Advertisement

Main Ad

Ride

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..

Hello! Apa kabar semua?! Mood baru di minggu yang baru. Alhamdulillah! Masih diberi kesempatan dan kesihatan yang baik. Hari baru semoga semangat kita pun baru. Semangat nak memulakan hari pertama bekerja selepas cuti panjang. Huhuhu! Chaiyok ibu jangan malas-malas. Cukup seminggu ibu bermalasan di rumah. Bosan tak ingat macam duduk dalam penjara. Tak tengok dunia luar langsung.

Hari ni nak cerita tentang apa pula?! Ibu pinjam laptop Aqil Naim menulis entry kali ni. Laptop dia masih fresh ringan dari laptop mini ibu. Memang best lah loading pun laju. Sejak tahun lepas ibu dan ayah ada hobi baru. Memandangkan sejak Aqil Naim meningkat remaja ni. Dia dah tak berapa nak ikut tiap kali ibu ayah ajak berjalan. Yang dia suka duduk rumah main game. Game! Game! Game! Owhhh jangan salah faham. Aqil hanya dibenarkan main game setelah kesemua kerja sekolah dia siap. Ibu juga akan pastikan ada masa untuk dia ulangkaji pelajaran. Bukan direct main game 24jam. Kalau rasa nak kena petir dengan ibu silakan lah hadap game tu 24jam yer Aqil Naim.

Jadi berbalik dengan cerita ibu tadi. Hobi ibu dan ayah sekarang adalah "ride". Sejak ayah tukar moto baru ayah ajak ibu teman dia ride. Bukanlah motor berkuasa tinggi macam moto Dato' Awie tu. Moto kapcai biasa-biasa saja. Tapi kiranya laju jugalah berbanding moto Honda Wave lama ayah dulu. 

Mula-mula ride dulu ibu agak gayat. Iyalah macam-macam yang ibu fikir. Kebanyakannya benda-benda yang tak elok. Tapi kata orang tak kenal maka tak cinta. Bila dan mulakan sekali ibu jadi ketagih nak ride lagi. Best! Santai saja sambil layan angin lalu. Kalau naik kereta tak sampai 10 minit perjalanan ibu dah lena diulit mimpi indah. Tapi bila ride segar bugar pula biji mata ni melilau kiri dan kanan. Cuci mata kata orang. Hihihi!

Setakat ni kami tak ride jauh-jauh lagi. Kami cuma ride ke Cameron Highland dan ke Taiping. Tak lepas lagi nak ke Penang. Ataupun Ban Pecah Tanjung Piandang. Diorang cakap best juga permandangan di sana. Bolehlah nanti ayah kita ride ke Ban Pecah yer.






Rasa macam kembali ke zaman muda remaja dulu.
Zaman awal bercinta.
Sesekali ride berdua ni romantik dia tu lain macam sikit.
Seronok bila kita dapat berkongsi minat dengan suami kita.

Post a Comment

2 Comments

  1. Replies
    1. Sesekali sis..
      Mengimbau kenangan zaman bercinta sebelum kawin dulu..
      Merempit berdua naik moto..
      Hihihi

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.