السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..Salam Maulidul Rasul 2022/1444H
Hello! Apa kabar semua?! Semoga sihat dan ceria sentiasa semuanya. Selamat berhujung minggu buat pembaca blog ibu yang tak seberapa ini. Alhamdulillah jika masih ada yang sudi membacanya. Kalau rajin tinggalkan lah komen boleh ibu tahu siapa yang datang. Ada masa nanti ibu ziarah balik. ;)
Hari ni ibu nak cerita sikit tentang hobi dan minat ayah Aqil. Sejak awal kawin dulu memang itulah minatnya. Minat turun menuruh dari arwah bapa mertua ibu. Kalau zaman bujang dulu isi masa lapang dengan kawan-kawan seangkatan. Cuma bila dah kawin ayah sepenuhnya luangkan masa dengan kami. Family Type! Alhamdulillah!
Dulu waktu Aqil Naim kecil dengan dia pun kami bawa sekali. Mana boleh tinggal Intan Payung ibu seorang tu. Mestilah dibawa sekali kan. Alhamdulillah! Dia budak baik tak banyak ragam. Kalau berjam-jam pun dia tak bosan. Yang bosannya ibu dia ni. Muahahaha! Cepat sangat bosan nampak sangat ibu sejenis tak sabar. Salah satu sebab yang buat ibu bosan sebab tak boleh nak menyembang. Bagi sejenis manusia yang suka bercakap macam ibu ni bila lama mendiamkan diri adalah satu tahap kebosanan melampau. Melainkan waktu tu ibu down atau sedang dalam fasa self healing melayan perasaan. Setiap kali ibu buka mulut nak bercakap ayah mesti tegur. Lari lah ikan katanya. Eleh! Sentap tau bila kena tegur sengan ayah. Si Aqil Naim boleh pula dia ketawa kan ibu bila kena tegur macam tu. Hampeh! ;)
Sekarang bila Intan Payung kami dah besar. Minat memancing tu menurun ke dia. Dapat ikan atau tak dapat ikan itu belakang kira. Paling penting semangat memancing tu mesti ada. Menurun ke dia lah minat memancing ayah. Maknanya Aqil Naim sama seperti ayahnya seorang yang sangat penyabar dan tenang. Dia bukan menurun ibu suka bercakap dan membebel. Hahahaha!
Jom kita layan Picca Of Love mereka memancing.Throwback saja lah ye kawan-kawan.Gambar lama sekitar tahun 2021 / 2022.Waktu ni ayah bawa kami ke Teluk Senangin, Lumut.Memang port memancing sambil mandi laut.Seronok juga kalau nak berkelah dan berkhemah di sini.Nak menyewa Chalet pun ada juga.Boleh search di Google "Teluk Senangin".Layanzzzzzzzzzzz!
Gambar lama kami awal tahun 2021.
Kali pertama dia dapat ikan.
Walaupun cuma ikan BUNTAL.
Hahahaha!
Selalunya ikan mereka akan lepaskan balik ke laut.
Dah tangkap lepas balik.
Amboi bukan main gaya saja yang lebihnya.
Hahahaha!
Asalkan boleh lah sayang.
Eh! Nak selit juga gambar ibu. ;)
Waktu ni kami berkelah dengan family sebelah mertua ibu.
Selepas Kerajaan benarkan merentas negeri dan daerah dulu.
Jadi bukan main melaram lah ibu.
Nak OOTD lah katakan.
Ini pula gambar tahun 2022.
Awal tahun juga rasanya.
Kali kedua Aqil Naim betul-betul baling joran.
Cuma kali ni tak dapat ikan.
Walaupun tak dapat ikan mereka tetap gembira.
Dapat berkongsi minat yang sama.
Apa yang kamu pandang Aqil?!
Nampak awek lalu ke?!
Melilau je mata tu kan?!
Ini menurun dari ayah juga ke?!
Iskkkkkk! ;)
Orang kuat ibu.
Tekun dia setting mata pancing.
Waktu ni jangan lah gatal nak ajak dia bersembang.
Kalau rasa tak nak kena sound setepek.
Hahahaha!
Kata penyabar orangnya.
Tak nak bersembang tak apalah.
Biarlah ibu layan perasaan.
Huk! Huk! Huk!
Waktu dia kecil dulu kawan-kawan blogger ibu semua cakap dia comel..
Sekarang?! ;)
Jangan disangka air yang tenang tiada buaya.
Di laut memang tiada buaya.
Tapi di pantai ada seorang dua.
Hahahaha!
Kalian minat apa?!
Ada yang minat memancing juga ke?!Sampai sekarang ibu tak faham.Apa yang seronoknya memancing ni ye?!Kata ayah saat yang paling seronok bila waktu naik kan ikan.Sama-sama menarik berlawan dengan kederat ikan.Itulah yang menjadi kepuasannya.
2 Comments
Sekarang dah hensem. Bagus hobi ni, melatih diri bersabar. Lain kali bawak novel lah Ibu, takdelah bosan Hehe
ReplyDeleteIye juga bawa novel kan.. Ibu tak terfikir pula.. Ha! Next time pegi boleh bawa novel tak ada melangut ibu bosan teman deme memancing kan.. ;)
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.