Advertisement

Main Ad

Kami kawan satu sekolah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Kami kawan satu sekolah..

Ibu tak ingat pernah tak ibu ceritakan dekat sini yang ibu dengan ayah dulu satu sekolah. Kami satu kelas waktu tadika. Sekolah rendah pun sekolah yang sama tapi lain kelas. Sekolah menengah pun satu sekolah juga. Sampailah atok opah Aqil beli rumah lain kami pun berpindah ke kawasan baru. Tapi masih di Ipoh jugalah tak keluar kemana pun. Huhuhu!

Tiba-tiba tergerak hati kami nak bawa Aqil jenguk sekolah lama kami. Sekolah Menengah Kg Dato Ahmad Said di Ipoh. Bila nampak je tembok sekolah terimbau kenangan lama. Ayah dengan ibu bukanlah bercinta dari zaman sekolah. Kami tak pernah tahu pun kewujudan masing-masing waktu tu. Kiranya ayah dengan geng dia ibu dengan geng ibu. Ayah dengan secret admire dia ibupun dengan secret admire ibu. Muahahahaha! Cari hal ibu?! Opsssss!!

Macam mana boleh jatuh cinta bertemu balik?! Panjang ceritanya. Tapi rasa macam tak sesuai lah nak cerita dekat sini kot. Sebab cerita cinta kami ni kalau dikenang dah macam cerita dongeng pun ada. Ngeheeee!! Yang pasti kami bercinta selepas keduanya berkerja. Ayah kerja di Rawang ibu pula di Ipoh. Jodoh kan?! Jodoh itu rahsia Allah swt. Tak semestinya kita berkawan bertahun-tahun itu adalah jodoh kita. Mungkin ia bukan yang terbaik maka diambilnya dan digantikan dengan yang lebih baik lagi. Alhamdulillah! ;) 

Selepas beberapa bulan mengenali ayah Allah swt bukakan pintu rezeki ibu. Dapat menjawat jawatan bawah-bawah jer di Jabatan Polis DiRaja Malaysia. Mulanya ayah risau nak lepas kan. Ayah takut ibu kena sambar dengan abang polisi kot. Kihkihkih! Tapi nak buat macam mana. Cinta ku pada mu hanya pada mu. Bluerkkkkkk! Ok korang nak muntah yer?! ;,)

Itulah sikit sebanyak kisahnya. Tak adalah menarik sangat tapi bagi ibu ia cukup menarik untuk ibu kenang sepanjang hayat. Jadi kesimpulannya, mungkinkan jodoh Aqil pun rakan sekolah dia juga?!!! Jeng! Jeng! Jeng! Kita tungguuuuuuu!! Wink! Wink!


Ambil kesempatan yang ada..
Bergambar dengan anak dekat tembok sekolah..
Aqil ni kan kalau bergambar dengan ayah posing bukan main..

Kalau bergambar dengan ibu..
Huh!!!!
Itu ler dia gayanya..
Dah macam terpaksa ajer.. 
Sobsssssss!!
Yang
Penting gambar kami berdua..
Maintain manja gitu..
Muahxxxxxx!!
-sEkIAN-
Bila dikenang-kenang rindu rasanya nak kembali ke zaman persekolahan. Zaman yang paling best. Paling enjoy. Paling tak banyak fikirkan masalah. Pegi sekolah balik sekolah kayuh basikal lepak rumah kawan terus lajak mandi sungai. Hah!! Elok sangatlah perangai tu. Huhu!!

Post a Comment

22 Comments

  1. memori indah .... lama dah tu kenal ...dr tadika tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi
      Masa tu kenal gitu2 je..
      Dah lupa pn risik punya risik baru tau upanya kami satu tadika.. ;)

      Delete
  2. zaman sekolah mmg syok kan.. sy pun dulu bertemu time sekolah. tp masing2 la dengan geng masing2. hehehehe.. tu anak ibu.. mmg mcm paksa rela jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kalo bergambar dgn ibu dia mmg paksa rela..
      Geram!!! Hihihi

      Delete
  3. as-salam ina...
    sori bru smpt ke sini.. dh lma x bw ni ina.. update pom sesekali..

    mgimbau knangan gitttu..betul tu ina, jodoh tu rahsia Allah.. bila dikenangkan..kdg2 x sangka kan.. sesungguhnya, disebalik ujian utk kita..Allah SWT hadirkan seorg lelaki yang betul2 blh kita sandarkan disaat kita kesakitan & sedih..syukur Alhamdulillah.. krn dikurniakan jodoh y terbaik utk kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah!!
      Syukur Lya..
      Jodoh tu rahsia Allah kn..
      Lya jaga kesihatan ye..
      Ina pn skrg baru curi2 masa berentry bw blk..

      Delete
  4. As salam Ina...
    Kenang² balik, zaman sekolah memang best... Tapi masa nak melalui zaman tu macam tak best je waktu tu...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pn sis masa tu rasa x sabar nak cpt abeh skolah..
      Hi3!!!

      Delete
  5. wahhh dari zaman tadika lagiiii...jodoh ko ngan laki somi pjg namanye tuh..hehehe..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Zaman plg best x bnyk fikir hal dunia..
      Cuma fikir kena belajar belajar belajar..
      Hi3!!!

      Delete
  7. jodoh tu mmg rahsia allah kan.. kt sebagai hambanya ni kenalah percaya, terima, redha .. sy doakan awak kekal hingga ke jannah...

    ReplyDelete
  8. hehe..memang sweet..sape sangka jodoh sebenarnya ada je depan mata..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah panjang jodoh akak suami isteri kan..
    semoga bahagia hingga ke jannah.aamiin

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.