Advertisement

Main Ad

UPKK2019 8A Penutup Tirai Sekolah Rendah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..

Alhamdulillah! Pertama sekali ibu panjatkan rasa syukur kerana dengan izin Allah swt hari ini pihak Sekolah Agama Rakyat Aqil Naim berjaya mengadakan majlis bagi meraikan kejayaan cemerlang pelajar tahun enam yang telah mendapat keputusan membanggakan bagi Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun lepas. Walaupun ia majlis tidak formal hanya “drive thru”. Murid-murid berbaris mengambil anugerah, bergambar seketika dan pulang. Namun ia tetap sebuah penghargaan menjadi kenangan yang indah untuk kami kenang. Kita semua sedia maklum, disebabkan Pandemik Covid19 yang sedang dihadapi sekarang ini untuk tahun 2020 tiada UPSR mahupun Ujian SRAI bagi pelajar tahun enam diseluruh Malaysia. Ibu dan ayah redha kerana kami tidak dapat melihat pencapaian mu selama enam tahun kamu di sekolah rendah. Bagi ibu ia bukanlah kegagalan kerana setiap yang berlaku ini ada hikmahnya.

Saat ibu melihat kamu menerima anugerah tadi, hampir sahaja air mata ini mengalir. Ibu terbayang saat hari pertama ibu menghantar kamu ke sana demi mencari ilmu sebagai bekalan. Sejak dari kamu didalam rahim ibu lagi Sekolah itu menjadi pilihan ibu. Ibu yakin disana kamu akan mencapai kejayaan. Alhamdulillah! Allah swt makbulkan doa ibu dan ayah.

Aqil Naim seorang anak yang terang hatinya. Tidak suka menonjolkan diri. Lebih suka menyendiri dari berada didalam kelompok yang ramai. Tidak punya ramai kawan rapat. Banyak memerhati daripada bercakap. Sering membuat guru-gurunya risau dan bimbang. Malah disebabkan sifatnya itu menjadikan ibu tidak yakin dengan keupayaannya.

Lambat!
Rendah diri!
Tidak suka menonjol!
Tiada respond!

Sampaikan cikgu merasakan Aqil Naim ini faham atau tidak apa yang mereka ajar atau terangkan. Itulah dia sifat anak ibu. Satu-satunya anak ibu dan ayah. Setiap kali perjumpaan ibubapa di sekolah. Ibu dan ayah dapat menjangkakan apa yang akan cikgu katakan pada kami. 

“Aqil Naim tak ada masalah lain cuma dia LAMBAT...”

“Aqil Naim tak ada respond kalau dia kata dia tak nak buat memang dia tak akan buat latihan tu puan...”

“Saya tak tahu nak bagi tahap antara 1-5 sebab setiap kali aktiviti berkumpulan Aqil Naim mesti duduk diam saja...”

Ibu diam. Ayah pun diam. Kami berdua membisu tanpa kata. Terkebil-kebil mata ibu memandang cikgu kelas Aqil. Dari tahun pertama hingga ke tahun enam “AQIL NAIM LAMBAT” tak pernah lekang ayat itu meniti dibibir cikgu Aqil. Mereka semua bimbang Aqil akan ketinggalan. Paling membimbangkan mereka disebabkan kelemahan Aqil itu kamu gagal mempertahankan keduduk didalam kelas. Kerana dihujung bicara cikgu akan katakan “Aqil Naim lambat tapi dia boleh jawab soalan dengan betul cuma bila lambat jawab dalam peperiksaan banyak soalan yang tinggal tak dijawabnya...” Aduh! Ibu tepuk dahi. 

Namun hari ini apabila ibu melihat kamu menerima anugerah diatas kecemerlangan mu itu membuka mata ibu. Anak ibu sukakan persaingan cuma tidak suka bersaing secara sengit. Lebih kepada slow and steady atau low profile. Setiap kali ibu cabar agar kamu usaha dengan lebih baik, kamu sahut cabaran ibu itu tanpa kamu menjawabnya dengan kata-kata. Kamu hanya menggangguk tanda faham. Tapi tahu tak Aqil, bila setiap kali kamu pecut di saat-saat akhir begini macam hendak luruh jantung ibu dibuatnya. ;)

Tahniah Muhammad Aqil Naim, si bulu mata lentik ibu yang dah tak berapa nampak lentiknya sebab bercermin mata. Katanya “Ibu! Saya nampak lagi handsome kan pakai cermin mata...” Aduh! Ibu tepuk dahi lagi sekali. Hahaha!

Of course lah anak ibu handsome. Sentiasa handsome di mata ibu. Sebak! Anak ibu dah dewasa. Makin tinggi. Ibu dah semakin kemetot. Huwaaaaaa! ;,(


Hari terakhir sarung uniform sekolah rendah agama..
Segak aihhh!
Bergetar jantung ibu.. ;)



Tahniah sayang..
Ibu dan ayah bangga dengan pencapaian mu..



Alhamdulillah!
Syukur Ya Allah!



Ibu tengok dah macam bergambar dengan “girlfriend”..
Tingginya kamu anak oiii..
Kemetotnya ibu..
Huhuhu!



Satu-satunya pinjaman Allah swt yang paling berharga..
Ya Allah!
Kurniakanlah kejayaan cemerlang buat anak kami..
Semoga beliau istiqomah dan terus maju jaya..
Dunia serta akhirat..
Aamiin Ya Rabb!



Terima kasih sayang..
Kerana tidak mengecewakan ibu dan ayah..
Teruskan usaha mu..
Semoga permulaan kejayaan ini menjadi pembakar semangat mu..
Chaiyok!

Penutup tahun 2020 yang mengembirakan ibu ayah. Kenangan suka duka akan kita simpan bersama dan jadikan ia pengajaran yang mematangkan diri kita.. 

Post a Comment

0 Comments