السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!Entry beku dari peti ais!!
Alhamdulillah! Setelah 3 hari bekerja akhirnya fail-fail ibu yang menimbun tu susut juga. Syukur Ya Allah! Lega rasanya bila tengok banyak fail yang ibu dapat selesaikan. Inilah akibatnya kalau lama sangat cuti tak masuk pejabat. Sekali kamu masuk pejabat menimbun fail yang kamu kena hadap. Bertabah lah ibu. Huhuhu!
Bila dah susut sikit fail-fail yang menimbun tu barulah hati ni sedikit lega. Walaupun ibu tak dapat nak siapkan kesemuanya, sekurang-kurangnya bila dah makin kurang, terasa lapang dada dan sedap mata memandang. Kalau tak rasa macam ibu ni dah tersepit diantara timbunan fail, sesak nafas dibuatnya. Jangan sampai ibu tertindih dengan fail sudah. ;)
Ikutkan hati hari ni nak saja ibu masuk pejabat selesaikan kan sikit fail yang tinggal. Tapi rasa rugi pula PM kita dah bagi cuti kelepasan am sempena nak PRU15 esok kan. Orang dah bagi cuti tiba-tiba pula ibu nak jadi rajin datang kerja. Duduk saja lah rumah buat persiapan nak keluar mengundi esok. Hihihi! Iskkkkk! Teruja pula ibu nak keluar mengundi esok, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja hendaknya. In shaa Allah!
Korang teruja tak nak keluar mengundi esok?! Ada yang sampai beli baju baru ke sempena nak pegi mengundi nanti?! Kata PilihanRAYA kena lah berbaju RAYA. Hahahaha! Jangan nak mengada-ngadalah ibu nak berbaju baru segala. Pakai jer baju apa yang ada jangan nak melebih sangat. ;)
Berbalik kepada cerita hal pejabat ibu tadi. Bila fail ibu semakin susut barulah rasa senang hati nak bercuti panjang. Kalau tidak sejak mula ibu masuk kerja hari Selasa lepas, setiap malam ibu memikir macam mana nak selesaikan cepat semua kerja-kerja ibu tu. Lagi ibu memikir lagi bertambah sakit kepala. Ayah cakap penat-penat fikir buat apa. Pegi kerja duduk saja diam-diam selesaikan fail tu. Jangan pula banyak bersembang dari buat kerja. Aishhhhhh! Sekali kena sound pula dengan ayah. Huhuhu!
Keadaan masuk kerja hari Selasa.
Pengsan! ,;)
Masuk kerja hari Khamis.
Menjelang cuti kelepasan am sempena PRU15.
Susut juga sikit fail ibu.
Alhamdulillah!
Tak adalah macam hari Selasa lepas.
Sepenuh-penuh fail dekat tempat ibu.
Serabut mata ibu dibuatnya. ;)
Dengan keadaan fail yang menimbun.Buat kepala ibu rasa sakit berdenyut-denyut.Kawan pejabat cadangkan ibu sapu pati YL Lemon ni dibelakang telinga dan pada nadi tangan.Ada yang kata sapu Pappermint tapi ibu dah cuba.Ibu tak berapa suka dengan bau Pappermint.Tapi ibu suka dengan bau Lemon ni.Rasa tenang dan segar. ;)Sakit kepala pun hilang.Alhamdulillah!
Bila dah penat buat kerja duduk, ibu berdiri pula sambil buat kerja.
Fuhhhh! Sakit pinggang duduk lama-lama mengadap fail.
Lenguh!!
Sambil berdiri tu mata ni menjeling juga.Tengok orang depan buat apa.Huhuhuhu!Oiiiiii kome mengulor yer.Hahahaha!Amboi ibu bukan main lagi buat kerja sampai pakai glove.Kebanyakkan fail-fail tu fail lama.Jadi banyak habuk kadang-kadang sampai hitam tangan ibu.Sebab tu lah ibu pakai glove.Tak adalah kotor sangat tangan ni.Ingat doktor jer ke boleh pakai glove?!!!Kerani pun boleh pakai tau. ;)
Kepada korang yang keluar mengundi esok. Selamat menunaikan kewajipan kepada Negara Malaysia. Semoga yang baik-baik saja semuanya. Apapun keputusannya nanti semoga Malaysia masih dalam keadaan aman dan tenteram. Aamiiin Ya Rabb! Selamat mengundi semua. ;)
8 Comments
bkn senang nk susut kn file bertimbun tu kan
ReplyDeleteStruggle juga mama.. Kadang leka buat fail nak pegi toilet pun tertahan2.. Waktu makan pun terlajak.. ;)
Deletefuhhhh dasattttt👍👍👍👍 sy, file fizikal x byk tp file (soft copy) bertimbun menunggu esok😀
ReplyDeleteBepeluh juga lah nak selesaikan bagi susut sikit. Hihihi!
Deletesaya masa kerajaan cakap Jumaat cuti mengeluh jugak, sebab kena siapkan keje Khamis tu macam robot. haha. idea bagus tu pakai glove.
ReplyDeleteIye betul nak cuti tapi masih fikirkan kerja. Kalau boleh tak nak cuti dalam keadaan fail banyak. Tak senang hati nak cuti.
DeleteMengundi sudah tetapi kerajaan belum lagi terbentuk
ReplyDeleteIye betul kali ni lama sungguh nak menunggunya.
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.