Harapan ibu tahun 2020 blog keluarga kecil kami tidak sunyi seperti beberapa tahun yang lepas..
Tiada apa yang menarik sangat pun untuk ibu kongsikan di sini..
Hanya sekadar ingin mengabdikan kenangan yang ada..
Kita tidak tahu berapa banyak lagi masa yang tinggal untuk bersama insan-insan tersayang..
Sejak dua menjak ini terlalu banyak kita dengar berita tentang kematian..
Semuanya kematian yang mengejut..
Sewaktu dalam tidur..
Tidak kira berapa usia mu..
Tahap kesihatan mu..
Kecil besar saiz tubuh badan mu..
Andai sampai masanya tidak lambat dan cepat walau sesaat pun..
Itulah janji Allah dan rahsia besarNya..
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un
Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah swt..
Serta ditempatkan disisi hambaNya yang beriman..
Aamiin Ya Rabb!
Pada 26/2/2020 yang lepas ayah Aqil kehilangan seorang sepupu lelaki yang rapat dengannya..
Membesar dari kecil bersama-sama..
Terlalu banyak kenangan yang mereka cipta..
Namun kehendak Allah swt arwah dipanggil dahulu..
Perginya secara tiba-tiba..
Stroke Hemoragik pecahnya salah satu arteri dalam otak..
Disebabkan tekanan darah tinggi dan tidak mahu mengambil ubat mengikut jadual yang ditetapkan..
Kes tak suka makan ubat..
Bukan malas selang seli makan ubat lagi dah..
Ini masuk kategori tolak ubat sepenuhnya..
Kesannya amatlah merbahaya..
Berusia 41 tahun anaknya yang paling bongsu baru sahaja habis pantang.. ;(
Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah swt..
Al-Fatihah!
Kita tidak pasti bila ajal datang mendekat.. Semoga kita diakhiri dengan Husnul Khotimah.. Perbanyakkan bekal amalan kita.. Kurangkan dari berbuat dosa kerana dari sekecil-kecil ia boleh menjadi sebesar gunung yang tinggi..
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
2 Comments
welcome mac
ReplyDeleteWelcome Mac..
DeletePlease be nice to me.. Hihihi
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.