Apa kabar semua?! Happy Monday! Semoga di minggu yang baru kita semua berada dalam keadaan baik-baik saja hendaknya. Hari ini ibu dan ayah cuti. Kami ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Aqil Naim pun cuti sekolah hari ini. Dialah urusan penting yang perlu ibu ayah selesaikan hari ini. In shaa Allah! Akan ibu ceritakan di blog ini nanti bila masanya sesuai. Apalah urusan penting si Intan Payung ibu tu yer. Huhuhu! Ambil mood dulu. Ikutkan hati ni macam-macam perasaan bercampur baur. Semoga semuanya baik-baik belaka. Aamiin! Ya Rabb!
Ibu nak cerita sikit berkenaan si Intan Payung ibu seorang ni. Sejak dia dah melangkah ke fasa remaja ada saja perangai baru dia. Tapi tak ada lah pelik sangat pun perangai dia. Cuma agaknya faktor hormon “lelaki” dia tu yang buat lagaknya macam abang besar. Hahahaha! Bukan Abang Long Fadhil yer. ;)
Ibu selalu perhatikan setiap kali Aqil study dia bukan study macam zaman ibu study dulu. Yelah zaman ibu tu pun dah 25 tahun berlalu. Ini dah zaman 2020 ibu memang lain sangat caranya. Style Aqil study, dia tak tulis nota. Kalau ibu dulu setiap kali ibu baca buku mesti akan ada nota comel-comel. Siap bertukar-tukar warna pen lagi nak nampak meriah. Baru lah seronok biji mata ni nak baca buku nota tu. Kalau topik agak susah ibu akan gunakan warna yang agak terang biar terus masuk ke dalam otak ni. ;)
Tapi si Aqil Naim cara dia study dia hanya baca saja buku tanpa ada catatan nota atau tanda point penting dalam buku yang dibacanya. Berkali-kali ibu tegur boleh masuk ke dalam kepala tu kalau setakat baca macam tu saja. Kenapa tak catat nota isi-isi penting untuk kamu hafal. Katanya “Saya boleh ingatlah ibu....” Ibu tengok cara kamu study macam tu ibu pun rasa was-was sayang. Sebab kalau ibu lah buat macam tu memang orang kata ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Silap-silap ibu lebih banyak mengelamun dari menghafal.
Itu satu hal yang lagi satu hal buat ibu was-was dengan cara dia study ni. Aqil suka study sambil telinganya bersumbat earphone. Dia boleh membaca dan menghafal sambil mendengar lagu. Aduhai! Bukan ke kalau nak membaca dan menghafal ni kita perlukan satu suasa yang tenang. Kalau dah disumbatnya earphone ke telinga, dengar pula lagu yang jenis rancak bukan sentimental. Macam mana kamu nak hafal sayang oiiiiii. Bila ibu tegur katanya dia tak suka belajar senyap-senyap sebab nanti mengantuk. Aduh! Tepuk dahi ibu dibuatnya.
Tak apalah Aqil asalkan kamu study. Ikutlah macam mana cara dan keselesaan kamu. Janji kamu mahu buka buku dan baca. Cuma kadang-kadang untuk uji daya ingatan dan fokus dia. Setiap kali lepas study atau bila-bila ada masa santai kami berdua. Ibu minta Aqil ceritakan balik pada ibu apa yang dia baca. Kiranya ibu jadi student dia lah. Dapat juga ibu ilmu tambahan kan?! Ngeheeeee!
Yang penting ibu nak tunggu keputusan peperiksaan akhir tahun Aqil nanti. Ibu harap keputusan Aqil nanti akan lebih baik dari keputusan peperiksaan pertengahan tahun hari tu. In shaa Allah! Ibu nampak usaha Aqil. Selainnya kita berdoa dan bertawakal pada Allah swt.
Itulah style dia study sekarang ni.
Dengan tak catat apa-apa.
Relaks saja dia membaca sepintas lalu.
Ibu yang risau boleh ke dia ingat point penting kalau macam tu cara dia study.
Huhuhu!
Ibu harap keputusan yang Aqil dapat nanti akan buat hati ibu berbunga-bunga cinta. Hihihi! Ibu nampak usaha kamu. In shaa Allah semoga yang baik-baik saja semuanya.
