Advertisement

Main Ad

~Aqil!! Bila besar nanti Aqil T.I.N.G.G.A.L.K.A.N ibu tak?!! ;)~

As'salamualaikum!!!
Hii dear all!!!
Aqil!! Bila besar nanti Aqil T.I.N.G.G.A.L.K.A.N ibu tak?!! ;)
Pernah tak korang tanyakan soalan tu pada buah hati korang?!
Apa jawapan diorang?!!
Semalam tengah guling2 nak tidokan si bulu mata lentik ibu tu..
Saja kami bersembang kosong..
Gaya macam sembang ngan kawan sebaya ler pulak..
Padahal melayan soalan bebelan budak umur 4 tahun.. ;)
Tengah guling2 peluk2 gomol2 ibu saja pandang mata Aqil Naim dalam2..
Ibu (",)
"Aqil!! Bila besar nanti Aqil tinggalkan ibu tak?!!"
Aqil dah tersengeh2 ntah dia faham ke tidak soalan tu..
Atau sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri..
Aqil Naim (",)
"Tak adalah!! Tak tinggal ibu pon!!"
Confident jer dia jawab ala2 manja gitu..
Ibu hanya mampu tersenyum..
Dalam hati penuh taman bunga2 mekar.. ;)
Ibu (",)
"Yeke ni?!!! Aqil tak tinggalkan ibu.. Nanti Aqil dah kawin Aqil mesti pegi jauh kan?!!"
Dia mula menggesel kepalanya bawah lengan ibu..
Dah macam kucing pulak..
Aqil Naim (",)
"Aqil nak bersembang dengan ibu.. Tak nak bersembang dengan kawin tu!!!"
Ayarkkkkkkkkkk!!
Macam yg pernah ibu cite dalam salah satu entry yg lepas..
Istilah "bersembang" bagi si Aqil Naim ni adalah "bermanja" yer kawan2..
Jadi kesimpulannya Aqil x nak bermanja2 dengan si"kawin" @ pasangan Aqil nanti..
Ibu mula nak gelak..
Tahankan saja..
Lama2 si Aqil Naim pun lena..
Sedap jer dia berdengkur tepi ibu..
Tidurnya sekarang di bahagian tengah..
Memisahkan ibu & ayah..
Alahai!!! ;p
Aqil dah lena..
Ayah apa ker lagi..
Dah lawan berdengkur dengan si Aqil Naim..
Ibu?!!!!
Masih berjaga demi menaip entry ini..


20/6/2012 @ 11.25 pm @ Pesanan Buat Aqil Naim

Aqil Naim kesayangan ibu!!!
Mungkin waktu ni Aqil tak faham tiap apa yg Aqil katakan..
Aqil hanya luahkan apa yg Aqil dengar & Aqil rasa..
Tanpa Aqil benar2 memahaminya..
Satu hari nanti..
Bila waktu itu tiba..
Ibu yakin..
Aqil akan melupakan segalanya..
Segala yg telah kita lalui saban hari..
Segala yg telah kita harungi tiap saat..
Apa saja yg kita bicarakan..
Yg Aqil tahu hanya "detik itu"..
Apa yg berlaku "saat itu"..
Itulah realitinya sebuah kehidupan..
Aqil tak bergantung harap hanya pada ibu & ayah lagi seperti sekarang..
Aqil punya dunia sendiri..
Punya ruang waktu sendiri..
Punya kehendak & minat sendiri..
Aqil punya pergaulan yg lebih luas dari hari ini..
Waktu itu yg Aqil tahu hanya "dunia Aqil Naim"..
Dengan siapa Aqil bertemu..
Dengan siapa Aqil berkawan..
Segalanya dibawah penguasaan Aqil sendiri..
Ibu!!
Ayah!!
Hanya sebagai pemerhati..
Waktu itu dimana tempat kami?!
Dimana kedudukan kami?!
Dimana letaknya kami?!
Yg pasti sayang..
Sejak kamu lahir kedunia..
Kami sentiasa meredhai diri mu..
Sentiasa memaafkan tiap kesalahan keterlanjuran kamu..
Sentiasa mengiringi langkah mu dengan doa..
Tidak kami mengharapkan yg lebih dari kemampuan mu..
Cukup kamu berjaya menjadi hambaNYA yg soleh..
Kebanggan ibu & ayah..
Dunia serta akhirat..
Sebagai seorang anak lelaki..
Satu2nya anak lelaki kami..
Besar benar tanggungjawab mu nanti..
Bukan hanya kepada kami orang tua mu..
Tetapi tanggungjawab pada keluarga mu sendiri..
Yg mempunya "hak" keatas kamu..
Isteri & anak2 mu..
Ingatlah Aqil..
Setiap pesanan ibu..
Sentiasalah punya hati & perasaan..
Serta takut & taat pada si pencipta..
Dialah yg paling berhak ke atas tiap hambaNYA..
Aqil Naim..
Ibu halalkan segalanya buat mu..
Redha ibu sentiasa mengiringi mu..
Doa tulus tak pernah putus untuk mu..
Moga kau sentiasa diberkati & dirahmati Allah swt..
Amin!!!!
Layanzzzzzzzzzzz!!!


