil membesar dgn sihat...jadi anak yg soleh....tak lupa pada ibu bapanyaa... :)

    ReplyDelete
  3. TERIMA KASIH KEPADA KALIAN MENDOAKAN AQIL NAIM!! :D

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.