Budak laki ni lain sikit peelnya... kalau pempuan mmg siap nota kecik bagai... anak sy pun 3 lelaki... paling sempoi & rileks si abg lah... si bongsu paling skema... semoga dipermudahkan urusan 3 beranak
Ha! Tulah Kak Mim kawan2 ibu pun yg mana anak lelaki deme dah besar2 semua cakap macam tu.. In shaa Allah Kak Mim.. Semoga dipermudahkan segalanya buat anak2 kita dunia dan akhirat.. Aamiiin!
cara kita dah tak boleh pkai dengan budak zaman skrg ni kak, kadang kita rasa cara kita dah paling best tp mereka ada cara sendiri yg lebih mudah. Budak lelaki kalau study mmg lain la kak ngn budak perempuan dana rasa
Betul tu Dana.. Memang berbeza.. Bila akak sembang dengan kawan2 pejabat mana yang ada anak perempuan dan lelaki mereka pun cakap anak perempuan caranya lain yang anak lelaki pula lain.. Budak lelaki ni tak suka dipaksa2.. Kena sabar lebih.. ;)
sama la..jenuh ajar anak buat nota ringkas mcm zaman kita dulu2 tu kan, tapi diaorang ada cara diaorang. ye la..kita doakan yg terbaik utk anak2 ni kan
Agaknya memang macam ni lah cara beboy study kan.. Cara berfikir deme pun tak sama macam gugurl.. Aishhhh! Terlalu cool santai sgt kadang2 tu kita yg tgk ni geram jer.. Hihihi! Tulah konon nak nota comel2 warna warni.. Hihihi!
byk kali jg la sy dgr, cara study yg betul adalah dgn memahami apa yg guru smpi kan dlm kelas. lps tu terpulang mcm mn kita nk pastikan kita kekal faham. semoga aqil terus berjaya walau dgn cara apa sekalipun aqil belajar. all the best👍
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
12 Comments
Budak laki ni lain sikit peelnya... kalau pempuan mmg siap nota kecik bagai... anak sy pun 3 lelaki... paling sempoi & rileks si abg lah... si bongsu paling skema... semoga dipermudahkan urusan 3 beranak
ReplyDeleteHa! Tulah Kak Mim kawan2 ibu pun yg mana anak lelaki deme dah besar2 semua cakap macam tu.. In shaa Allah Kak Mim.. Semoga dipermudahkan segalanya buat anak2 kita dunia dan akhirat.. Aamiiin!
Deletecara kita dah tak boleh pkai dengan budak zaman skrg ni kak, kadang kita rasa cara kita dah paling best tp mereka ada cara sendiri yg lebih mudah. Budak lelaki kalau study mmg lain la kak ngn budak perempuan dana rasa
ReplyDeleteBetul tu Dana.. Memang berbeza.. Bila akak sembang dengan kawan2 pejabat mana yang ada anak perempuan dan lelaki mereka pun cakap anak perempuan caranya lain yang anak lelaki pula lain.. Budak lelaki ni tak suka dipaksa2.. Kena sabar lebih.. ;)
Deletesama la..jenuh ajar anak buat nota ringkas mcm zaman kita dulu2 tu kan, tapi diaorang ada cara diaorang. ye la..kita doakan yg terbaik utk anak2 ni kan
ReplyDeleteIn shaa Allah mummy..
DeleteKita doakan yang terbaik untuk anak-anak kita.. ;)
Budak lelaki style study gitu kot. Cepat tangkap. Ye la sama la saya study kena ada nota warna warni. Hehe.
ReplyDeleteAgaknya memang macam ni lah cara beboy study kan.. Cara berfikir deme pun tak sama macam gugurl.. Aishhhh! Terlalu cool santai sgt kadang2 tu kita yg tgk ni geram jer.. Hihihi! Tulah konon nak nota comel2 warna warni.. Hihihi!
Deletebetul la teringat zaman study dulu kan kalau tak buat nota warna warni rasa macam tak puas
ReplyDeleteIye betul rasa mcm x best jer kan. Hihihi!
Deletebyk kali jg la sy dgr, cara study yg betul adalah dgn memahami apa yg guru smpi kan dlm kelas. lps tu terpulang mcm mn kita nk pastikan kita kekal faham. semoga aqil terus berjaya walau dgn cara apa sekalipun aqil belajar. all the best👍
ReplyDeleteLain orang lain caranya kan. Aamiiin! Tq sis atas doa dan kata galakan.
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.