Advertisement

Main Ad

Selamat pengantin baru Anies dan Syahmi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
4/2/2022
Ibu menerima anak menantu saudara yang pertama.
Alhamdulillah!
Semoga kedua mereka berbahagia sampai ke Jannah.
Anak sulung kakak ipar ibu melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya.
Sama cantik sama padan.
Bagai pinang dibelah dua.
Ibu sangat teruja saat menerima menantu saudara yang pertama.
Itu belum terima menantu sendiri lagi.
Kalau terima menantu sendiri nanti tak tahu lah macam mana keadaan ibu.
Ayah pesan jangan meraung pula nanti bila Aqil Naim dah sah jadi suami orang.
Yelah ibu Aqil ni kan kuat ber'drama'.
Huhuhu!
Satu hari nanti saat itu pasti tiba.
Sampai masanya nanti akan ibu lepaskan Aqil Naim untuk dijaga oleh seseorang yang dapat melengkapi kekurangan dan kelemahan anak ibu.
In shaa Allah!
Semoga Allah swt panjangkan umur ibu dan ayah hingga tiba saat bersejarah itu.
Aamiin Ya Rabb!


Anak saudara pertama.
Waktu dia kecil dulu ligat budaknya.
Semakin dewasa semakin ayu cantik persis ibunya.
Semoga kamu menjadi isteri solehah.
Ingat pesan Mak Lang.
Pakaian bagi seorang isteri adalah sifat sabar.
Itulah pesanan yang bonda ibu titipkan disaat ibu menjadi suri hati ayah Aqil.


Bergambar kenangan kami bersama kedua mempelai.
Aqil Naim tu ibu tak tahu apa masalah dia.
Susah sangat nak senyum setiap kali bergambar.
Iskkkkkkkk!


Gambar keluarga sebelah ayah.
Keluarga besar sebelah mertua ibu.
Al-Fatihah dibaca buat arwah Amierul Hakim.
Inilah gambar terakhir kami bersama.
Empat bulan sebelum beliau pergi meninggalkan kami buat selamanya.


Pengantin lama pun nak merasa juga duduk bersanding.
Ngeheeeee!


Kami ibu saudara menjadi orang kuat sepanjang majlis berlangsung.
Walaupun penat seharian namun kami puas.
Kerana meraikan mereka adalah satu kebahagian buat kami semua.
Menjadi kenangan yang tak akan kami lupakan.

Selepas ini tunggu majlis kenduri siapa pula?!
Achu Aqil agaknya.
Adik bongsu ayah Aqil.
Hanya tinggal dia seorang sahaja lagi adik-beradik ayah yang masih bujang.
Tetapi telah berpunya.
Ehem! Ehem! ;)

Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Selamat Pengantin Baru dan pengantin lama jugak

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.