Alahai!!!
Sian tengok sofa opah tu..
Kome abaikan jer lah yer..
Tu semua keje si Aqil Naim ler waktu dia baby dulu..
Abeh direntapnya semua..
Itu jer lah yg tinggal..
Hu3!!!!!
T.A.M.A.T
Tata!! Titi!! Tutu!!
Nota Si Jari Runcing ~Apabila kamu menjadi ibu & bapa.. Sentiasalah letakkan keredhaan kamu ke atas tiap anak mu.. Janganlah kamu mudah berkecil hati pada mereka.. Apalah guna menjadi ibu & bapa sekiranya dengan mudah kamu meletakkan tiap2 kesalahan itu walaupun hanya sebesar hama dibahu anak2.. Kalo dah sikit2 nak menyumpah anak.. Sikit2 nak mengata si anak.. Itu salah ini x betul sana x cukup.. Untuk apa kamu melahirkan mereka?!! Bukankah kamu harus sentiasa ikhlas menjaga amanah Allah swt itu?!! Ikhlas kerana Allah swt!! Jadi kenapa harus mengungkit?!!!! "Ya Allah!! Jauhkanlah aku dari bersifat kejam & zalim ke atas anak ku sendiri & peliharalah anak ku daripada dia bersifat kejam & zalim ke atas tiap2 makhluk mu.. Amin!!"~

Post a Comment

19 Comments

  1. berarir air mata sy k.ina..huhu..
    semoga anak2 x lupakan kita kan..;(

    ReplyDelete
  2. akak pun penah tanya soklan yg sama pada ami. sekrg bila ami dah besar, lagilah terasa,satu hari nanti dia akan tinggalkan akak, sambung blajar, keja n kawin. akak ni masih rindu zaman ami kecik2. syukur ami masih nak peluk2 ngan mak dia, cium pipi mak dia, jalan pun masih pegang tgn akak.

    ReplyDelete
  3. opppp...jangan sedih ye ibu..Aqil anak yang baik mesti dia jaga ibu dan ayah dia...

    ReplyDelete
  4. Hehhee, alahai Aqil, apa yang dia faham pasal si'kawen' tu kan kak :)


    Mmg Aqil anak yg sangat manja, yela dia pun dah dimanjakan jugak ;)

    So sweet :D

    ReplyDelete
  5. sedihnye babe..tp kelakar sbb aqil kate xnk sembang ngan kawen tu..hehehe..
    as usual aku suke ayat2 ko..hehe..
    take care babe!!!!..

    ReplyDelete
  6. Setiap hari saya berdoa supaya tak mengajar anak dengan kekerasan (rotan) walaupun saya membesar cara tu tapi bagi saya cara tu sebenarnya tak berkesan sangat. Pernah jugak sembang dengan lala ala2 sembang dengan kawan sebaya even budak tu baby lagi tp ntah la rasa terhibur. Anak lelaki tanggungjawab pada mak ayah dia sampai mati.. anak perempuan bila dah berkahwin keutamaan dia adalah suami. Semoga anak2 kita jadi anak yg terbaik kan Ibu...

