Advertisement

Main Ad

Selfie

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Selfie..

"Sikit-sikit nak 'selfie'. Sikit-sikit nak 'selfie'. Macam lah cantik sangat muka tu. Selfie dengan laki, macam dia jer ada laki. Selfie dengan anak, orang lain pun ada juga anak. Tapi........." Bla bla bla! Itu pandangan dan pendapat masing-masing. Tak semua orang sama pandangannya walaupun warna rambut kita sama hitam hati lain-lain. Sebaiknya kita janganlah berburuk sangka. Bila tengok orang itu bahagia kita doakanlah yang baik-baik saja. Bila tengok dia ada itu dan ini, itu adalah rezeki dia. Sedangkan rezeki kita sudah Allah tetapkan yang terbaik. Janganlah kita cemburu pula. Eh! Kenapa dia ada aku tak ada laki dia bukan kaya mana bini dia bukan cantik mana. Apa-apa sajalah. Itu semua hasad dengki namanya. Buanglah jauh-jauh. Tidak baik dalam kehidupan bermasyarakat.

Apalah yang ibu nak bebelkan ni sebenarnya? Tak kan nak bebel pasal 'selfie' pula. Sebenarnya nak bagitahu yang ibu ni memang suka sangat ber'selfie'. Tak kisahlah apa orang nak cakap. Kadang-kadang awal pagi nak ke pejabat mood ibu tak berapa nak elok. Terutamanya hari Isnin. Jadi dalam kereta sebelum nak hantar Aqil ke sekolah ibu ajak Aqil selfie dulu. Naik bosan budak tu melayan kerenah ibu dia ni. Tapi tetap dilayannya juga. Bukan Aqil saja yang jadi mangsa, opah dia pun sama. Hahaha

Bila dikorek balik album dalam hp ibu ni memang melambaklah gambar-gambar selfie syok sendiri kami. Untuk hari ini kita layankan saja diantara koleksi selpi selpot kami ni yer. Hihihi




Selfie tiga beranak..
Ada yang cakap tak baik ambil gambar 3 orang..
Nanti ada yang meninggal dunia..
Bila fikir logik..
Mati itu pasti..
Tidak ada yang terkecuali.. ;)



Selfie ibu dan anak..
Dengan Aqil nak ajak ber'selfie' kena banyakkan bersabar..
Dapat tangkap gambar gigi kapak dia tu dah cukup baik.. ;,)




Selfie best friend forever..
Aqil ni bila ayah yang ajak selfie..
Punyalah dia kontrol macho..
Tak ada lah tergedik nak buat memek muka..
Kalau dengan ibu..
Huh!!!!



Selfie suami dan isteri..
Sila jangan kecam kami..
Ahaks!!!

-sEkIaN-
Minta maaf pada kawan-kawan yang bosan membaca bebelan ibu sejak akhir-akhir ini. Kadangkala bila rasa terlalu banyak yang ingin diceritakan namun akal dan fikiran tidak mengizinkannya. 

Post a Comment

2 Comments

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.