Advertisement

Main Ad

Lega rasa hati

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..

Alhamdulillah!! Sebelum ibu nak ceritakan tentang masalah Aqil semalam hati ibu berkata-kata. Boleh ke ibu ceritakan pada umum tentang masalah dia tu?! Kalau ada yang komen negatif macam mana?! Apa pula kata mereka tentang Aqil?! 

Dalam Wikipedia ada info tentang Diskleksia yang bukannya satu penyakit tapi merupakan satu gangguan dalam pembelajaran. Mereka juga bukannya menghadapi kecacatan. Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas Disleksia. Masalah ini boleh dirawat secara terapi untuk meningkatkan kemahiran liguistik, berfikir dan sosial.

Ibu dan ayah dah berbincang dan kami sepakat untuk merujuk masalah "lambat" Aqil kepada yang lebih pakar. In shaa Allah! Doakan Aqil Naim ye semua. Besar harapan kami untuk lihat perubahan Aqil Naim. Ibu dengan ayah yakin masalah Aqil boleh diatasi. Masih diperingkat awalkan?! 

Terima kasih pada sahabat-sahabat alamaya ibu atas kata-kata nasihat yang positif dari kalian. Alhamdulillah! Lega rasa hati.


Anak manja ibu dan ayah..
Satu-satunya..
Semoga urusan Aqil dipermudahkan..
Aamiin! Ya Rabb!

-sEkIaN-
Siapa yang tak risau bila sesuatu perkara tu berkait dengan anak kan?! Walaupun punya ramai anak, kerisauan tetap ada. Ibu risau sangat bila fikirkan masalah Aqil. Buat masa ni ibu usaha bagi makanan tambahan untuk Aqil "Chalips". Alhamdulillah! Bila dibagi arahan lebih daripada 3 arahan dalam satu masa Aqil boleh buat. Sebelum ini, nak buat satu arahan pun dia lebih suka termenung dulu. Bendanya tak berbuat-buat. ;,)

Post a Comment

12 Comments

  1. babe, ko take care tau..kalau boleh jgn terlampau sgt pikir sebab kesihatan ko pun kene jaga..tapi tuh la, ikutkan kite mak2 nie mmg xleh lari dr pikir masalah anak kan..semoga Allah permudahkan urusan ko beb..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengkiu sayang..
      Sayang ko sgt2..
      Itulah pasha..
      Kadang2 rasa cuba x nak fikir sgt..
      Tapi x bleh jgk..
      Hurmmmm!
      TQ dear, ko doakan kami yer..

      Delete
  2. inshaallah .... nanti cerita ye ... jgn risau .....

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah... setiap masalah pasti ade penyelesaian nye. yang penting kita usaha kan~
    caiyok2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah!!
      Masih awal lagi..
      Doakan yg terbaik yer..

      Delete
  4. Salam Ibu Salina,
    Aqil saya pun ada sedikit masalah Disleksia, setelah saya perhatikan beberapa tingkah laku dia yang lebih menjurus kepada simptom disleksia..macam susah nak tentukan kiri n kanan..pakai selipar terbalik sampai umur 6 tahun..tulis huruf J terbalik..dan lain lain..Alhamdulillah tapi tak teruk..kena selalu betul betulkan insyaALLAH ..Nanti Ibu cerita lagi pasal Aqil Naim ye.. terima kasih dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      In shaa Allah dear..
      Akan ibu ceritakan lagi..
      Aqil ibu plak sampai sekarang tak reti naik basikal dgn ikat tali kasut..
      Sedih plak rasanya..
      Sama2 kita bantu anak2 kita kan?
      Bg sokongan penuh pd diorg..
      Supaya x rasa rendah diri..

      Delete
  5. bole aje dear.
    lagi dpt pahala tau..org lain bole buat rujukan utk diri sndiri if anak ade tunjuk simptom2 yg tak kena.
    =)
    chaiyok ibu...
    aqil musti bole!

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah!
      Aqil boleh..
      Chaiyok!! Chaiyok! ;)
      TQ dear..

      Delete
  6. itulah sebaiknya ena.. kdg2 kt kna positif n redha terima apa2 perkara ttg ank kt.. n msti selesaikan serta cri jln y terbaik buat mrk..moga urusan aqil dipermudahkan.. in shaa Allah

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.