Advertisement

Main Ad

Tak takut ke?!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Tak takut ke?!
Tiga tahun ibu kunci kemas blog keluarga kecil kami ni..
Tapi sekarang menjelang 2020 ibu buka balik untuk bacaan umum..
Ibu tak takut ke ‘stalker’ lama datang balik?!
Biarlah dia nak datang..
Kalau datang setakat stalk saja tak apa..
Janganlah sampai ada rasa tidak senang di hati melihat orang lain bahagia dan gembira..
Apalah salahnya kalau kita saling mendoakan satu sama lain kan?!
Bukankah dituntut kita sesama Islam saling mendoakan saudara kita yang lain..
Doakan sahaja yang baik-baik..
Doa yang baik juga pasti akan dapat balasan yang baik..
In shaa Allah!
Cuma hidup lagi ke ‘stalker’ tu?!
Semoga panjang umurnya..
Aamiin! Ya Rabb! ;)
Kalau ikutkan keberanian ibu ni belum capai 100% lagi..
Bila mengenangkan sayang sangat rasanya blog ni terbiar macam itu sahaja..
Lagipun bukan niat untuk menulis cerita tentang orang lain..
Apa lagi cerita tentang isu semasa..
Ibu sekadar rasa rindu untuk menulis balik..
Menulis mengikut rasa hati untuk dijadikan kenangan..
Nak tulis diari rasa malas sangat sebab kerja di pejabat pun menuntut ibu menulis setiap hari..
Lenguh rasanya jari ni nak menulis diari..
Dengan tulisan tangan ibu yang tak cantik..
Hihihihi!
Jadi ibu beranikan diri untuk buka kembali blog kami untuk dibaca..
Ibu harap semua yang datang menyinggah di sini mendoakan yang baik-baik sahaja ya..
Semoga doa yang baik-baik juga buat kalian di sana..
Aamiin Ya Rabb!



Andai takut dilambung ombak..
Duduk sajalah di dalam rumah..
Yang gatal nak ke pantai tu kenapa?!
Hahahahahaha!

-sEkIaN-

Sendiri tulis.. Sendiri baca.. Sendiri gelak.. Sendiri ketawa.. Ibu menulis bukan untuk menaikkan viewer.. Andai tiada yang membaca pun tidak mengapa.. Ibu akan cuba usahakan supaya blog kenagan kami ini tidak terus terbiar begitu sahaja.. Itupun dah banyak entry lama-lama yang ibu padam..


Post a Comment

0 Comments