السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..Apa kabar semua?!Entry kali ni ibu nak bercerita sikit tentang diri ibu sendiri.Kawan-kawan yang baru kenal ibu mesti tak perasan sangat rasanya.Tapi kalau ada kawan-kawan blogger lama yang kenal ibu singgah sini mesti tahu.Dulu ibu ni macam mana orangnya.Kalian percaya tak yang dulu berat badan ibu abnormal.Setiap kali rawatan hospital doktor mesti tegur.Berap puan tak normal ni.Bayang kan di usia 37 tahun berat ibu cuma 37kg atau paling tinggi pun setakat 38kg sahaja.Memang cengkung dan kurus kering.Sampaikan jadi bahan lawak jenaka orang.Badang kering lah.Leper lah.Pink Panther lah.Macam-macam lah yang mereka bahankan.Ada ibu kisah?!Hahahaha!Telinga ni jenis kalis peluru tau.Lantak mereka lah nak kata apapun.Tapi bila menganjak saja ke usia 38 tahun hingga kini dah masuk 40 tahun.Berat ibu tak turun-turun lagi dah.Dia berhenti setakat 48kg.Uimakkkkkkkkkk!10 kilo naiknya dalam masa hampir dua tahun.Daripada muka ibu cengkung.Sekarang ibu dah ada "double chin".Huhuhuhuhu!Yang bestnya setiap kali bergambar orang lain mesti cover double chin.Tapi ibu dengan bangganya suka sangat tunjuk double chin ibu ni.Orang tak pernah ada double chin lah katakan.Bayangkan berpuluh tahun baru merasa nak ada double chin.Hahahahahaha!
Waktu ni muka ibu tirus lagi.
Berat badan dalam lingkungan 37kg rasanya.
Memang itu lah lingkungan berat ibu.
Nak naik 1kg pun susah.
Tapi nak turun tak payah susah-susah.
Setiap kali ibu tak sihat sakit.
Mesti berat badan ibu turun sekilo dua.
Memang dah macam orang lidi.
Waktu ni dah mula nampak sikit pipi tu tak cengkung.
Tapi berat masih dibawah 40kg lagi.
Eh! Cantek pula rasanya waktu ni.
Ngeheeeeeee!
Masuk bakul angkat sendiri. ;)
Atas ni wajah terbaru ibu.
Dalam tahun ni juga.
Ha! Nampak kan double chin ibu tu?!
Ibu tak kisah biarlah dia nak menampakkan diri dia.
Tak ada ibu nak sorok-sorok.
Comel jer ibu tengok wajah ibu ada double chin.
Hahahahahaha!
Tak kisahlah ambil gambar dari sudut mana pun.
Ambil dari sudut sisi ke atau depan ke memang akan terserlah double chin ibu.
Ini yang ibu maksudkan.
Menghargai diri kita sendiri.
Ramai yang tegur ibu dah makin berisi.
Ibu hanya senyum sahaja.
Alhamdulillah!
Tapi yang tak bestnya kebanyakan baju kurung ibu kainnya tak boleh cangkuk.
Hahahahaha!
Senak perut kalau dipaksa cangkuk.
Dulu zaman kurus kering beli baju semuanya saiz XS.
Mana tak ketat. Huhu!
6 Comments
masih ok berat tu sbb dlu ringan sgt hehe...double chin mamatisya lg extra..mkn byk hehe
ReplyDeleteDulu berat ibu abnormal.. Bayangkan bertahun2 berat bawah 40kg saja..
DeleteHuhu bawah 50kg juga. Walaupun double chin. :D
ReplyDeleteHihihihi 48kg ni pun rasa mengah naik turun tangga sis..
Delete48 kg tu dah cun dah kak. 37kg ringannya. saya yang 44 kg ni pun dah rasa macam melayang. tak apalah, yang penting sihat
ReplyDeleteIyer dek tu waktu berat 37kg org panggil dah macam org lidi.. Kemain deme mengata yer.. Hahahaha!
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.