Assalamualaikum wbt..
Hampir 3 minggu Aqil mula kelas tuition Matematik setiap hari Isnin malam Selasa. Sebelum ni Aqil hanya tuition setiap hari Sabtu kelas BM dan Smart Reader English. Untuk sesi 2016 ibu dengan ayah up kan satu lagi subjek tuition untuk Aqil. Kalau dengar macam kejam kan?! Kesiannya dia. Mesti penat. Sebelum ibu ayah daftarkan Aqil untuk sesi baru ni kami ada bertanyakan dulu pada tuan punya badan. Jawapan dia "Saya suka Matematik..." ;) Setelah 3 minggu kelas berlangsung ibu tengok ada kesungguhan dia di situ. Walaupun kadang-kadang ada soalan yang dia tak habis jawab kami sambung buat di rumah bila kelapangan.
Ibu lupa nak cerita sebelum ni. Awal kemasukan Aqil ke Tahun 1 hari tu Aqil masih merangkak-rangkak dalam pembacaannya untuk subjek BM. Itu sangat membimbangkan ibu. Tengok saja latihan-latihan yang cikgu bagi di awal persekolahan dulu ibu dah sesak. Memang zaman sekarang tak macam zaman dulu-dulu. Dulu-dulu masuk Tahun 1 tak pandai membaca tak jadi hal. Sekarang Tahun 1 tak pandai membaca jangan buat hal. Bahahahaaaa!
Setengah tahun selepas Aqil ambil kelas tution BM & Smart Reader di Pusat Bimbingan Visi Cemerlang yang mana dulu 3 tahun Aqil tadika di Tadika Visi Cemerlang pusat yang sama. Aqil dah lancar membaca BM. Alhamdulillah! Sekarang dia dah boleh membaca lancar cuma kadang-kadang ayat dia terlalu skema. ;,) Ibu layan kan saja. Ujian BM dan BI pun Aqil maintain A. Alhamdulillah! Tahun 2 nanti tak tahu lah macam mana. Harap kekal lah hendaknya. Kali ni ibu ayah target Matematik pula Aqil pun nampaknya minat dengan subjek ni. Tak macam ibu dia dulu tak suka kira-kira. Kira-kira nak membuta je ada bila sampai waktu kelas Matematik. Muahahaha!
Jadual untuk kelas BM & Smart Reader Aqil macam biasa setiap Sabtu jam 8.45 - 1 petang tiap-tiap minggu. Cuma kelas Matematik saja waktu malam mula jam 8-10 malam. Arghhhhhhh!! Sepanjang 2 jam tu apa ibu ayah buat?! Dating ler kat kedai tom yam yang dekat-dekat dengan tempat tuition dia. Padan muka sapa suruh hantar dia tuition tempat jauh dari rumah dah masuk ke bandar balik. Huh!! Redha je lah. ;)
Berjanggut si ayah menunggu anak bujang dia habis kelas tuition. Setiap Isnin malam Selasa inilah rutinnya. Gelas air usah cakaplah."Dik! Tambah segelas lagi..." Huhuuuuuu!
Ambil kesempatan yang ada. Kami dating berdua. Ngeheeeee!
4 Comments
hehe.. time mcm ni la ambk kesempatan nk berdating kan ina
ReplyDeleteAah betul tu..
DeleteTiap2 mggu isnin mlm selasa ni ler rutin kami lya.. ;D
ada hikmah jgk tu.. aqil tuisyen bolehlah mak paknya dating kan hihihihihi ....
ReplyDeleteSambil menyelam minum air kata org tua2..hi3!!!
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.