Advertisement

Main Ad

Last trip school holiday 2015 Cameroon Highland

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Last trip school holiday 2015 Cameroon Highland..
Ini memang betul kata orang dah nak terberak baru nak korek lubang..
Eh!!! Ada kena mengena ker?!
Macam tak kena jer pepatah tu..
Hikhikhik
Sebenarnya trip ni kami tak plan pun..
Cameroon Hihgland..
Satu tempat yang ayah cuba elakkan bila ibu ajak kesana..
Kenapa?!
Macam-macam alasan dia bila diajak ke sana..
Tempat tanah runtuh lah..
Jalah dia bahaya lah..
Musim hujan lah sekarang ni..
Tayar kereta tak elok nak pegi sana..
Bla! Bla! Bla! Bla!
Huh!!
Padahalnya dulu-dulu sana lah tempat honeymoon kami lepas nikah..
Alahai!! Ibu oiiii orang lain honeymoon oversea kot..
Ibu pegi Cameroon pun nak kecoh bagai bagitau satu dunia.. ;p
Tak apa lah kan ini blog picisan kami..
Biar kan saja ibu abadikannya disini..
Ok jom sambung..
Jadi hari Ahad lepas sehari sebelum sesi sekolah 2016 bermula ibu asyik fikir..
Dah nak habis cuti sekolah tapi Aqil tak berjalan kemana-manapun..
Rasa kesian pula tengok budak itu..
Kalau dulu usah cakap lah..
Tiap-tiap minggu kalau ada je kelapangan masa dan duit lebih..
Ada je tempat-tempat yang kami terjah..
Fikir punya fikir..
Mula-mula ingat nak bawak si bulu mata lentik tu pegi Zoo Taiping..
Dia pun suka dengan haiwan jadi tempat yang paling dekat..
Zoo Taiping..
Jalan pun tak bahaya tak ada tanah runtuh.. ;p
Tapi ayah cakap nanti takut highway jeam..
Ramai yang ambil anak di kampung nak balik ke bandar sebab cuti sekolah dah tamat..
Dah sudah!!!
Dia dah mula cipta alasan dia.. ;p
Tengah kami breakfast makan capati dekat kedai mamak..
Ayah tanya Aqil dia nak kemana?!
"Saya nak pegi Cameroon Highland ayah!" ;)
Ibu dah senyum-senyum..
Akhirnya ayah cair dengan pujukan lirikan mata anak bujang dia..
Habis je breakfast ayah terus pecut mendaki puncak Cameroon..
Maka bermulalah trip singkat kami hari tu..
Lama kami tak kesana dekat dua tahun dah kot..
Mana tak ibu yang terover excited..
Aqil Naim rileks jer dia.. ;)
3/1/206 @ Cameroon Highland..
Persinggahan pertama kami..
Cameron Valley..


Steady je anak bujang kitorang ni..
Tapi dalam steady dia tu jenuh juga nak melayan bokbek mulut dia tu..
Dari bawah tak berenti bercakap..
Dulu masa waktu dia baby dia diam je ikutkan jer..
Sekarang macam-macam bebelnya..
Ibu dah sampai ke belum..
Kenapa lama sangat..
Ibu mana cactus..
Adoilah!!
Selagi tak sampai duk tanya bila nak sampai..


Destinasi pertama kami..
Cameron Valley..
Panjat atas tu tak sah kalau tak singgah sini..
Harus singgah!!
Tempat kesukaan Aqil Naim..
Yeke?!!
Bukan ibu yang suka sangat ke sini ke?! ;p


Kedua hero cinta hati ibu..
Umakaihhhhhh!!
Aqil Naim awak nampak tinggi lah.. ;)


Kalau dulu-dulu suka sangat dia makan strawberry cheese cake kat sini..
Tapi sekarang diorang dah tak jual dah..
Kek tu dah lama tak ada kot..
Nampak sangat lama dah kami tak kesana..
Akhirnya Aqil pilih TIRAMISU..
Ibu biasalah order teh tarik..
Ayah teh tarik masala.. ;)


Tengok dia kalau dapat benda yang dia suka..
Tak toleh kiri kanan lagi dah..
Tak ajak ibu ayah pon..
Dia makan sorang..
Huwaaaaaaaaaaaaa!!


