Advertisement

Main Ad

Keluarga bahagia itu adalah rezeki

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..

Alhamdulillah! Syukur Ya Allah! Keluarga bahagia itu juga adalah rezeki. Bukan hanya setakat wang ringgit atau kekayaan harta semata-mata. Keluarga adalah harta yang tidak sama nilainya dengan kemewahan dunia. Mungkin rumahnya kecil namun isi dalamnya cukup saling melengkapi diantara satu sama yang lain. Perhatian serta kasih sayang yang diberikan tidak pernah kurang. Segala rasa kasih dan sayang dicurahkan sesama mereka. Jadi nikmat apa lagi yang mahu kamu dustakan?!

Jangan kita hanya memandang luaran kemewahan seseorang yang hanya nampak dimata kasar. Kerana hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang melaluinya. Sebagai manusia yang menjadi penumpang di bumi Allah swt ini doakan sahaja kebaikan buat mereka. 

Apalah yang ibu membebel panjang lebar ni?! Hihihi! Tujuan asalnya ingin berkongsi cerita tentang sambutan hari lahir anakanda kami yang ke 12 tahun. Kiranya sambutan secara 'officially' sekeluarga, hanya Pak Su saja yang tidak dapat turut serta kerana kekangan kerja.

Aqil Naim 'request' nak makan Thai Style Fried Rice - Secret Recipe. Memang menu kegemaran dia. Awal-awal lagi dia bagi amaran yang dia tidak mahu berkongsi dengan siapa pun. Memang sejak selepas bersunat selera makannya menjadi-jadi. Kalau dulu semuanya kami berkongsi. Kalau tidak berkongsi dengan ayah dia akan berkongsi dengan ibu. Tapi sekarang satu menu untuk dia seorang sahaja. Tak kisahlah sayang asalkan makan sampai habis jangan membazir. Membazir itu amalan Syaitan.

Jadi kami tunaikanlah permintaan si anak kesayangan kami nak makan di Secret Recipe. Kek dia tak mahu sebab minggu lepas sebiji kek itupun dia tak habis terpaksa kami bawa ke rumah opah chepor a.k.a bonda mertuaku, dapat juga dikongsi dengan sepupunya yang lain. Alhamdulillah! Kita berkongsi rezeki yang ada.

22/2/2020 @ Secret Recipe
"Every picture has a story to tell"

























Alhamdulillah! 
;)

-sEkIaN-

Terima kasih ayahbonda kerana sentiasa ada bersama kami semoga kalian sentiasa sihat dan bahagia.. Aamiin Ya Rabb!

Post a Comment

0 Comments