Advertisement

Main Ad

Masalah lambat menulis menyalin dan suka termenung

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
 
Cerita pasal Aqil Naim. Sebenarnya dari tahun lepas awal-awal dia masuk dajah 1 masalah ni dah timbul.. Cuma ibu berpendapat tak apalah Aqil belum biasakan diri dengan suasana sebenar persekolahan. Waktu darjah 1 dulu cikgu ada bagitahu Aqil punya masalah lambat buat kerja. Dia lambat menulis apa lagi menyalin semula dari papan hitam. Kata cikgu Aqil boleh buat latihan tapi bila disuruh menyalin semula dia lambat. Lebih suka termenung dan kadang-kadang mengusik kawan yang lain. Buku latihan dia jangan cakaplah. Untuk buku aktiviti masih ok lagi. Dia boleh buat. Bila tengok buku latihan mengucap ibu dibuatnya. Yang dia salin cuma hari, matapelajaran dan tarikh. Itu sahaja! Aduhai anak. Yang lain kosong. Kosong kosong kosong...
 
Bila masuk darjah 2 ibu harap benar ada peningkatan. Tapi baru-baru ni ibu sempat ber'whatsapp' dengan cikgu kelas dia. Kata cikgu, Aqil lambat buat kerja dia masih suka termenung. Aduh! Memang bila disemak buku-buku latihan dia ada yang dia tak habis salin. Cuma darjah 2 ni sedikit perubahan dari tahun lepas. Adalah jugak dua tiga baris soalan dan jawapan yang dia salin dan diakhiri dengan ayat gantung. Bila ibu tanya kenapa tak habis salin. Aqil jawab "owhh saya lambat tak sempat mereka dah padam...".. Hukhukhuk...
 
Dua minggu lepas Aqil bawa balik kertas soalan Ujian 1 dia. Untuk kertas 2 soalan subjektif BM dan Math keputusan Aqil tak bagus. Dia tak habis jawab soalan alasanya "masa tu cepat sangat..." Kertas soalan yang memerlukan Aqil menyalin semula ataupun buat cara kerja. Dia lambat. Lambat menyalin membuatkan dia tertinggal masa. Dia juga suka termenung. Entah apa yang difikirkannya. Itu yang buat ibu risau. 
Adakah Aqil punya masalah Disleksia?! Perlu tak ibu rujuk pada pakar kanak-kanak?! Ibu buntu..... Kalau tengok pada keputusan subjek lain tak ada masalah. BI Aqil dapat 90/100 (A) kertas subjek Bahasa Arab, Jawi dengan Pendidikan Islam pun dapat A. Cuma keputusan BM dan Math Aqil saja tak berapa bagus. Susah hati ibu.

Dipetik dari blog majalahsains.com..

Di antara beberapa ciri-ciri penghidap disleksia adalah seperti berikut :
1. Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.

2. Kebiasaannya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri pada sesuatu perkataan.
4. Sering mengalami kekeliruan dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu seperti “p” dianggap “q” dan huruf “b” dianggap  “d”.
5. Kerap berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding perempuan.
6. Kekerapan penghidap disleksia selalu terjadi di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan,  kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
7. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak meningkat dewasa.
8. Perhatian dan tumpuan senang terganggu dan gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja sehingga selesai.
9. Cenderung menjadi seseorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.

 

 
Lambat menulis, menyalin dan suka termenung..
Ciri-ciri Disleksia yang No. 8 ada pada Aqil..
Tapi itu saja setakat ni..
Dari sudut pembacaan dia dah lancar membaca..
Kalau menulis pula Aqil suka sangat menekan pensil..
Kadang-kadang sampai lenguh tangannya..
Perlu ker ibu rujuk dia pada yang lebih pakar?!
 
-sEkIaN-
 
Ibu risau bila dah masuk darjah 2 pun dia masih punya masalah yang sama. Ayah cakap mungkin Aqil jenis budak yang permulaan dia lambat tapi makin dia besar dia cepat. Kawan pejabat ibu pula cakap anak lelaki ni lambat matang tak macam anak perempuan. Lelaki jenis suka melengah-lengah. Tapi sekali dia tangkap dia ingat sampai bila-bila. Alahai! 

Post a Comment

12 Comments

  1. hmmm anak saya pun suka taks alin habis .. sbb byk main ....
    tp result exam ok ... byk A
    tak tahu nak ckp la ... tulisan pun masih cantik ...cikgu kelas dulu ckp normal .... mmg budak lelaki mcm ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah!
      Bijak dia..
      Agaknya lah bdk lelaki ni mcm2 peel..

      Delete
  2. salam ibu aqil, anak saya naufal tahun ni drjah 3. masa darjah 1 dan 2 dulu pon ada masalah yang sama. tapi al-hamdulillah, tahun ni naufal dah ada perubahan besar. dah mampu membaca sedikit demi sedikit. perkembangan naufal memang agak lambat, saya pun pernah risau macam puan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..
      Ibu harap sgt makin dia dewasa dia makin matang dan berubah..
      In shaa Allah!!

      Delete
  3. Salam Ina.
    mungkin Ina boleh refer pada pakar kanak2. if ade pape masalah kita dapat kesan dari awal dan amik tindakan yg perlu.
    kalo x de pape masalah kita x rugi kan~ kadang2 anak2 nih lain cara dia. cuma kita sebagai ibu nih kadang2 x paham kan~ hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg itu yang ina dengan suami rancangkan zura..
      In shaa Allah!
      X ada aral hujung bln ni kami nak rujuk ke pakar Paed..
      Doakan yer..

      Delete
  4. lya fhm sgt2 ttg kerisauan ina ni..lg2 dia satu2nya ank kt...
    bg lya, better refer pd y lbh pakar, sbb tkut dibiarkan akn jd mkin parah...
    fasya pon last year, dia lmbt jgk salin, sbb sbb dia salin soalan trs jwb..bila xleh jwb..fikir smpai leh jwb..mmg x smpat lah salin y lain.. lps tu lya bklkan 1 buku utk dia salin dulu semua soalan kt ppn hitam tu..lps tu bru dia salin cantik2 kt buku latihan n jwb soalan..alhamdulillah mjadi..

    utk aqil, better dptkan nasihat guru jugak apa y patut..maybe still blh dibantu atau kalau ina nk sedapkan hati better bwk jmpa pakar terus.. in shaa Allah..semua ni dpt diatasi,. dont worry ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ina dah pesan mcm2 Lya..
      Kadang hari2 pesan benda yg sama..
      Dia ttp juga kalau dia x termenung dia main..
      Aduhai!!!
      Susah hati Lya..

      Delete
  5. anak saya pun darjah 2 tahun ni. tahun lepas siap masuk kelas linus. tapi alhamdulillah saya selalu bagi dia suplemen omega dan lecithin. kedua2nya baik utk otak dan fokus. bolehlah cuba puan, boleh hubungi saya kita sembang2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa sekarang ina bagi dia makanan sunah Chalips..
      Baru dua mggu x silap..
      Nak tgk ada x perkembangan..
      TQ dear..
      Kalau apa2 nnt ina contact ya.. ;)

      Delete
  6. alahai ibu.zara pon kdg ada masalah ni..selalu.lmabt salin soalan kat papan hitam.huhu..tnye kenapa..die kata kwn ajal borak..pengsann mama dgt..T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah mama..
      Aqil pun sama..
      Bila tanya "Saya main... Sikit jer.."
      Itu jawapan dia..
      Ngeleng kepala ibu dibuatnya..

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.