Advertisement

Main Ad

Aqil pilih STEM

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Sekejap saja budak Aqil dah nak masuk Form 4.
Ibu rasa macam baru semalam doktor belah perut ni untuk keluarkan dia.
Tapi sekarang dia dah lagi tinggi dari ayah.
Ayah dah kemetot jadinya.
Hahahaha!
Sama seperti Form 1 dulu. 
Aqil masih tak berminat untuk masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ataupun MRSM.
Katanya saya nak masuk Form 6 saja.
Alahai!
Krik! Krik! Ibu dibuatnya.
Nak dipaksa ibu takut dia protes.
Cita² dia nak jadi Cikgu Sains.
Jadi waktu dia diberi borang pilihan untuk aliran Form 4.
Aqil pilih STEM (Elektif Sains Tulen & Matematik
Tambahan).
Dulu itulah aliran yang ibu inginkan sangat.
Tapi result PMR ibu tak cantik.
Ibu tak lepas untuk masuk aliran Sains Tulen.
Ibu ambil aliran Sastera & Prinsip Akuan.
Aqil sangat suka subjek Sains.
Cuma yang menjadi kerisauan ibu subjek Matematik dia.
Hurmmm!
Doakan lah agar tercapai cita² budak Aqil untuk masuk aliran STEM ye kawan². ;)


Gambar masa dia outing dengan kawan² kelas Form 3 hari tu.
Bukan main dress up lagi dia yer.
Baju sejuk tu baju ayah masa bujang dulu.
Dia yang belasah sekarang.
Habis semua baju ayah dia dah muat.


Jamuan akhir tahun kelas Aqil dibuat di luar bukan buat di sekolah.
Jamuan ni hasil baki dari kutipan duit kelas mereka.
Pandai juga budak² kelas ni uruskan duit tabung kelas yer.
Sampai boleh buat jamuan akhir tahun dekat Seoul Garden.


Yang pakai baju putih tu cikgu kelas Aqil.
Cikgu dengan pelajar pun dah lebih kurang sama saja.


Kelas 3 Wisdom.
Form 4 nanti mungkin ada diantara mereka dah tak bersama lagi.
Semoga semua anak² ini terus maju jaya di masa hadapan.

Dia baru nak masuk Form 4 ibu yang berdebar lebih. Kalau dapat masuk U nanti tak tau lah macam mana. Huhuhu!

Post a Comment

30 Comments

  1. Dua anak saya masuk aliran sains sama macam bapa mereka...tapi kerjaya lebih kepada sastera & bahasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah! Allah dah tetapkan rezeki masing2 kan yg pntg usaha ;)

      Delete
  2. Dah ada girlfriend dah? Nampak macam ada....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle nih laah 🤣🤣🤣. Pertanyaan yg ditakutkan para ibu itu.. Termasuk saya 😆😅

      Delete
    2. Hahahahaha unkel soalan dia tu gegarkan jantung ibu Aqil ni tau. ;)

      Delete
    3. Betul2 soalan yang menakutkan para ibu ;)

      Delete
  3. Sekolah Kyra belum bagi apa2 borang pun utk pilihan form4 nanti. Kyra pun nak ambil STEM tp sbb dia aliran agama wajib juga ambil subjek agama.

    Semoga berjaya anak2 kita nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan urusan pembelajaran Kyra yer Ammi ;)

      Delete
  4. Alhamdulillah tahniah Aqil 👍
    Si Abang pun dapat kelas Sains tapi dia minat kelas Agama. PH pun tak tahulah macamana ni ...

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah.. Semoga ada rezeki Aqil untuk ke kelas STEM.. Aamiin..
    Pandai mereka menguruskan tabung kelas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin! In syaa Allah Sha ;) Aah pandai diorang uruskan tabung kelas diorang ;)

      Delete
  6. Baguslah Aqil. Tak ramai student yang pilih STEM. Majoriti sibuk nak jadi influencer. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishhhhh jgn lah dulu jadi influencer. Biarlah cari ilmu cukup2 dulu. Bekalan akhirat jgk ilmu tu. ;)

      Delete
  7. saya dulu pun ambil aliran sains juga tapi add math sy kurang cantik hehe.. inshaAllah Aqil mesti boleh! :)

    ReplyDelete
  8. tenang ibu tenang. rileks je abg Aqil, makin menggalah ye. uiii bagus2 mewarisi I do Sains Tulen. dak lelaki genius, sokey ja. dapat mcm I ni, rasa nak terbalik pala otak. bila da umur 40thn, aphal la tak ambil kos sastera je dedulu. tak la biol sgt feelingnya. hahaaa... all the best abang Aqil!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Ummi. Memang dia makin tinggi. Ibu dah paras dada dia jer. ;)

      Delete
  9. all the best Aqil. Belajar kat mana pun ok, janji willing nak belajar and dikelilingi kawan2 yg berkualiti hehe.

    ReplyDelete
  10. insya allah aminnn
    apa jua pilihan aqil kami doakan yang terbaik dari jauh...

    ReplyDelete
  11. Semoga dimudahkan semua urusan anak kaka yaa 🤗. Dapat belajar di tempat yg sesuai keinginan dia

    ReplyDelete
  12. Semoga terus membesar menjadi orang yg berjaya dan menyejuk kan perut dan hati ibu :D

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.