As'salamualaikum!!!
Hii dear all!!!
Ibu nak bergosip sikit.. Perihal si bulu mata lentik ibu tu.. Rasanya sepanjang minggu ni ada saja perihal dia yang membuatkan tahap kemarahan ibu menggelegak dek kerana keletah dia.. Pagi tadi ditumpahkannya air atas meja.. Kalau meja makan tu lain cerita ini meja dekat ruang tamu.. Udah lah waktu pagi biasanya jadi waktu sibuk untuk kami para2 wanita yang berkerjaya {eceih!!!!!! ;op} nak bersiap untuk ke pejabat.. Bila pagi2 anak dah buat hal sememangnya menaikkan darah ibu.. Rasanya panas dah sampai kemuka.. Tak silap ibu dah jadi macam muka Incredible Hulk rasanya.. Cantik lagi muka Mr. Incredible tu dari rupa ibu waktu tengah marah.. Tak kan lah pagi2 dah nak bising 1 rumah dengan pekikan tarzan. Ini rumah bukan hutan rimba walaupun hakikatnya rumah ni pun dah seakan2 macam hutan hujan Khatulistiwa.. "Hemak hamun!!!" Itu bahasa si Aqil Naim yer kawan2.. Dalam bahasa kita adalah SEMAK SAMUN!! {ngeh3!!!} Sebenarnya ibu tak suka membebel pagi2.. Ini membebel betul2 tau bukan membebel dalam entry macam ni.. Membebel dalam entry memang jadi favorite ibu..
Itu baru kes tumpahkan air belum kes2 lain lagi.. Sekarang ni pulak sebelum nak tidur malam wajib bergelut dengan si Aqil Naim.. Sama ada bergelut bergomol ataupun bergelut menahan bingit gegendang telinga sebab sekarang dia suka melalak sebelum masuk tidur.. Sejak akhir2 ni dia berkeras tak nak masuk tidur ikut time.. Kalau sebelum ni tepat je pukul 10 malam bila ibu bagi isyarat masuk bilik tidur, laju je dia bangun cari opah & atok untuk salam cium segala bagai sebelum nak masuk tidur.. Alahai!!! Cucu yang sopan sungguh.. Padan ler atok opah sayang giler2 kat dia.. Ok, itu dulu sebelum dia suka buat perangai macam ni.. Sekarang asal je ajak masuk tidur, dia dah menghentak kaki.. Dah mula menjawab "Tak nak!!!!! Ibu pegi tido sorang!!!!!!" okeh!!! Dah main kasar nampak..
Sebagai ibu yang penuh dengan sifat toleransi {alahai!! ;op} ibu akan sedaya upaya memujuk dengan penuh sabar.. Namun tahap kesabaran itu kadang2 tak terkawal.. Itu terjadi bila Aqil Naim sengaja meggunakan kaki dengan lagak selamba menolak ajakan serta pujukan ibu.. Bukan menyepak atau menendang tapi dia kuis2 ibu dengan kaki dia.. Pantang tok nenek ibu kecil2 dah nak belajar guna kaki dalam apa jugak hal.. Memang ibu tak suka.. Jangan kata anak ibu kalau anak orang lain pun sama.. Rasa macam tak beradab sopan.. Apa lagi!!! Kene lah seliang kaki dia.. UWAAAAAAAAAAAAAAA!!!! Dah melalak lagi.. Adoi!!!! Buka mata melalak.. Nak tutup mata melalak.. Apa kes ni sayang?!! Tahun depan dah nak masuk tadika.. Jangan lah buat perangai macam tu nak oiiii...
Ibu tak pasti kenapa?!! Apa yang mengganggu emosi dia.. Apa yang buat dia rasa tak puas hati.. Ataupun sememangnya itulah ragam budak2 yang dah mula nak mendewasakan diri & juga meluaskan pemikiran.. Oklah tak nak serabut duk fikirkan si Aqil Naim yang asyik nak kamuk2 tu.. Jom lah kita layankan picca si bulu mata lentik ibu yang sorang ni.. Layanzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!! Ini picca waktu kami temankan ayah cari BABY BARU dia.. Apakah itu?!!!!!!!!!!!!
|
Eleh!!! Tergedik2 senyumnya... Ngada2!!!! Gigit nanti baru tau.. |
|
Haa!!!! Itulah dia diantaranya BABY baru ayah.. Belum pilih lagi tu.. |
|
Ayah dah rambang mata.. Ibu plak rambang otak memikir harganya.. ;op |
|
Aqil relax je bersantai duduk atas dia.. Mahal tu sayang!!!! Jadi apa2 jenuh ibu nak ganti.. |
|
Naik boring Aqil tunggu ayah buat pilihan.. Cerewet si ayah Aqil ni.. |
|
"Ayah!!! Udah ke?!! Aqil boring ni!!!" Lalalalalala!!!! |
|
"Inipun ok jugak ni!!! Berapa sen ni ayah?!!!!!" huhuuuuu {sen kau kata!!} |
|
Awek cun tetap maintain.. {wek!! wek!! ;op} |
|
Sampai lapar dia menunggu si ayah buat pilihan.. Layan roti dulu alas perut.. |
|
Ini dia BABY baru ayah!!!!!!!! |
|
Ini yang lama.. Tata!!!!! Terima kasih sebab dah setahun berkhidmat dengan kami.. |
|
Lepas dah cari BABY ayah kami terus ke kenduri kawin member PRODUA ayah dulu.. |
Nota Si Jari Runcing ~Plan hujung minggu ni pulak nak ke Kuala Kangsar makan ikan bakar tepi Lembah a.k.a Sungai Perak.. Sempena FATHER'S DAY!!!~
2 Comments
erm..auni pun mcm tu juga kak. sekarag ni dia dah pandai mengamuk...walaupun usia baru nak masuk 2 tahun. ramai kawan ckp maybe sbb dia seorang..takde adik lagi. jadi TERlebih MANJA lah dengan ummi abah. nak tarik perhatian hehe
ReplyDeletealololo sweetnyaaa, sedondon. baju aQiL dgn ayah tu mmg sama ke kak. atau, corak je sama. gembira hati ayah kan.
ReplyDeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.