السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Apa kabar semuanya?! Apa aktiviti kalian cuti hujung minggu macam ni?! Bagi surirumah yang bekerja sudah tentu cuti-cuti hujung minggu seperti ini kita habiskan masa untuk menyelaikan segala kerja-kerja dirumah kan?! Memasak itu sudah tentu. Sudah selesai memasak giliran mengemas rumah lah pula. Itu belum lagi bab mencuci kain baju apa lagi nak melipat dan menggosok baju sekolah anak-anak termasuk baju kerja untuk suami dan diri sendiri. Itu baru tugas-tugas rutin belum masuk tugas-tugas tambahan lagi. Pokok pangkalnya kerja yang tak pernah habis dan tak akan habis. Bagi surirumahtangga sepenuh masa kerja merekalah yang paling mulia disisi Allah swt. Berbakti demi keluarga tercinta.
Untuk entry kali ini ibu luangkan sedikit masa untuk update melalui laptop ibu yang semakin berhabuk. Nak on laptop ini tadipun ambil masa untuk setting balik. Kalian tahu bila tarikh akhir ibu on laptop ni?! Bulan Mac 2010. Perghhhhhhhh! Lama sunggu dia terbiar tanpa belaian kasih sayang seorang ibu. Rasanya kalau manusia ni dah lari rumahlah jawabnya. Hahahaha!
Jadi bila menaip melalui laptop ni. Kepantasan jari-jemari halus ibu ibarat seorang penari balet yang sedang meliuk lentukkan tubuh badannya mengikut irama musik. Ewahhhh! Cuba kalian pejamkan mata dan bayangkan. Jangan terlelap sudah. Huhu!
Sebelum ini setiap entry ibu dari awal ibu mula menulis bulan Februari 2020 ini semuanya ibu gunakan hp sahaja. Malas sangat nak on laptop ni. Nak pasangkan wayar nak on wifi. Ibu rasa 'renyah' cerewet. Adakah mungkin ibu didalam fasa malas yang melampau?! Entahlah! Boleh jugalah kalau nak cakap ibu malas. Ibu rasa mudah hanya dengan mengadap hp yang kecil berbanding dengan laptop yang sedikit besar.
Lagipun untuk upload gambar-gambar dalam entry ibu ni semuanya menggunakan hp. Zaman kamera DSLR ibu dah berlalu. Kamera itu pun dah rosak dah lama ibu simpan dalam almari sahaja. Sedih pula rasanya sedangkan dahulu kamera itulah yang ibu bawa kemana ibu pergi. Mesti ada terselit dalam beg ibu. Pergi kerja pun ibu bawak. Sekarang kalau nak tangkap gambar hp lah jadi kawan yang paling akrab. Jadi lebih mudah ibu menulis entry melalui hp sahaja boleh terus upload gambar dari sana.
Ini bila ibu dah menaip entry dari laptop ibu terpaksa pula edit dan masukkan gambar guna hp pula. Dua kali kerja jadinya. Tapi tak apalah hari ini ibu terlebih rajin memandangkan laptop ni ibu tengok dah berhabuk sangat. Nasib baiklah dia boleh on lagi. Alhamdulillah!
Berhabuk laptop ibu kurang belaian kasih sayang..
Kesian dia yer.. ;(
Lepas selesai menaip satu entry panjang lebar macam ni..
Ibu simpan sebagai draft dahulu..
Off balik laptop simpan elok-elok..
Ibu capai hp..
Upload gambar pula..
Untuk menaip entry melalui hp ibu akan guna aplikasi BlogTouch..
Sangat mudah untuk kita mengaplikasikannya..
Tamat sudah bebelan ibu untuk hari ini..
Sampai kita bertemu lagi..
In shaa Allah!
-sEkIaN-
Pagi tadi ibu berpeluang 'blogwalking' ke blog kawan-kawan lama yang sama-sama naik menulis blog satu waktu dahulu. Tapi ada yang masih aktif menulis walaupun bukan setiap hari. Namun ramai juga yang telah 'private' blog mereka. Allah! Sama macam ibu sebelum ini. Tiga tahun lebih ibu kunci kemas cerita tentang keluarga kecil kami. Rasanya mesti ada yang telah melupakan kami. Rindunya pada mereka. Doa ibu semoga mereka baik-baik sahaja hendaknya. Aamiin!
0 Comments
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.