Advertisement

Main Ad

~Luahan ibu dipagi hari.. "Ibuuu.. Ayah mana?!! Hilang dah!!"~

As'salamualaikum!!!
Hii dear all!!!

Pagi ni ibu nak cite pasal Aqil Naim.. Pagi ni ntah apa mimpinya Aqil bangun tido awal sangat.. Pukul 5.30 pagi dah bangun.. Awal kan?!!! Sangat2 awal.. Waktu itu ayah dah keluar berkeje {ayah masuk keje awal hari ni}.. Bangun2 saja dia tengok ayah tak ada disebelah.. Terus dia bertanya "Ibuuuuuuuuuuu!!! Ayah mana?!!! Hilang dah!!!!" Katanya.. Ibu senyum.. Bijaknya dia bercakap.. Sebijik2 keluar.. Ibu terfikir, faham kah dia dengan maksud soalannya itu?!!! Kenapa pulak dia bertanya macam 2?!!!!

Bagi mereka yg dah lama ikuti perkembangan belog EmIenAqil ni mesti tau.. Dulu ayah tak pernah tinggal bersama kami.. Bukan bermakna kami tak sehaluan.. Tapi itu adalah atas faktor kerjaya ayah yg waktu itu bekerja di Rawang & faktor kesihatan ibu yg tidak mengizinkan ibu berhijrah ke Rawang mengikut ayah.. Disebabkan itu kami terpaksa berpisah.. Ayah hanya akan balik setiap hari Jumaat selang 2 minggu sekali saja.. Ibu redha!!!!

Dari awal perkahwinan kami, itulah rutin hidup kami.. Hanya hp ni saja yg mendekatkan kami.. Dan setelah lahirnya Muhammad Aqil Naim, ia tetap sama.. Tidak ada yg berubah.. Masih sama.. Ayah hanya akan balik pada hari Jumaat {sampai ke umah malam hari setelah Aqil tidur} & ayah akan kembali balik ke Rawang pada hari Ahad {malam hari juga setelah Aqil tidur baru dia bergerak}.. Jadi apabila ke esokkan harinya bangun2 saja Aqil Naim dari tidur dia akan mencari.. Tapi waktu itu dia masih belum pandai bercakap.. Mungkin hanya pelik didalam hati & bertanya sendiri "MANA AYAH?!!!!!!!!".. Mungkin!!!!!

Kini Aqil dah mampu mengeluarkan pendapatnya sendiri.. Bertanya apa saja persoalan yg terbuku di fikirannya.. Apa saja yg ingin diketahuinya.. Dia akan bertanya.. Soalan lazim yg dia akan tanya bila ayah tak ada depan mata dia "Ibuuuuu!!! Mana ayah?!!! Hilang dah!!!!" Ibu hanya akan senyum dan menjawab "Ayah keje.. Cari rezeki untuk kita..." Dia akan mengangguk puas hati sambil membalas "Ooooo ayah keje..." dan dia akan terus berlalu pergi dengan rasa puas hati.. 

Hampir setahun ayah pindah ke Ipoh... Macam2 yg telah kami lalui.. Dalam 4 tahun usia perkahwinan ini baru setahun kami betul2 merasakan nikmat hidup sebenar suami isteri.. Saling memerlukan & sentiasa disisi.. Setelah setahun berlalu.. Kami bahagia.. Mudah2an ia kekal hingga ke alam akhirat sana.. Amin!!!!!!

**Nota Si Jari Runcing**
~Dah duk dekat ni ada jugak gaduh2 manja.. Itu yg best 2.. Asam garam rumahtangga ler katakan.. Sejak ayah duduk sekali Aqil bertambah manja dengan ayah dia.. Tiap2 malam nak berKUNGFU.. Adoiyai!!! Selerak bilik dikejekan deme 2 beranak..~

Post a Comment

2 Comments

  1. itu maksudnyer aqil semakin bijak n telah dewasa bagi memikirkan persoalan ibu n abah

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.