Advertisement

Main Ad

Throwback Umrah 2014 Part 1..

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera..
Throwback Umrah 2014 Part 1

Cerita lama tapi masih tetap nak ceritakan juga. Umrah kami yang pertama dan mudah-mudahan ia bukanlah yang terakhir buat kami sekeluarga. In shaa Allah! Tahun lepas ada ibu ceritakan sedikit cerita tentang umrah kami. Entry pertama, kedua dan ketiga selepas itu tiada lagi cerita tentang perjalanan, pengembaraan penuh kegembiraan dan rasa syukur kami. Ibu berhenti disitu saja. Sayang sungguh rasanya jika tidak ibu abadikan kenangan indah kami disini. Terlebih dahulu ibu mohon maaf kerana perkongsian ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau riak. Sekadar perkongsian yang diabadikan di blog picisan ibu ni.

Ibu nak ceritakan tentang perasaan ibu di awal kami tiba disana. Risau! Bimbang! Teruja! Takut! Kagum dan macam-macam lagi perasaan yang bercampur. Selalu kita dengar ada orang yang bercerita tentang macam-macam kejadian disana. Kejadian yang menakutkan ada juga kejadian aneh dan macam-macam lagi. Ibu hanya mampu berdoa dan harapkan yang baik-baik saja. Yang ibu lebih risaukan adalah si bulu mata lentik kami. Waktu kami ke sana umur Aqil baru 6 tahun. Masih tak tahu banyak benda lagi. Ibu beranggapan dia tak akan dapat nak membiasakan diri dengan keadaan dan jadual kami disana nanti. Sedangkan di rumah pun nak gerakkan dia bangun pagi bukan mudah. Macam mana bila ada disana nanti. Subuh disana bukan macam waktu Subuh disini. Subuh disana seawal 3 pagi dah bersiap sedia nak ke Masjid. Kalau lambat alamatnya solat diluar lah jawabnya. Penuh usah cakaplah.

Kami sampai di Madinah awal pagi. Hanya beberapa jam saja masa untuk kami berehat dibilik hotel sebelum masuknya waktu Subuh. Bayangkan seharian kami penat bila sekali dapat baring selesa dalam bilik hotel macam manalah Aqil nak banguh solat Subuh nanti kan?! Mesti jenuh ibu ayah nak kejutkan dia. Risau! Atok dah cakap awal-awal kalau lambat korang tinggal. Opah pula tak bagi ibu kejutkan Aqil katanya kesian biarlah dia tidur penat sangat tu. Nampaknya ayah sajalah yang berpeluang solat berjemaah buat pertama kali di Masjid Nabawi. Sebak!!! Dalam hati ibu tak putus doa dan berharap mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya.

Elok saja jam loceng menjerit ibu pantas bangun. Ayah orang pertama ibu kejutkan. Ibu mintak ayah cuba gerakkan Aqil kerana ibu masih berharap dapat turut sama solat Subuh di masjid. Alhamdulillah! Allah maha berkuasa. Apa yang kita minta walau terdetik hanya didalam hati dia maha mendengar. Sekali kejut saja. Aqil Naim buka mata seluas-luasnya. Hati ibu berbunga-bunga. Terima kasih Allah kerana kau memudahkan segalanya. Aqil bangun dengan penuh semangat. Opah pun terkejut kerana kami nampak semangat Aqil lebih tinggi dari kami yang dah berusia. ;,)
Subuh itu. Subuh pertama kami di Masjid Nabawi. Subuh pertama kami yang penuh syahdu. Subuh yang penuh memori indah. Subuh kami di tempat yang paling mustajab untuk kami memohon, merayu dan meminta. SubahanAllah!!!


Muka monyok juga tapi dia tak banyak hal..
Dia ikutkan saja..
Baiknya anak ibu ayah ni..
Muahciked!!!!
Sampai je dalam sementara yang lain mengaji dan berdoa..
Aqil Naim..
Tidur kejap lah ibu mengantuk!!
Hahahaha!!
-sEkIaN-
Nota Si Jari Runcing ~Atok pesan pada ibu sebelum kami berangkat kesana.. Minta yang baik-baik.. Fikir yang baik-baik.. In shaa Allah! Yang datang nanti semuanya yang baik-baik sahaja.. ;)~

Post a Comment

22 Comments

  1. seronok nya sis... teringin nak jejak kaki kat sana belom kesampaian lagi. Semoga sis sekeluarga murah rezeki boleh pergi lagi

    ReplyDelete
  2. alhamdhulillah..
    betullah pesanan ibu..doa yg baik2..ingat yg baik2..keptusanya nanti yang terbaik..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dpt jd tetamu allah...parent kita br juga blk last 2weeks

    ReplyDelete
  4. Alhamdullillah..dah pernah jadi tetamu Allah.. doakan kami plak dapat peluang ke sana

    ReplyDelete
  5. bile la turn aku nak ke sana babe..teringin sgt nak gie sana....

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. seronok baca... tak sabar nk bc entri seterusnya. smg jue pn dpt peluang ke sana satu hr nnt.. insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin!!! Ya rabb!!
      In shaa Allah ada rezeki jue sekeluarga nnt.. ;)

      Delete
  7. Allahuakbar! seronok nyer .. tak sabar nak baca next entry..berbunga bunga hati baca cerita org pegi balik umrah nie.

    ReplyDelete
  8. Ya Allah, memang nak kesana sangat...mesti usaha bebetul ni

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..rezeki ina & sekeluarga..
    aqil pon sgt2 beruntung, dpt jejak kaki seusia muda lagi..
    hrp2 ada juga rezeki lya 3 beranak nk kesana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah lya..
      Doakan baik2..
      In shaa Allah sampai masanya nnt ya..

      Delete
  10. alhamdulillah reezki awak dapat jejak kaki ke sana ... moga satu hari nnt sy pun dapat jejakkan kaki kesana jgk.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.