Lama sungguh ibu tak buka blog. Tak ziarah blog kawan-kawan lama. Ada yang masih aktif ada juga yang macam ibu lama tak update. Sejak zaman media sosial yang dah upgrade berbagai Apps. Dunia blog semakin jauh ketinggalan. Mungkin banyak faktor yang menyebabkannya. Kita punya jalanan kehidupan sendiri. Tak ada yang sama. Semuanya ada sebab masing-masing.
Ibu sendiri. Salah satu faktor yang membuatkan ibu semakin menjauh dan malas update blog adalah kerana malas nak on laptop. Lebih suka godek hp sambil guling-guling peluk bantal busuk. Huhuhu! Pernah ibu cuba menaip entry melalui hp. Kepuasannya tak sama dengan menaip menggunakan laptop. Bebelan ibu di blog pun makin lama makin pendek dan singkat. Ketandusan idea. Kagum dengan kawan-kawan yang masih boleh bercerita menulis panjang lebar. Sampai terbawa-bawa ibu dengan setiap penulisan kalian.
Selain malas nak buka laptop line internet ibu macam siput yang comel tu. Punyalah perlahan tahap tak boleh bawa bincang lagi dah. Sangat menguji kesabaran ibu. Untuk buka satu page walaupun page blog sendiri ibu sempat lagi buat kerja lain. Jika dulu dengan satu klik saja dah boleh buka banyak page. Serius! Ibu stress. Dari situlah timbul rasa malas dah nak buka blog. Sejak menjengah ke usia awal 40an ni tahap kesabaran ibu semakin menipis dan cepat bosan. Yang bertambah hanya selera makan. Itu jangan cakaplah korang tengok saja ketebalan double chin ibu tu. Hihihi!
Sekarang kalau buka blog dari hp lagi stress. Nak tinggalkan komen di blog kawan-kawan pun dah tak boleh. Tak tahu lah apa masalahnya. Nak komen kena juga blogwalking melalui laptop. Lepas lah ibu ziarah satu dua blog sebab sekarang asal duduk lama jer mengadap laptop pinggang ni rasa macam nak tercabut. Arghhhhhh mengada jer lebih cakap jer lah kamu nak baring guling-guling.
Sebenarnya menulis ni seronok. Terutama bagi orang yang suka dan banyak bercakap macam ibu ni. Bila menulis terasa macam kita dapat luahkan sedikit apa yang kita rasa. Sebab kadangkala hidup ni ada satu fasa membosankan dan kita akan mula teringat kenangan lama zaman muda belia dulu. Tambah sekarang sejak si Aqil Naim dan menganjak remaja dia lebih suka buat hal sendiri. Kalau diajak bersembang barulah dengar suaranya. Itupun yang dia jawab HA OK IYER BAIK. Aduh!!!!
Hari ni hari Ahad hari kedua bulan October. October not octopus okay. Apa korang buat cuti minggu ni?! Esok ibu dah masuk kerja setelah seminggu kuarantin. Alahai! Malas rasanya nak masuk pejabat. Nak pencen lambat lagi ada lagi tempoh 15 tahun. Uishhhhhhhh! Lama lagi tu. Oklah kawan-kawan ibu stop di sini dulu ya. Mana-mana blog yang ibu sempat singgah dan tinggalkan komen tu maknanya line internet ibu bagi kerjasama dengan baik. Kalau yang tak sempat singgah tu nanti ibu usahakan. Ibu tak ada unifi inipun pinjam personal hotspot hp ayah Aqil. Line maxis laju sikit line Umobile ibu macam kura-kura. Tadi siput ini kura-kura. Hentam sajalah ibu. Huhuhuhu!
Terima kasih ya sudi habiskan bacaan..
In shaa Allah nanti kita jumpa lagi di lain cerita ya..
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
0 Comments
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.