Advertisement

Main Ad

Ajal menjemput tidak kira usia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..

Salam Jumaat buat semua teman-teman ibu yang beragama Islam. Semoga hari ini menjadi hari yang penuh barakah buat kita semua hendaknya. In shaa Allah! Sebagai pembuka cerita untuk hari ini ingin ibu abadikan sedikit kisah keluarga kecil kami di dalam blog ini untuk disimpan sebagai kenangan. Ianya berlaku pada awal bulan Jun yang lepas. Sebelum itu marilah kita bacakan surah Al-Fatihah dan sedekahkah buat mereka yang telah pergi dahulu meninggalkan kita. Al-Fatihah! Allah swt telah menjemput mereka kerana DIA terlalu mencintai mereka. Sekurangnya mereka telah terselamat dari dunia yang semakin penuh dengan ujian dan godaan. 

Esok genaplah empat bulan pemergiannya. Pada 8 Jun 2022 yang lepas Allah swt telah menjemput salah seorang abang sepupu Aqil Naim. Sepupu Aqil disebelah ayah. Arwah terlibat dalam kemalangan jalanraya selepas dua hari beliau menyambut hari kelahirannya yang ke 18 tahun. Cepat benar sampai janji mu sayang. Hingga kini kami seolah masih tidak percaya bahawa kamu sudah tiada.

Budaknya sangat baik dan sopan. Penuh beradab saat berbicara. Tidak banyak bercakap dan lebih banyak tersenyum. Jika pemergian arwah bapa mertua ibu dulu kami seisi keluarga telah bersedia kerana telah lama melihat beliau menanggung sakit. Tetapi pemergiaan anak saudara ibu ini meninggalkan impak yang besar buat seluruh keluarga. Ibu masih ingat saat menerima panggilan telefon awal pagi itu dari adik ipar ibu. Hati sudah terdetik sesuatu perkara buruk telah berlaku. Waktu adik ipar ibu beritahu "Kak Ina, Ayoi dah tak ada..." Ibu hilang kata-kata. Ibu termenung melihat jam waktu itu seawal 5 pagi terasa seolah-olah ibu sedang bermimpi.

Siapa kita untuk menidakkannya. Jika sudah tertulis janjinya begitu tidak cepat mahupun lambat sesaat. Ia pasti akan berlaku juga. Mohon doakan agar roh arwah ditempatkan disisi hambanya yang beramal soleh. Aamiin Ya Rabb!

Al-Fatihah buat arwah

Keluarga Kakak Ipar ibu.. Arwah merupakan anak kedua dan anak lelaki sulung

Arwah berbaju melayu pink dan bersongkok

Cucu lelaki sulung sebelah ayah Aqil

Kini hanya tinggal tiga orang sahaja cucu lelaki ibu mertua ibu

Dari empat kini tinggal tiga ;,(

Ya Allah!
Kau ampunkan dosanya..
Kau lapangkan kuburnya..
Kau tempatkan rohnya bersama hambamu yang beramal soleh..
Kau angkat darjatnya di sisi mu..
Aamiin Ya Rabb!

Post a Comment

0 Comments