Advertisement

Main Ad

Trademark Penulisan Terima Kasih MrHanafi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry beku dari peti ais!!

Amboiiii! Bukan main lagi ibu yer. Entry beku dari peti ais konon. ;) Ha! bagi pembaca yang memang dah lama setia mengikuti blog ibu ni mesti tau sikit sebanyak apa trademark ibu kan?! Tapi tak ramai lagi kawan-kawan lama ibu yang masih aktif ber’blog. Kebanyakan dari mereka semua dah bersara awal. Malah ada diantara mereka yang dah tutup terus blog peribadi mereka. Tapi kami masih lagi terus berhubung di media sosial lain seperti Facebook ataupun Instagram. Malah ada diantara mereka sekarang sangat aktif update setiap kegiatan mereka seisi keluarga disana. Tak kisah lah dimana-mana saja yang penting ukhwah itu masih terjalin. Alhamdulillah!

Bagi ibu setiap media sosial ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ia juga mengikut minat dan keselesaan pengguna itu sendiri. Ada yang selesa di Facebook ada juga yang seronok di Instagram tak lupa juga TikTok dan banyak lagi. Bagi ibu untuk aktif ber’blog memerlukan masa dan komitmen dalam menulis dan bercerita tentang sesuatu atau berkongsi apa saja yang bermain difikiran. Cuma di sini kita tidak boleh menyekat sesiapa sahaja pengunjung yang datang menyinggah dan membaca setiap penulisan kita. Jadi sesiapa pun boleh mengenali kita melalui setiap perkongsian cerita hidup kita. Walaupun adakalanya kita tidak berkongsi keseluruhan cerita. 

Jika kita seorang yang kental jiwanya, kita tidak akan rasa goyah kerana di media sosial ini ada bermacam ragam manusia dan zaman sekarang ada yang terlalu kasar penulisan mereka. Senang cakap kita gelar mereka ni netizen lah. Hehehe! Jadi jika kita mudah rasa tersinggung dengan kata-kata mereka yang tidak berfikir dahulu sebelum menulis komen lebih baik kita tinggalkan terus dunia media sosial ni. Kita cuba ambil setiap penulisan itu dari sudut yang positif. In shaa Allah! Semuanya akan baik-baik sahaja.

Wahhhhhhh!!! Panjang sungguh mukadimah ibu untuk entry kali ni. Huhuhu! Sebenarnya entry kali ni ibu tulis kerana ibu tertarik dengan satu komen dari pembaca baru di blog ibu ni iaitu MrHanafi. Beliau meninggalkan komen didalam entry ibu terdahulu "Hasil Godek Godek Berjaya Juga Akhirnya". Rasanya beliau baru pertama kali singgah di sini dan tinggalkan komen. Komen dari beliau membuatkan ibu terfikir ada betulnya juga apa yang beliau katakan. Kenapa perlu mengikut cara orang lain, kita kan ada cara kita sendiri. Wahhhhhhhhhh! Seperti yang dikatakan oleh MrHanafi “tulislah dengan cara tersendiri kerana ia jadi keunikan dan trademark peribadi”. Tersenyum ibu membaca komen beliau. Terima kasih sekali lagi buat MrHanafi. Owhhhhh! Ibu dah follow blog beliau, seronok juga membaca setiap penulisan beliau. ;)

Trademark penulis ibu Aqil Naim. Apa dia trademark ibu?! Memandangkan blog ibu ni bukan lah blog tahap selebriti atau influencer media sosial. Ia hanyalah blog picisan yang tidaklah dikenali ramai. Bukan juga blog yang bercerita tentang isu-isu semasa yang agak panas. Apalagi untuk menulis kisah artis-artis. Owhhhhhh! Tidak! Tidak! Itu bukan ibu Aqil. Blog ibu Aqil ni hanya menulis kisah sendiri dan ikut suka hati sendiri. Tiada kena mengena dengan orang lain melainkan ianya entry dedikasi ditujukan khas untuk seseorang. Contoh macam entry ni ada lah petik sikit nama MrHanafi. Kesian dia tersedak-sedak kawan tu entah berapa kali ibu asyik sebut-sebut nama dia. Hahahahaha! Sorry! Sorry! ';)

Menggunakan panggilan nama “IBU”. Korang perasan kan?! Semua entry ibu akan menggunakan panggilan “IBU” sebagai penyata diri. Ibu ni bunyinya macam manja sikit. Bukan bermakna korang yang membaca ni semua anak-anak ibu tau. Hihihihi! Ibu rasa selesa setiap kali menulis blog gunakan panggilan ibu sebagai pengganti diri. Sebab ibu rasa dekat dan mesra dengan kawan-kawan blog ibu. Dari dulu lagi ibu dah gunakan panggilan tersebut di blog ni. Hingga sekarang kawan-kawan ibu yang mana masih berhubung di Facebook atau Instagram, mereka akan memanggil ibu dengan panggilan IBU juga. Manja kan?! ;) 