    ReplyDelete
  7. sedihnya..
    tapi itue semua lumrah kehidupan kan..
    sama seperti kita dulu, itulah apa yang mak ayah kita rasa..
    harap aqil akan berjaya pikul semua tanggungjawabnya kepada ibu bapa dan keluarga..

    ReplyDelete
  8. Mengalir airmata baca entry ni.. Sedih tbe2..

    ReplyDelete
  9. t'harunya akak baca n3 ina ni... akak ni kadang2 (selalu sbnrnya) m'bebel kat anak2..lbh2 lg kat afiqah sbb dia hyperaktif,ada2 ajer ragamnya yg menguji kesabaran...maklumlah dgn keadaan akak skrg ni kdg2 mudah sgt letih n emosi pun swing2 jer.. :) tp setakat ni cuma m'bebel je lah blm penah lagi tangan naik ke badan anak2... semoga anak2 kita menjadi anak2 yg soleh/solehah...amin.

    ReplyDelete
  10. sedeynya..
    setakat ni alhamdulillah, se"buas" hero2 kak yan blm sampai tahap nak menyumpah. sbb mak penah pesan, bila kita menyumpah anak sama mcm kita menyumpah diri sendiri.
    mudah2an kita diberi kekuatan dan kesabaran untuk terus mendidik dan menjaga amanah allah ni dgn sebaik mungkin/selagi terdaya...

    ReplyDelete
  11. tersentuh plak baca n3 ina.. moga anak kita jadik anak yang baik~ aminn

    ReplyDelete
  12. rinduuuuuuu ngan ina
    mauu x rinduuu
    dah lama x jenggah nie
    kemana ina .. sihat ina ?? harap adik akk nie sihat selalu ;)

    alorrr sayu lak bila baca nie
    insyaallahh ina , berdoalah selalu agar aqil permata ati ina nie x akan lupakan ina dan hubby selama2nya
    kita sama2 doakan ok .. akak yakin aqil terdidik dgn baik oleh ina dan hubby ..

    ye dikkk .. selalu lah meredhaii anak2 kita , kerana binasalah mereka
    tanpa keredhaaan kita .. akk ada dgr itu dari ustaz2 bila pergi belajar agama
    walau kecil mana hati kita dgn anak2 jgn dibawa jauh , risau dan khuatir terjadi apa2 terhadap
    anak2 x sempat kita nak maafkan dia .. huhuhu minta dijauhkan .. ;)

    ReplyDelete
  13. AMIN....
    dah mcm imam muda nureen tgk aqil :)

    ReplyDelete
  14. akak......
    saya sedih......... :(
    tima kasih kak buat entry ni
    buat saya bertambah2 sayang pd anak2
    ala kak, nak nanges!!!!!!!

    ReplyDelete
  15. nota sijari runcing tu buat sy tersentuh juga.. time kasih ingatkan diri sy juga...

    ReplyDelete
  16. rasa sedih lak ina...
    lya pon slalu bertanyakan sklan ni.. selalu ckp2 dgn asya... bila memikirkannya..jd takut..
    dah la kt anak sorang ni je.. baik & buruk anak... hanya dia sorang..
    apa2 pon, sbg ibu..hanya doa y blh dipanjatkan supaya si anak terus mghargai kt hingga ke akhir nafas & kehidupannya diredhai allah swt

    ReplyDelete
  17. ada jugak tanya anak2. jawapannya macam aqil la.tapi macam kak long dia dah bijak sikit. dia akan cakap org tu tak syg ibu bapa la kalau buat ibu bapa macma tu. tak pun kalau tak tlg ibu bapa maknanya tak sayang ibu bapa la.

    ReplyDelete
  18. mengalir air mata baca entry ina yang nih..
    x tau nak komen apa.. speechless..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.