Advertisement

Main Ad

Bila dah terlampau penat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Bila dah terlampau penat..
Mula tahun ni setiap hari Isnin malam Selasa..
Mula pukul 8-10 malam Aqil ada kelas tuition Visi Math..
Jadi jadual pengendalian masa dia untuk hari Isnin sangat padat..
Sekolah kebangsaan tamat pukul 6.30 petang..
Aqil bukan jenis yang cepat-cepat aka kelam kabut nak balik..
Kalau ibu ni jam lagi 15 minit pukul 5 ptg dah get ready beg semua..
Punch kad lagi 2 minit dah tersadai tepi mesin punch dengan kad siap-siap cucuk..
Bunyi je mesin punch mengelupur tekan kad..
Bahahahahaha!!
Buruk perangai ibu nih..
Aqil jenis slow and steady..
Macam ayah..
Sebijik ikut ayah..
Bak kata ayah dia Aqil tak kelam kabut macam ibu..
Cehhhhhhh!!
Jadi 6.30 waktu belajar habis tunggu dia turun dari tingkat paling atas ke pintu pagar..
Mengambil masa hampir................
10-15 minit..
Perghhhhhhhhg!!
Boleh pulak dia jalan melenggang kangkung di tepi paya..
Mengendong beg berat ben 10 dia..
Hurmmmmmm kesian Aqil..
Beg budak-budak ni berat sangat kan?!
Padahal dah ikut jadual waktu tu..
Kesian dekat deme bdn halus-halus beg besar gedabak..
Ok pung pang pung pang siap mandi semak homework yang hari-hari ada tu..
Gedebak gedebuk!!!
Dah 7.30 get ready pegi hantar dia tuition pulak..
Perjalan dari rumah ke tempat tuition dalam 15-20 minit..
Ngam-ngam sampai sana pukul 8..
Aqil pun mula lah sesi belajar Math pula..
Dalam masa menunggu dia 2 jam tu..
Tiap-tiap minggu lah kami berdua dating makan dekat gerai Ikan Bakar KK Road..
Betul-betul dekat sebelah bangunan tempat tuition Aqil tu..
Duduk lah kami laki bini sampai kebas bontot..
Sambil makan-makan berdua.. ;)
Tepat pukul 9.30 kami gerak untuk jemput si bulu mata lentik tu balik..
Turun je dia dari kelas bukan main happynya..
Macam tak penat je ibu tengok..
Masuk dalam kereta mula ibu bersoal jawab..
Dan jawapan standard dia..
"Semua ok ibu.. Matematik bestttttt.."
Alhamdulillah!! ;)
Dalam pukul 10.30 sampai rumah tang tung tang tung pukul 11 baru lah kami semua letak kepala..
Masa untuk tidur..
Ibu (",)
"Aqil baca doa tidur......."
Aqil Naim (",)
"Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar"
Erkkkkkkkkkkk!
Mamai ler tu..
Tak sampai 5 minit.........


Lena sunggu dia..
Penat sangat agaknya..
Sampai mamai suruh baca doa tidur..
Doa makan yang dia baca.. ;,)


Kesian anak ibu..
In shaa Allah!!
Ibu ayah doakan moga Aqil mendapat ilmu yang bermanfaat..
Aamiin!!
Tidur lah sayang..
Esok nak berjuang lagi..
Cewah!!!!


Esoknya..
Macam biasa setiap pagi..
Dialah yang paling ceria..


Anak bujang ibu..
Nampak sangat dah "bujang" bukan "baby" lagi ye..


Jangan nak perasan awak tu baby lagi yer Aqil Naim..
Tengok gaya tu..
Cubalah duduk elok-elok sikit..
Sopan sikit..
Duduk terkangkang kenapa anak oiii..
Ini orang tengok tak jadi buat menantu..
Ahaks!!!! 

-sEkIaN-

Bila difikir balik tegas sangat ke ibu ayah dalam mendidik Aqil.. Kami ni memaksa dia sangat ke.. Risau juga takut dia tak mampu nak pikul.. Bila tengok dia ok ibu harap sangat dia boleh terima jadual yang kami siapkan.. Demi masa depan dia.. Yang penting sebelum buat keputusan ibu dah tanya Aqil dulu.. Sanggup tak?! Suka tak?! Nak tak?! Dan jawapan dia "Saya suka.. Saya nak janji balik tuition ibu belikan ayam goreng Mc'D untuk saya.." Huh!!!! Ada je jawapan kamu yer..

Post a Comment

4 Comments

  1. umah ni paling lewat light off kul 10. masa padat sangat la depa kan. ksian plak nengoknya.

    ReplyDelete
  2. Samalah...Haziq pun balik sekolah..blm sampai rumah dah terlelap dlm kereta.. tp ni dah minggu ke 3.. semalam balik sekoalh.masih boleh siapkan homework & main2 lagi..tp before 10pm dah kena masuk tido...kalau tak..esok nagis penat.. x cukup rehat katanya

    ReplyDelete
  3. kadang2 kesian tengok jadual budak sekolah sekarang. pagi petang siang malam dengan aktiviti belajar.. kita dulu balik sekolah.. masih ada masa nak main. malam buat kerja sekolah.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.