Style penulisan di blog. Ibu lebih suka menggunakan bahasa pasar. Tak hairan lah kalau penulisan ibu tu cacamerba susunan ayatnya. Itu juga merupakan trademark ibu. Kalau ikutkan entry ibu yang terdahulu diawal penulisan blog ni lagi teruk penggunaan bahasanya. Ejaan yang salah dan tatabahasa yang berterabur. Semua main tulis short form saja. Tapi seronok! Bila ibu baca balik satu per satu entry lama, ibu jadi rindu. Tak kisahlah macam mana cara kita menulis yang penting kita masih menghormati satu sama lain dan tidak menggunakan bahasa kesat. Iskkkkkk! Dah tua-tua ni nak guna bahasa kesat buat apa. Muka dah comel tapi bahasa tak comel. ;)

Untuk entry yang ditaip awal dan ditetapkan tarikh dan waktu publish nya ibu gunakan trademark “Entry beku dari peti ais” macam entry ibu ni lah. Awal-awal ibu dah tulis di atas tu. Jadi korang boleh tahu yang entry ini mungkin ditaip sehari atau dua hari awal dari tarikh ianya di’publish kan. Kadang-kadang ada yang ibu dah siap draft dua atau tiga entry terus lebih senang. Tetapkan sahaja tarikh dan waktunya ia lebih memudahkan ibu. Tapi itupun kalau waktu itu idea menulis mencurah-curah seperti air hujan. Memang jadi obses, menaip sajalah kerja ibu. Ada saja yang ibu nak ceritakan. Kalau mulut ibu ni memang sejenis yang suka bercakap. Macam tu jugalah penulisan ibu, menjela-jela lah entrynya. Risau korang saja yang tak larat nak baca sampai habis. Ngeheeeee!

Bagi entry yang ibu taip waktu itu dan ibu publish waktu itu juga macam mana pula?! Haaaaa! Kalau ibu tulis diawal penulisan “Entry fresh dari oven” itu bermakna entry tersebut memang fresh ibu tulis waktu tu. Aishhhhh! Macam-macamlah ibu ni. Hihihihi! Tak kisahlah asalkan ibu suka sudah. Kita yang adun blog kita jadi memang ikut suka kita lah nak buat macam mana kan?! Ada jer orang yang suka cara kita dan ada juga yang tak berkenan dengan cara kita. Jadi dalam hidup kita jangan memaksa mereka kita biarkan saja mereka mengenali kita dengan cara mereka sendiri. Mereka juga punya cara sendiri dalam menilai seseorang kan?!! Tak perlu paksa-paksa. Jika suka mereka akan kekal menjadi pembaca setia. Jika tidak kita jangan putus asa. Teruskan sahaja buat sesuatu yang mengembirakan kita.

Lagi?!!!! Apa trademark ibu?!!!!! Iskkkkk! Cukup lah itu saja. Itupun dah menjela-jela entry ibu kali ni. Entah korang baca sampai habis ke tidak entry ibu ni pun ibu tak tahu. Ibu harap korang setia lah membaca sampai ke titik noktah yang terakhir ya. Maaflah andai ada terkasar bahasa dalam penulisan ibu kali ni. Terima kasih juga kerana sudi membaca hingaa ke akhirnya. Kepada yang meninggalkan komen. Ibu sangat-sangat menghargainya. In shaa Allah! Nanti ibu ziarah korang pula ya. Xoxo!


Terima kasih MrHanafi atas komen yang encik tinggalkan.
Betul kata encik setiap penulisan kita akan menjadi keunikan dan trademark peribadi kita.
Dari cara penulisan kita lah orang akan rasa seronok untuk mengenali kita..
Ia juga akan menarik minat mereka untuk terus membaca blog kita.
Hingga ke titik noktah yang terakhir. ;)

Menulis ni memang seronok sebenarnya. Bila kau rasa ada sesuatu yang ingin kau cerita dan sampaikan. Ia akan menjadi medan untuk kau luahkan sedikit apa yang kau rasa. Bukan meluahkan seluruh perasaan itu tetapi hanya sedikit dan ia benar-benar menyeronokkan dan menyenangkan hati. ;)

Post a Comment

8 Comments

  1. saya orang baru dalam blog,sebelum ni hanya suka singgah dan baca blog,baru ada keberanian nak menulis,hanya menulis dari hati kehidupan seharian,menulis tu dah rasa macam keseronokan bila tak dapat menulis tak dapat bercerita rasa macam tak lengkap..salam kenal kak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul samalah jgk ibu dulu pun mula2 kekok nak menulis. Bila baca balik entry lama segan rasanya. Ayat semua berterabur. Hihihihi! Salam kenal sisi.. ;)

      Delete
  2. setuju... setiap penulisan ada daya tarikan dan kreativiti. jd kita ambil kesempatan ni utk kembangkan kelebihan penulisan yg kita ada utk manfaat bersama. keep on blogging

    ReplyDelete
  3. kalau baca entry lama saya, tergelak juga. yelah waktu umur belum matang, kebudak-budakan sangat ayat. tak apalah Ibu, kalau semua blog sama je cara tulis, bosan pulak nak baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga kan. Kalau sama je semua tak best lah kan?! Kena kreatif jgk skit.

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.