Ikutkan ini ibu punya..
Donut Eskrem..
Ibu makan sikit jer..
Ayah pun dapat rasa sesuap..
Yang lain semua Aqil bedal..
Haishhhhhh!


Lepas makan si Aqil ajak ayah nya turun ke bawah..
Rasanya ada dalam entry lama ibu gambar dia dengan ayah jalan berdua macam ni..
Waktu tu dia kecik lagi..
Nantilah bila ada masa ibu selongkar balik album lama kami.. ;)


Jom turun ayah..
Meh Aqil pegangkan tangan ayah..
Hati-hati ye ayah..
Abeh ibu ni macam mana?!!!
Huh! Ibu turun sendiri..
What?!!!
Grrrrrrrrrrrrrr!!


Bergambar kenangan berlatar belakangkan ladang teh menghijau..
Cantik kan?!!
Tenang je rasanya mata memandang..


Gambar yang paling ibu suka..
Tangkap guna hp jer..
Jadi lah asalkan ada gambar kenangan kan?!


Gambar gedik laki bini..
Tutup muka maluuuuuuuu!! ;D


Aqil bersama heronya.. ;D
Terima kasih ayah!
Bawak Aqil dengan ibu panjat Cameroon.. 
Muahciked!!!


Sebenarnya masa snap picca ni Aqil dah cuak..
Dia penggeli orangnya..
Dia cukup geli bila dekat dengan daun-daun teh tu..


Kalau datang sini tak bergambar dekat daun-daun teh ni tak sah..
Suka sangat ajak Aqil bergambar macam ni.. :D


Jom Aqil kita posing sikit..
Peace!!!!
Ngeheeeeeee!!


Sebelum pegi tempat lain bergambar kat celah batu pulak..
Tengok ler tu gaya anak bujang kitorang tu..
Mengadap-ngada sekarang..


Macam-macam aksi gaya dia buat..
Tak merasa lagi dah nak bergambar skema macam dulu-dulu..
Huhuhuhu!


Ibu ajak posing..
Itu gaya yang dia bagi..
Hentam jer lah sayang..


Aqil geli nak pegang batu macam ibu..
Suruh posing macam ibu..
Gitu gaya dia..
Adoilahhhh!!


Picca terakhir dari kami..
Taraaaaaaaaaaaaaaaaa!!
Pengantin lama honeymoon.. ;p
Gambar pertama kami berdua yang ditangkap Aqil Naim..
Dah boleh harap dah jadi camera boy kami ni nampaknya.. ;)
Oklah nanti sambung lagi gambar kat tempat lain pulak..
Ibu dah penat mengedit gambar..
Zaman dulu tahan duduk lama-lama edit gambar taip entry..
Sekarang cepat je rasa lenguh belakang sakit pinggang segala..
Yelah dah tua kan?!
Bahahahahaha!!

-sEkIaN-

Bila ibu selak entry lama rupa-rupanya selang dua tahun baru kami panjat Cameroon.. 2011.. 2013.. 2015.. Huh!! Selang dua tahun nampaknya lepas ni ada rezeki panjang umur lagi dua tahun ler kami panjat Cameroon lagi agaknya yer ayah.. Hihihihi! Erkkkk!! Tahun 2017.. Phewwwwwwww!!

Post a Comment

3 Comments

  1. beshhnya ina... teringin nk pergi jugak.. fasya siap dh buat tabung cameron lg.. klo diizinkan kesihatan y baik, mmg plan thn ni nk pnjat CH..tp xtau lah tcapai atau tak..

    nanti 2017 la panjat plok ina.. hehe

    aqil dah nampak besar sgt..cpt betul ank kita besarkan ina.. huhu..sedih la plok..

    ReplyDelete
  2. bestnya. teringin nak pi Cameroon Hihgland..tapi en hubby lak tak suka tempat sejuk2. dia suka pi pulau. tak pe.nanti nak paksa dia ke Cameroon Hihgland.haha

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.