Hai semua. Hari ni hari ke tujuh ibu dan ayah kuarantin. Yes! Setelah hampir 2 tahun akhirnya sangkut juga virus Covid 19 tu dekat kami suami isteri. Ingatkan dah kebal sangat dah antibodi badan ni. Siapalah kita nak menidakkan sesuatu yang dah menjadi ketentuan Allah swt.
Aqil Naim orang pertama diantara kami bertiga yang dapat jangkitan Covid 19 ni. Awal bulan April hari tu. Awal Ramadhan kome. Jangan tak tahu sepanjang dijangkiti virus ni beliau masih gagah lagi meneruskan puasanya tanpa gagal walau sehari pun. Waktu tu ibu yang bising asyik suruh dia berbuka puasa aje. Aqil relaks ibu yang kelam kabut. Huhu! Ibu risau takut Aqil tak cukup air. Covid ni kan kena banyak minum air masak. Tapi semangat Aqil kuat tak lembik macam ibu.
Nasib kami baik sebab kena jangkit sekali dua-dua dalam waktu yang sama. Jadi mudahlah nak jaga satu sama lain. Tak ada lah kena asingkan tempat tidur. Si Aqil, awal-awal dapat tahu ibu ayah positif dia dah lari duduk rumah atok opah. Seronoklah kamu yer sana internet unifi laju.
Ibu mula demam Khamis minggu lepas 22/9/2022 ingatkan demam virus biasa sebab sekarang kan musim ramai yang demam saja. Ibu balik kerja terus ke klinik swasta dapatlah gula-gula cinta dari doktor dan dapatlah cuti sakit sehari untuk hari Jumaat esoknya. Hari Sabtu ibu dah rasa tekak perit. Sebelum tu hanya demam panas saja. Memang panas juga lah suhu badan hari Khamis dan Jumaat tu. Menggigil badan dibuatnya. Sabtu malam ayah pula mula muntah-muntah. Ibu dah cuak sebab ayah jarang dan susah untuk sakit. Sudah! Kenapa pula ayah ni mengalahkan orang alahan mengandung jer dah dianya. Sejam sekali ayah muntah.
Ahad 25/9/2022 @ Hari Lahir Ayah yang ke 40
Pagi tu ibu dah tak sedap hati. Ibu terus buat test. Dengan bangganya naiklah double line setelah hampir 2 tahun satu dunia berperang dengan virus tu. Ibu tak tahu nak cakap happy ke sedih ke takut ke apapun perasaan waktu tu ibu pun tak pasti. Bila dan confirm ibu positif ibu suruh ayah pula test. Akhirnya itulah dia hadiah hari lahir untuk ayah tahun ini. Ayah pun posotif covid juga. Rasanya berjangkit dari ibu sebab ayah yang bersengkang mata dari hari Khamis tu jaga ibu waktu demam panas. Maafkan ibu yer ayah sebab punca ayah dapat covid.
Hampir dua hari juga ayah flet demam panas pakej muntah cirit semua. Alhamdulillah! Waktu tu ibu dah sedikit baik. Tak demam panas macam mula-mula dulu. Dapatlah ibu jaga ayah waktu dia demam teruk. Apapun demam covid ni memang menyeksakan. Ibu selalu tertanya macam mana rasanya kalau ibu dijangkiti covid. Mintak simpang tak nak lagi dah. Huhuhuhu!
Complete dalam keluarga kami. Semua dah pernah merasa kena covid. Atok dan opah generasi pertama covid 2020. Paksu dan Aqil awal tahun dan ibu ayah penutup untuk tahun ini. Kenapa kena kuarantin 7 hari?! Sebab kami tak ambil booster. Hihihihi!
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
0 Comments
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.