السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..Hii dear all!!
Balik rumah petang semalam Aqil Naim bagitau beg sekolah dia putus. Ini beg yang kedua putus. Tahun lepas pun beg sekolah dia putus itu pun beg tu mampu bertahan selama 2 tahun tak tukar beli yang baru. Kiranya beg dari Tahun 5 dia pakai sampailah hujung Tingkatan 1. Masuk Tingkatan 2 baru ibu ayah belikan dia beg baru. Eh! Lama sangat Aqil tak tukar beg kejam sangat ibu ayah dia ni yer tak?! Hahahahahaha
Sebenarnya bukan sengaja kami tak nak belikan dia beg baru. Tapi waktu itu kita semua dalam PKP Pandemik Covid 19. Jadi memang jarang guna beg sekolah sebab banyak belajar secara PdPR online dirumah saja. Bila sekolah mula dibuka secara bersemua, Aqil Naim tak mahu beli beg baru. Katanya beg itu masih elok lagi jadi buat apa nak membazir. Uishhhhh! Bagus betul anak ibu ni. Kalau ikut perangai ibu kamu ni waktu kecil-kecil dulu. Ibu tak kira beg tu masih elok lagi ke tidak, setiap kali buka sesi persekolah tahun baru ibu mesti nak semua barang baru. Walaupun beg ibu tu masih elok lagi keadaannya ibu tetap nak beli yang baru. Berbeza sungguh dengan Aqil Naim. Dia jenis selagi masih elok boleh pakai dia tak nak beli yang lain.
Jadi semalam waktu dia bagitahu beg sekolahnya putus ibu hanya senyum. Eh! Beg ni pun macam tahu-tahu saja ibu dah gaji. Ibu cakap pada Aqil nanti lah kita beli beg lain buat masa ni Aqil tengok lah dulu mana beg lama waktu Aqil sekolah KAFA dulu yang boleh Aqil pakai. Itu pun dia cakap tak apa ibu saya dah adjust ikat tali beg tu boleh pakai lagi rasanya. Aduhai anak, main ikat-ikat pulak. Buatnya terburai beg tu dekat sekolah esok macam mana kamu nak buat. Ibu suruh dia cari beg lain.
Akhirnya dia pakai beg laptop dia. Terpaksalah dia bawa 2 beg. 1 beg sandang belakang dan 1 lagi beg pegang. Cuma yang ibu risaukan sekarang takut dia tertinggal merata beg pegang tu. Aduh! Nak sumbat semua buku dalam 1 beg memang tak muat sebab beg laptop tu kecil dan buku dia banyak. Mana lah tak putus tali beg dibuatnya dengan bebanan buku yang berat. Bila ibu cakap tak payah lah bawa semua buku bawa yang selalu cikgu guna saja. Katanya tak boleh sebab semua buku tu digunakan waktu belajar. Hurmmmm! Ibu kesian tengok kamu. Ibu pernah angkat beg sekolah Aqil. SubahanAllah! Dia punya berat dah macam bukan bawa buku tapi bawa batu. Berat!!!!! ;)
Bertabahlah wahai anak. Semua tu demi menimba ilmu. Semoga terbayar penat lelah kamu dengan kejayaan yang cemerlang satu hari nanti. Aamiiin! Sekarang memang tengah panas isu Cikgu Fadli tentang silibus sekolah susah dan beg berat kan?! Ibu tengok tulang belakang Aqil pun makin nampak membongkok. Sudahlah badannya kurus kering nampak melengkung.
Aqil boleh ikat macam tu talinya.
"Masih boleh pakai lagi ni ibu tak payah ganti beg lain." Katanya.
Iyer lah tu buatnya tengah bawa dekat sekolah dia putus lagi.
Jenuh!!!!!
Terpaksalah bawa 2 beg macam ni.Satu letak buku teks.Satu lagi untuk buku tulis dan buku kerja.Apa nak buat ini saja solusi yang ada.
Aqil pakai lah dulu yer hari minggu nanti kita pegi cari beg lain.In shaa Allah!
Apa yang kamu bawa tu sayang?!Pengasah pensil tu pun kamu bawa.Manalah tak berat beg sekolah.Habis barang yang tak sepatutnya pun kamu bawa. ';)
Beg sekolah putus. Kasut sekolah pula tapak tercabut. Lepas ni ibu tak tahu apa pula lagi. Bertabahlah! Nasib baik lah beg tu putus waktu gaji masuk. Pandai dia set masa yang sesuai yer. Huhuhu!
6 Comments
buku yang terlalu banyak itu sampai putus tu, Aiyan aritu pun bulan lepas tukar beg jugak. putus sampai tak dapat dibantu, jahit pun tak boleh bertahan.
ReplyDeleteKesian anak2 kan kak.. Makin berat beg deme.. Badan makin lama boleh bongkok..
DeleteMasalah beg berat ni rasanya dari zaman saya sekolah pun dah ada. Entah bila baru selsai.Bagus Aqil, jimat selagi boleh
ReplyDeleteTak tahu lah dek.. Rasanya mcm tak selesai pun isu ni.. Kesian dkt budak2 yang badan kurus melidi kecik molek tu jer..
Deletelumrah anak sekolah gitu lah, tapi kalau dah 2 tahun pakai baru terputus kira tahan beg tu
ReplyDeleteIye mama beg Aqil memang jenis tahan dia pun jenis tak lasak sangat cermat orangnya.. X macam ibu dia tangan panas sikit.. Cepat je barang rosak kalau dapat dekat ibu.. Ngeheee!
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.