Tiga tahun yang tak tepu. Ibu mula berjinak-jinak dengan dunia blog ni sejak tahun 2010. Waktu tu ibu dengan ayah masih lagi PJJ @ perkahwinan jarak jauh. Bila cakap jer pasal PJJ ni. Macam-macam dugaan yang datang. Terutamanya dugaan yang datangnya dari hati. Hati isteri ni mudah sangat beremosi tambahan waktu PJJ tu dah ada anak seorang. Dengan ragam anak yang masih kecil tak berpeluang membesar ditemani seorang ayah. Hanya setiap dua minggu sekali barulah si ayah ada depan mata. Barulah berpeluang si anak dapat bermanja-manja. Bukan anak saja si ibu pun sama. Huwawawawa!
Ayah mula pindah balik ke Ipoh pertengahan 2010. Sebelum itu setiap dua minggu sekali hujung minggu ayah balik itupun setakat 2 hari setengah saja. Hukhukhuk! Waktu tu juga si Aqil pula jenis suka mengamuk. Melalak tak habis-habis. Ada je benda yang dia tak puas hati. Bila agak-agak ibu, opah atau atok tak dapat nak kawal keamukkan dia terpaksalah ibu buat 3G call. Nampak je muka ayah dekat screen hp. Terdiam terus. Tersengeh-sengeh tengok muka ayah. Eiiiiii rasa nak cubit-cubit jer. Ayah pula cakap "baik jer anak ayah tu...." Hah iyer, tak tengok waktu dia melalak tadi. Punya besar mulut dia boleh muat satu penumbuk tangan ibu ni. ;,)
Kenangan sungguh lah. Rindunya! Bukan rindu nak PJJ lagi. Tapi rindu "baby". Eh! Bukan maksud ibu nak baby lagi. Ibu bersyukur adanya Aqil seorang rezeki buat kami suami ister. Yang ibu rindukan keletah Aqil waktu dia baby dulu. Aqil sekarang dah tak suka mengamuk melalak lagi. Dia kalau mengamuk main campak mainan. Huh!!! Menguji kesabaran kami sungguh. Huhuhu!
Jadi sepanjang tahun 2010 - 2012 idea menulis melimpah-limpah dari kepala ni. Ada je cerita yang ibu bebelkan. Bila baca balik macam kelakar pula. Pasal luahan perasan hati sendiri pun ada. Termalu sendiri bila dibaca balik semua bebelan hati ibu tu. Kihkihkih! Tutup muka jap. Blushing! ;,p
Itu dulu sekarang ni nak taip 1 entry pun bercinta rasanya. Tepu otak dibuatnya. Ikutkan hati banyak sangat benda yang nak ibu tulis. Ada juga blog kawan-kawan lama yang dah tak aktif. Yang tak wujud ataupun di'private'kan pun ada. Bagi yang masih aktif tu ibu kagum dengan kalian. Ibu sendiri sekejap tenggelam sekejap timbul.
Baru-baru ni terfikir nak buat blog lain dengan domain baru. Wordpress ke. Tapi bila fikir balik sayangnya blog blogspot ni. Banyak kisah-kisah Aqil seringkas-ringkas kisah dia yang ibu abadikan dalam blog ni. Sayang! Akhirnya ibu batalkan saja niat hati ibu tu. Lagipun blog ini pun dah berapa puluh kali dinaik taraf. Daripada design carca merba hasil tangan sendiri sampailah ibu kenal dengan Whitey Mommy dialah yang menaik taraf blog ibu dari tahun ke tahun. Sayang mommy sangat-sangat. ;)
Eh! Panjang pulak bebelan ibu kali ni. Apa pasal?!!!! Rindu korang nak membebel macam dulu-dulu. Sobsssss! Doakanlah otak ibu ni tak tepu lagi dah. Sedih tau bila kita rasa nak bercerita tapi seolah-olah ianya tak terluah. Sakit nya didalam dada. Hanya DIA saja yang tahu. Wahhhhh! Kau bukan main lagi. Huhuhu! ;p
Muahciked love from Aqil Naim..
-sEkIaN-
Nak habiskan entry ni pun ibu mula draft dari malam dan sambung esok paginya pula. Hah! Korang tengok. Rajin tak rajin?! Huhuhu nak habiskan 1 entry pun jenuh bersambung-sambung. ;p
Aah sama lah kita.. Memang rindu nak aktif mcm dulu.. Tapi asalkan nak draft entry je tak tau nak susun ayat.. Tepu sungguh otak ni x mcm dlu.. Semoga mama eina selamat melahirkan yer.. Muah!!
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
5 Comments
hi, salam ziarah..eina plak tepu habis 2016 ni, dh pertengahan April dah, 2015 2016 paling menepu otak dan jari jemari..huhu,, sayang..
ReplyDeleteHope, keluar new baby nanti, mood rajin mai balik..
rindu saat aktif dedulu,,,wuuu
Aah sama lah kita..
DeleteMemang rindu nak aktif mcm dulu..
Tapi asalkan nak draft entry je tak tau nak susun ayat..
Tepu sungguh otak ni x mcm dlu..
Semoga mama eina selamat melahirkan yer.. Muah!!
skrg pun dah mula berblog..kipidap...jgn terus diam pulak hahahah lagi tepu ler hehe
ReplyDeleteItulah pasal..
DeleteKo ada ubat x nak bg tak tepu?!
Meh share ngan aku el..
Rindu kat ko..
Ko aktif giler suka aku tgk..
Muahxx!!
huhu..samalah dgn lya..rindu sgt2 asya msa kecik..bila tgk n3 lama..kdg2 nk mnngis..ketawa..mcm2 rsa ada..
ReplyDeletesamalah..msa wktu ank mbesar...n3 byk sgt ttg dia..
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.