Advertisement

Main Ad

Dulu lain sekarang lain..

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera..

Dulu lain sekarang lain. Kalau dulu banyak sangat masanya untuk ibu update blog. Masa tu ibu masih menumpang di rumah abah dan emak ibu. Masa tu pun banyak pulak idea ibu nak menulis. Walaupun kadang-kadang apa yang ibu tulis bukan ada isi penting pun. Setakat merapu meraban jer. Tapi minat punya hal tiap-tiap malam bersengkang mata nak taip entry.

Kebetulan masa tu ibu dan ayah duduk berasingan. Ayah di Rawang ibu dengan Aqil di Ipoh. 2 tahun juga lah kami duduk berasingan. Si Aqil Naim pun duk tengah ligat nak belajar itu ini. Jadi blog lah tempat ibu bercerita tentang keletah seharian Aqil buat bacaan si ayah yang jauh nun disana. ;)

Gambar Aqil jangan cakap lah. Hari-hati tiap masa tak jemu-jemu ibu snap picca dia. Tengah makan. Tengah mandi. Tengah tengok tv. Tengah main. Tengah memunggah. Tengah melalak pun ada. Melalak tu dah jadi kegemaran dia dulu. Kalau kawan-kawan lama blog ni masih ingat Aqil Naim budak kenit yang kuat mengamuk. Hari-hari nak kamuk. Stress! Stress sebab ayah jauh jadi ibulah yang kena handle angin lintang Aqil sampai dia ok. Si bulu mata lentik ni pulak pelik tau sebab kalau ayah dia ada dekat elok ler pulak kelaku tu. Haishhh! Pelik!

Hurmmmm!! Berlainan dengan sekarang. Ibu tak tahu mengapa. Sungguh otak ibu dah makin tepu nak menulis. Kadang-kadang sampai berjam-jam termenung pegang key board laptop. Sekarang ni lagilah datang penyakit malas nak buka laptop. Menaip guna phone saja. Memanglah tak best. Dengan gambar tak centre. Lantak lah kan. Sekarang blog ni pun dah kembali ke asal macam zaman mula-mula ibu berblog dulu. Menulis tapi tiada siapa yang komen. Mungkin masih ada yang membaca tapi cuma sekadar membaca sahaja. Tak apa! Terima kasih ibu ucapkan. Masa kalian amat bernilai sudi juga diluangkan disini walau sebentar cuma. Cewahhhhhh!! 

Picca of love?! Haiiihhh entah lah. Rasanya camera Nikon ibu tu dah bersawang kot lensa dia. Memang dah tak berusik langsung. Sekarang lebih banyak ambil gambar dari camera iphone ni saja. Lepas tu terus update di facebook. So, sesiapa yang ada add ibu di facebook lebih tahu perkembangan kami. ;)

Rindu! Mestilah ibu rindu kawan-kawan alamaya ibu. In shaa Allah! Akan ibu usahakan kembali aktif dalam dunia blogging ni sikit-sikit. Daripada hilang terus kan?! ;) Ada yang rindu ker?! Muahahaha!


Acik-acik semua! Tengok lah! Aqil dah makin handsome kan?! Dah anak bujang dah sekarang. Sunat jer belum lagi. Ngeheeeee! Aqil rancang nak bersunat darjah 3 nanti. Iyo iyo jer dia! ;,)

-sEkIaN-

Post a Comment

10 Comments

  1. kejap ajer dah besar kan..dulu kecik lg masa anti baca blog ibu aqil ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kejap je dia dah besar.. Rindu zaman duia kecik2 dulu sekarang susah sangat nak tangkap gambar dia.. Suka buat memek muka.. Geram! Hi3!

      Delete
  2. Haiiiii ibu aqil.. salam rinduuuu...
    lama jugak kite menyepi pun, ni baru ada can sket, hujung hujung tahun ni kan..
    sblm ni, bz plus malas pun ye plus kemudahan pun takde, dh stop broadband kt rumah, hrpkan phone jer, jd malas plus tak sempat pun.. hari hari makin bz, rindu saat aktif blogging dulu, siap bleh cash out nuffnang..skrg mmg tk bergerak kot akaun nuffnang tu..huhu..
    pepun, blogging tetap di hati, cuma masa membataskan..wuuu..

    waaah makin encem haa aqil... ^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dear blogging tetap dihati.. Minat tetap minat cuma kemalasan tahap dewa sungguh sekarang ni.. Haishhhhhh!!!

      Delete
  3. rindunye babe kat ko..alaaa xpe babe, aku pun kadang meghepek meghaban jugak entry aku..ko cite pasal anak2 kucing ko yg comel2 tuh ker..hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu jat ko jgk babe.. Rindu tahap giler kentang nye.. Hi3! Nasib ads fb.. Tapi aku rindu sesgt nak merepek meraban kat sini jgk babe.. Ok aku dah siap2 draft entry dah.. Hi3! Semangat plak tetiba.. Ngeheeee!

      Delete
  4. samelah.. rindu awak membebel kat blog, blog saya pun ke laut dalam jugak .. asal nak bkk laptop mata ngantuk.. asal bukak tab bukak ig jer.. tu yg merudum tahun 2015, mungkin jgk sebab anak dah sekolah.. kerja kat opis banayak.. kt pun balik penat .. (padahal tak pandai susun atur jadual hahahaha .. aci ngelat je)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita..
      Kadang ni update dr hp je..
      Lantok le x cantik x centre ke apa ke.. Hi3!!

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.